Saya Menyertai Perhimpunan Baju Kuning :=)

Bukan saya sahaja ya! Bahkan perhimpunan berbaju kuning ini disertai juga Mak Sha, Mak dan ke semua anak-anak saya. Kecuali Encik Hubby yang lepas subuh baru tidur so tak dapet nak nolong sebab program ni bermula seawal 6 pagi. Tapi kami bertolak dekat kul 7am (sembahyang, siap2 apa yang patut seperti bekalan makanan etc.).
Perhimpunan baju kuning ini adalah anjuran Jacobs. Ini adalah acara tahunan "Walk For Life", yang mana setiap tahun saya daftar untuk menyertai tapi tak pernah pergi. Dan akhirnya tahun ini berjaya juga saya bawa keluarga join aktiiviti Jacobs :) Lokasi tahun ini agak jauh dari rumah saya~ kat Taman Botani Shah Alam, Kalau sebelum-sebelum ni Jacobs buat kat FRIM dan Taman Metropolitan kat area Kepong.
See ramainya manusia BERSIH, semangat betul nak menyertai aktiiviti sihat seperti ini. Keluasan Taman Botani ni agak kecil dan bila ramai orang nampak begitu padat.
Banyak booth kat situ sebenarnya. Booth sponsor utama iaitu Jacobs paling banyak, ada gak Anlene (buat aktiviti check darah, tulang dll), Pusat Kesihatan, Fitness Fit, Tinge/Spritzer dan lain-lain.
Ada aktiviti senaman ringkas beramai-ramai selain daripada makan biskut tak berhenti, hik hik. Banyak sangat staff Jacobs yang jejalan bawa biskut. Siap suh amik banyak-banyak. Rugi aar tak bawa tupperware, kalau tak boleh bawa bekal balik untuk dedet yang sedang enak diulit mimpi (alasan sakit gigi), hahaha.
Yana dengan maskot biskut kegemaran saya!
Kat sinilah kaunter pendaftaran dan tempat collect goodies bag.
Masa acara "Walk For Life" dimulakan berebut-rebut orang nak berjalan dulu. Saya dan famili relax jer, kitaorang tawaf kat semua booth2 kat situ. Lepas tu bila dah nampak lengang sikit baru my kids (kecuali Yana) dan Mak Sha start berjalan ~6 Km beb! Termasuklah my Amani tapi dia duk dalam stroller ler. Saya, Yana dan Mak duk sibuk beratur amik goodies bags. Hahaha, bagus tak? Pueh Dedet mengutuk saya (dalam phone) sebab saya tak menyertai aktiviti berjalan, "Nak suruh bini dia turun sikit berat badan lettew, hek eleh".

Gigih beratur punyalah ramai owang nak amik goodies bag time ni. Ada amik sampai 2 kotak, pehhh.
Saya datang berlima so dapatlah 5 goodies bags berisi biskut untuk stok sebulan.

Oklah FUN jugak walaupun terperangkap dalam jammed yang teruk masa datang dan balik.

P/s: Nampak Fara Fauzana dan beberapa duta tapi cam malas nak berebut amik gambar sebab niat asal datang sini nak "beriadah", ececece.

Comments

eB ezrin said…
perghhhh kalo dpt goodies byk2 g2... asyikkk ;p
sllau kalo eB musti color merah nyer ;p
amboi banyak goodies beg ne... tak yah beli barang stok berbulan ne hehe
Mama Zharfan said…
untung tu sbb dtg berlima heheheh
Cute MuM said…
rajinya ayu join event nie..
uyun jer belum rajinkan diri.. hihi..
eB- merah lagi cun kan eB :)

ila- kena daftar on9 baru dapat goodies..tu yang ramai daftar banayk2...bawak balik banyak...ayu daftar sikit her :)

MZ- dia berdasarkan kita daftar org MZ, klu datang sorang pun takpe janji daftar on9 die kena ramai...

uyun- ok gaklah nak join aktiviti cam ni cuma bila balik tu mmg pancit abes :p
seb bek xde fru dtg, hik3..
zeti- tu ler pasal...klu tak pasal kena tahan hahahaha