Mr Popper's Penguins! Jim Carey Dah Tua Hokeh!

Saya menang 2 tix jer tapi buat muka kesian kat team Voila dapat lagi 4 tix lagi, hahaha. Kejadian muka kesian belas ini berlaku pada hari Ahad 10 Julai, lokasi the Curve ya! Ekceli memang dah plan ngan Encik Hubby kalau tak dapat tix lebey saya dan anak-anak yang terpilih nak tengok "Sekali Lagi". Sebab saya ada tix free tonton "Sekali Lagi", dah ler time start pun memang sama so memang chanteklah! Tapi muka kesian saya menjadi so melepas lah nak tengok "Sekali Lagi", huhu.
Akid yang dah buhsan menunggu untuk masuk ke dalam panggung. Muncungness panjang gitew. Hokeh citer Mr Popper's Penguins, komen dari saya ~ so, so jerlah. Dah ada Jim Carey mesti ada aksi mimik muka yang berlebihan dan pastinya itu adalah rencah lawak dalam citer ni ya. Tapi elemen kekeluargaan sangat kuat. Terutama buat saper2 yang merasakan dirinya yang terlalu pentingkan kerjaya daripada keluarga dan kebahagiaan anak silalah amik inisiatif menonton citer ini ya!
Aksi 6 penguin yang kiut. Lagi watak si Nimrod (kelam-kabut) dan Stinky (tak habis2 kentut). Saya takdelah gelak beria sampai terkeluar air mata, gelak 2 harkat jer amik bahasa menonton filem jenaka.
Tapi Anaqi siap nangis 2 pusingan. Hahahah. Saya pun kompius apsal anak lelaki yang paling tua terlalu sentimental jiwanya. Mungkin pasal ada part ayah dia cam lupa tanggungjawab dan ada lagi ke part perlu ditangisi??? Tengah kompius ni :p
Akid dengan mata steamnya. Ohh ya Afiq siap tido lagik. Lepas abis movie duk sibuk cakap "Bestlah citer ni"... Aiks? We all diam kan jerlah malas nak bertekak dengan Afiq yang confirm 50% ketika waktu tayangan dier TIDO.
Nampak replika karektor Alvin and the Chipmunks. Comey, tapi apsal lah kepala die buat lubang terlalu besar. 4 saiz kepala anak ambo tau. Even Amani pun ingat nak terjun dalam lubang kepala tu.
4 dari 5 beradik. Punyalah susah nak bagi kerjasama untuk bergambar dalam satu-satu masa.

Apapun weekend yang penuh aktiviti untuk kami satu famili.

P/s: Ok jer, kalau nak tengok citer Mr. Popper's ni, tapi siyes Jim Carey ni memang nampak tua. Dia tak pakai botox kot... Suka-suki yek Cik Peah mengutuk, wahahahaha.

Comments

Mama Zharfan said…
teringin gak nak tgk....
mummy_ayu said…
best ek? tunggu dvd je la...
Liz Rohaizat said…
kak ayu, mana akak tau pasal semua contests ni ye? kagum tgk akak yg rajin masuk contest
Mrs. Hilmy said…
suke g blog akk, sbb suke tgk akk menang contest..tp sy xrajin nkmsuk..ihihih....
suzz- tengok jgn tak tengok :)

mummy ayu- hik hoho tunggu jgn tak tunggu

liz- merata dik non..fb banyak...

mrs hilmy- tenks hik hik...meh ler join msk contest :)
Nana said…
eh damia ada amek gmbr kat sini
tp saya tak wat entry pon hehe