IIUM Educare Kindergarten Report Day

Hari Sabtu lepas, semasa rakyat Malaysia masing2 sibuk memBERSIH saya dan anak-anak ke sekolah untuk mengambil report card. Tadika dan Nurseri pun ada hari amik report card gak ya, hoho.
See Amani bukan main seronok bila mummy dier datang sekolah. Masa ni saya tengah jumpa teacher Amani. Komen dari teacher budak kecik ni "Amani sangat manja" dan mengada (hahaha yang ini saya tambah sendiri). Amani tak suka main dengan kawan terutama baby "Haziq" sebab die suke langgar Amani ketika berjalan. Amani juga suke makan dan kadang-kala cikgu die turut kompius kenapa dia sikit2 minta biskut nak makan. Amani tidak suka tidur tilam yang tidak empuk so cikgu die kena letak Amani tidur diatas katil baby (kalau tak payah nak tido). Dan wajib nyanyi lagu untuk tidurkannya. Terutama lagu Ba Ba Black Sheep dan Twinkle2 Little Star, takpun berselawat. Ini adalah kompilasi komen-komen dari teacher Amani, isk isk... Lemak penuh berkrim si Amani ni, hik hik.
Akid lak seorang yang pemalu. Tak suke jadi imam bila sembahyang tapi selalu volunteer jadi Bilal. Kuat merajuk tak boleh kena tegur. Kalau tegur amik masa 1 jam untuk kembali ceria balik. Suka bantu kawan belajar terutama Bahasa Inggeris (wah!). Boleh membaca sampai buku 6, lancar tetapi tidak yakin diri. Iqra' dah nak abis so nak masuk al-quran (kena standby untuk Akid Quran satu). Sangat suka melukis terutama rupa makhluk Ben 10, hahahaha.

Dan gambar diatas adalah hasil lukisan Akid "My Family". Teacher dia tanya kenapa tak lukis gambar Amani. Akid jawab " Saya tak reti lukis gambar baby dan kertas kecik tak muat kalau nak lukis gambar Amani pun". Dan saya tanya Akid apsal muka mummy nampak hodoh. Akid jawab "Masa ni muka mummy tengah marah". Hahahaha. Takleh blah tengok ghupe Dedet pakai songkok, hahaha. Orang BN ke bang? Hahahaha.

Inilah teacher Siti, teacher Akid. Bagus teacher ni dia ajar budak sampai pandai membaca, sampai terror mengira. Setiap petang saya tengok bersusun kanak-kanak menunggu giliran membaca buku dengan teacher Siti.
Ni pulak teacher Yan, guru Afiq. Komen teacher Yan tentang my Afiq, "Dia ni seorang yang pemalu dan pendiam. Tetapi bila suruh buat kerja Afiq jenis akan buat kerja sampai selesai dan tidak pernah buat separuh jalan". Cikgu Yan juga komplen yang Afiq ni kuat merajuk terutama bila kita tegur tentang kesilapan dia. Afiq jenis yang kalau dah tidur susah nak kejut bangun

2 jam saya marathon amik report card anak-anak. Since hubby sibuk memBERSIHkan kerja-kerja opis dia. Suke gak dengar komen2 dari cikgu at least kita tahu perkembangan mereka di sekolah :)


Comments

eB ezrin said…
alahai... comel2 :)
Mama Zharfan said…
hehe me pun attend my boys punya report day :)

JOM exercise jari2 runcing dgn CLICK SINI!
suzz- hari yang sama kan suzz, saturday :)
Shifa said…
hahaha menangis2 ketawa baca report cikgu! shifa tak gi amik pun.. takut jalan BERSIH sangat!
Hermit said…
hahaha... tulah manjakan sgt si Amani tuh.. apa2pun memang puas ati ngan jagaan teacher2 kat IIUM Educare, memang bagus & penyabar... :)
shifa- tu lah lama akak lepak kat situ ebb tak ramai parents yang datang :)

dedet- awaklah yang manja kan dier saya garang ..huhu

Popular Posts