Saturday, July 2, 2011

Mari Kita Bantu Norma :(

Saya mengetahui kisah Norma dan Taib dari blog Liz. Dari situ saya mula membaca kisah dari kakak ipar Norna (gambar dibawah) iaitu Moon. Tersentuh saya dengan setiap tulisan Moon :) kamu benar-benar seorang kakak ipar yang sangat baik dan penyayang.
Brain Cancer stage 4
5 kali operation
HKL

Saya tak pandai bercerita, tapi luluh hati saya bila baca petikan dari blog Moon...(copy paste dari blog Moon)

According to the Doc nama cancer Norma nih Medulloblastoma . Biasanya cancer nih tak seagresif nih plus keadaan Norma sangat la lemah ibarat kan canser tew dah melumpuhkan n melemah kan semua anggota Norma .

"Medulloblastoma is a highly malignant primary brain tumorthat originates in the cerebellum or posterior fossa."

Dah lama sangat Norma tak bangun

Dah lama sangat tak dengar suara lembut n manja Norma

Rindu sangat Norm.................. ( paused ) sori ai tetiba sebak

Saya baca siyes memang sayu. Norma mula dikesan menghidapi kanser ketika dalam pantang dan sudah mula rasa sakit-sakit kepala yang teruk sangat sejak mengandung 7 bulan :(
Lagi sedeh bila saya lihat betapa kuatnya Taib menjaga, melayan dan sentiasa bersama-sama dengan isterinya Norma. Kagumnya saya. Taib terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana hendak menjaga Norma setiap masa. Dengan keadaan kesihatan Norma yang tidak menentu sememangnya kehadiran suami sangat perlu...Begitu juga dengan ahli keluarga dekat Norma~ Mak Norma yang tak jemu merawati, ibu mertua Norma yang setiasa menyokongnya, SIL, BIL, adik-beradik....sesungguhnya begitu ramai yang menyokong Norma dan suami.
Pasangan ini baru sahaja (setahun lebih) berkahwin. Begitu cepat kebahagiaan mereka diuji. Moga terus kuat ya dik :(
Anak pengikat kasih Norma dan Talib~ Baby Rafiq sangat comey dan masih belum mampu mengerti apa-apa.

** Gambar kredit dari blog Moon dan kawan baik Moon.

Kita mungkin mampu mendengar dan bersimpati, tapi sekiranya kalian sudi marilah kita bersama mengurangkan bebanan Talib dan keluarga dalam mengharungi situasi getir mereka. Sesungguhnya mereka tidak pernah meminta ya. Bagi yang mahu menghulurkan sumbangan bolehlah dibuat melalui..

Bank : Cimb
No Akaun : 01070068677528
Nama : Noormawati Mohd Rasif

Moga Norma kembali sihat dan menikmati kehidupan seorang ibu dan isteri. Buat Talib dan keluarga terus tabah ya!

8 comments:

Mama Zharfan said...

sedihnya :(
moga Allah menyembuhkan Norma, miracles do happen..amiin

umialya said...

x mampu berkata apa2, bayangkan diri sndiri berada dlm situasi itu..

Miss Moon said...

thanks dear ..moon tak tahu cam na nak ucap terima kasih sebab u sudi share kan kat blog u ..moon ucapkan jutaan terima kasih

alhamdulillah Allah telah bukak kan banyak pintu utk kami n salah satunya adalah membukak pintu2 hati semer saudara saudara Islam ..moon tak sangka ia akan berkembang ngan pantas sangat and bersyukur maia yg membantu ...

ini je benda kecik yg mampu moon buat ...and in this kind of situation i cant think about cara lain ...nih je ai rasa yg ai mampu buat

and many many thanks for your support

Love
Moon

Ummi Dania Yasmine said...

masya allah...kalau tak silap norma ni pernah tidur sebelah katil mama i. mama i siap berborak lagi dengan mak norma...memang ada seseorang kat hospital tu yang baru melahirkan anak pastu buat operations tapi masa tu makcik tu cakap belum tahu lagi diagnos penyakit anak dia (kalau betul la ini norma). Norma masa tu baru ops...siap i tengok belakang tengkuk dia lagi. Disebabkan ada membabitkan saraf otak...dia selalu bergerak mulutnya. tindakan refleks dari saraf otak tu....baru i tahu dia sebenarnya kanser...memang mak orang itu kata dia tak bagi susu kat anaknya pun...

Kalau betullah ini Norma....i rasa ye dah sebab i macam pernah tengok muka dia. Kalau tanya maid mama i sure dia tahu sebab maid mama i yang menemankan mama sepanjang di hospital....

Ya allah sembuhkan lah penyakit dia.....

Sangat sedih entry ini :-(

Em's Family said...

sedihnyer..

muke anak nyer macam muke ibunya..

tak mampu nak cakap ape2 melainkan memanjatkan doa... semoga dipermudahkan segalanya untuk Norma

Liz Rohaizat said...

sedih kan? saya baca entry kaka ipar dia tapi tak mampu nak cerita balik kat blog. baru taip sikit, dah sedih. so buat entry ringkas je. tgk gambar kat hospital tu, sedih sgt rasa dlm hati.

AyuArjuna BiGoshh said...

thanks all for the comments ya...buat Moon we always u n family :) hopefully Norma cepat sembuh .

Devi da Lil' DeviL said...

sedih betul bila dengar kes mcm ni. diharap dia akan sembuh cepat dan tabah mengharungi rintangan.