Posts

Showing posts from August, 2011

Ye Ye Hari Ni Raye!!!!!!

Image
Uollss pagi raya ni. Pasti memasing sibuk nak pergi sembahyang raya, pergi jalan sakan beraya, menjamu rakan taulan sedara mara dan macam2 lagilah. Gitulah...saya pun cuma tahun ni agak istimewa sebab saya dan anak pompuan pakai sedondon sama :p Anak2 lelaki semua konsep meriah warna-warni. Kes dah tak jumpa baju kaler sama dan Dedet suruh harung jer beli mana warna yang dowang suke...hmmmm
Buat rakan-rakan dan saudara-mara....Tiada yang lebih jujur inginku luahkan.. "salam Aidilfitri dan maaf zahir batin "

Duit Raya..Duit Raya..Dan Adik dan Abang Bunga di Kepala!

Image
Saya tukar semua duit singgit2. Hik Hik. Tukar dalam RM200. Budget nak kasi anak buah, anak BFF, anak rakan blogger dan anak rakan kerja. Insyaallah bulan ni rezeki agak baik. Even hari nak balik raya 2-3 cek datang masuk (hasil kemenangan contest). So berkat rezeki bulan ni haruslah dikongsi. Anak2 terutama yang berpuasa penuh (insyaallah)~ Anaqi Yana dan Akid, Dedet dah allocate RM100 sorang terus masuk bank. Buat Afiq yang puasa yang yang yuk pagi2 bukak periuk. Bangun sahur tapi makan tak berhenti even azan dah bunyi disebabkan kegigihan dia yang sentiasa bersama2 bersahur dan berbuka, Dedet kasi RM50. Amani pun dapat RM50 sebab simpati die kecik lagi, hahahahha.
Sekadar hiasan. Cam pasu bunge dah ghupe dier. Hehehehe.
Abang bunge nak mengucapkan "Selamat HAri Raya ya kengkawan,...bunga merah kembang berseri, Selamat Hari Raya Aidilfitri!"....Challlowwwwwwwwwwwwwwwwwww

Sangatlah Syiok Shopping Nak Dekat Raya!!

Image
Saya nak balik kampung malam ni takpun esok pagi. So saya boleh manfaat dua hari di hujung minggu dengan pergi bershopping. Sakan dik non, suke mak. Memang ramai orang KL yang dah balik kampung tapi still pergi mana-mana penuh owang bershopping. Dan harga sangat meruntuhkan jiwa anda :) Percayalah, jangan buat2 terkejut banyak tempat akan ada sesi lelongan secara terbuka~hot spot Jalan TAR. Confirm my dua adiks itu pergi malam raya nanti, hehehehe.
Semalam saya merendet One Utama, since Jusco sudah berubah wajah baru ~ besaq mak aihhh dan ada banyak SALE di situ dan juga Parkson Grand. Malam lak Dedet ajak pergi merewang kat Giant KD, banyak booth baju2 kurung dan melayu tapi kena pandai cari yang murah dan berbaloi. Tengah malam kitaowang singgah kat Up Town Kota Damansara untuk sesi cuci mata dan makan keow teow goreng + honey chicken wings yang sangat shodap. Siap tapau lagi :P
Dalam banyak2 rembatan semalam, saya nak share 3 item dibeli yang saya sangat suke..
Saya beli baju kurung …

Checklist Diri Dengan Berakhirnya Ramadhan TIdak Lama Lagi..

Image
Dalam menghitung hari, ramadhan semakin meninggal pergi, kemunculan syawal di nanti, Adilfitri bakal di rai....
uiks...sangat MALAS betul nak menulis. Duk gi kelas pun ramai student yang tak datang, bukan masalahnya dowang ni dah balik ke kampung ke apa, cuma bila mood RAYA tu menebal, kelaspun MALAS nak datang...
TAPIKAN SEJAK AKHIR2 NI
Seronok melihat ramai kengkawan yang gembira.. Gembira sebab nak raya, berpeluang beli macam-macam.. Kawan-kawan yang berkongsi kenangan manis tentang kemenangan.. Hepi...teruja...
DAN
Saya juga turut sedey dan terharu dengan setiap perkara sedey yang berlaku dalam hidup kengkawan saya samada kawan lama dan baru dikenali. Tentang kehilangan orang tersayang, musibah rumah runtuh kena dihempap pokok dan macam-macam lagi...
DAN
terfikir-fikir juga saya tentang cepatnya itu MASA BERLALU...banyaknya perkara BOLEH BErLAKU...Kalau diikutkan checklist buat diri sepanjang bulan ramadhan, banyaknya tentang persiapan raya.. *baju raya anak *kuih raya *duit raya anak *iftar *ka…

Punca Pemergian Arwah Adik Nia

Image
Hmmmmm..sedikit pembetulan mengenai punca pemergian bidadari syurga Dania dalam posting saya semalam...Ini saya copy paste dari wall ibu arwah..
Roslina Hanim Ramli pembetulan :
Nia mmg sakit leukimia....
Tapi, dy pergi bukan krn sakit dy tu....
Dy pergi, punca dr diarrhoea n low blood pressure....
Sehingga dy kene sawan....

Baca blog Leen menyedarkan saya betapa kita perlu kuat..kuat..kuat semangat menempuhi segala ranjau berduri kehidupan. Terima kasih Leen atas semua tulisan ikhlas/luahan hati kerana ianya benar-benar memberi inspirasi. Saya sangat kagum dengan ketabahan anda.

Prize Giving Ceremony 3M - Post It "Mother's Day Contest"

Image
Sempat layan tengok award yang diperolehi 3M di peringkat antarabangsa. No bad lah kan? Contest ni dah lama... Bulan 5 lepas sempena dengan Mother's Day. Beli produk 'Post-It' lepas isi borang buat slogan @ ucapan untuk ibu. Saya beli 2 jer... Heheh modal pun RM2.50 satu :)
Ni lah pemenang utama...Tapi saya tengok entri die pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Memang CUN sesangat die perabis hias... Besaq mak oii B4 saiz... Ni hantar by hand rasanya ni...

Saya punya sangatlah simple... Mungkin harap kata2 puitis tu yang boleh naik nama untuk consolation winner :p
Saya ni wakil ajor, yang menang Encik Hubby...
Bersama pemenang-pemenang yang lain. Ada 6 pemenang kat sini geng satu opis. Pehh... Masuk secara komplot ni ya, hik hik.
Hamper barangan 3M Post-It... Oklah post pun post la, janji hadiah... Huhu, alhamdulillah.

Al-Fatihah Buat Adik Dania Emelda Aqasha

Image
Adik Nia telah meninggalkan kita semua pada 22 Ogos 3.19 petang, pada usia 2 tahun 7 bulan 2 hari. Beliau pergi meninggalkan kerana penyakit leukemia (didiagnos mempunyai penyakit ini pada 12 Feb 2011)~Sumber dari blog ibu arwah Leen.
Saya sering melawat blog Leen, membaca setiap bait luahan hatinya tentang anak dan keluarga. Dan saya percaya Leen sangat kuat mengharungi segala dugaan. Terlalu sebak untuk terus menulis...
Al-fatihah buat adik Dania Emelda Aqasha... Perginya seorang bidadari syurga...
Moga Leen dan keluarga terus kuat menghadapi semua dugaan ini...

Projek Pukul 2 Pagi

Image
Esok nak keje tapi mata saya duk layan citer CSI: Miami kat AXN. Encik Hubby lak duk bz main game facebook. Tiba-tiba rasa nak makan kek, terus gi dapur bancuh adunan kek. Bakar. Siap 45 minit bakar tengok jam kat dinding kul 2 pagi udah. Encik Hubby yang mulanya nak masuk tido terus CANCEL sebab nak tunggu kek saya siap dibakar. Nak makan lettew.Tadaa....kek sponge pandan. Tak berapa lembut sebab saya buat kalut dan tak guna pun mesin pengadun. Gigih guna kudrat pukul telur dan mentega (patut guna mesin pengadun pukul dengan kelajuan tinggi, bagi kembang tinggi). Lepas tu guna majerin Seri Pelangi keluaran Felda (benda FOC langsaikan ajor)... Hmmm memang tak shodap untuk dibuat kek. Lain benor tekstur kek kalau dibandingkan dengan majerin Planta atau Daisy.
See, kaler hijau pun kurang menawan. Kalau lagi HIJAU, lagi kuat cemburunya... Heheheh..
Apapun selamat gak masuk dalam perut my Hubby, merangkap juadah sahur dier :)

My BB...

Image
First time guna BB tapi tak gheti segala function dalam tu. Paling sadis sekejap jer kredit ku berjalan abis waaaaaaaaa. Pakai 4 hari lepas tu kembali guna kepada tepon buruk yang asal. Sebab alih2 guna BB tak dapet line tepon, haiya. Ingat nak pakai balik tapi MAYBE pakai no. tepon baru. Anyway thanks adiks for this BB. Love you :)

Celebrate Besday Afiq Kat Penyet Express

Image
Masa my Amani tak berapa sihat, idup saya memang kucar-kacir sikit. Dengan hari Khamis, saya terpaksa hantar paper final exam (alhamdulillah berjaya menyiapkannya dengan jayanya walaupun banyak sesangat perubahan waktu akhir). Petang tu, saya request kat hubby ajak pergi mana-mana since Amani sangat teruk MOOD dier sambil keluar untuk meraikan hari jadi my Afiq. Hmmm Afiq berusia 4 tahun pada 18/8........ Besar dah anak bujang bongsu saya :)

So dalam kepala memang nak gi pekena Ayam Penyet kat Giant KJ.
Yang bagusnya kat sini, di depan Restoran Penyet Express ada kedai Music Valley yang duk tayang citer BoBoiBoy. So my kids duk layan citer tu sampai tak berkelip biji mata. Mak ngan ayah apa lagi gilir-gilir buat aktiviti membeli barang dan juga membuat tempahan makanan.
Ni menu combo yang ada ayam, daging dan meatball. So set ni kitaorang tambah 2 nasi lagik. Sebab banyak lauk dier :0
Set ikan bawal untuk Dedet...
Set udang untuk Anaqi...
Mulut masuk makanan mata duk jeling kat citer…

Rise of the Planet of the Apes, Beshh :)

Image
Cuti untuk owang Selangor baru2 ni, sempatlah pergi tonton Rise of the Planet of the Apes kat Cathay Cineplexes satu famili. Walaupun cuti keadaan di The Curve takdelah sesak mana. Saya rasa ramai yang sibuk meyoping di KL terutama di Jalan TAR kan kan kan.
Sakan, pose2 semangat nak tengok movie. Kebetulan ada 6 tix free untuk movie FOX yang mana akan berakhir 31 Ogos 2011 so HARUS lah dilangsaikan sebelum ianya burn begitu sahaja. Dan hari tersebut my Afiq pose sampai kul 2pm. Heheheh.
My Amani time ni sihat lagi. Hepi sebab dapat outing satu famili. Rasanya sejak bulan pose jarang benar bawa die kuar jalan-jalan. Tapi malam tu Amani kena food poisoning...hmmm..punca dan penyebab saya pun kurang pasti :(
Overall citer ni memang BESH lah. Moral tentang bagaimana kita perlu menghormati hidupan lain di muka bumi ini meskipun ianya seekor haiwan. Dan paling penting jangan sesekali cuba mengubah apa yang telah dijadikan kerana kejadian kita dan hidupan lain sememangnya saling memerlukan d…

Aksi Melampau Anak Bujang Bawah Umoq

Image
Hari Ahad lepas Dedet belikan hadiah gatling-gun untuk Akid. Hadiah besday yg tak sempat beli. Besar dari saiz badan. Takdelah berkenan sangat tapi bila tengok mainan ni kat Toys'R'Us harga asal hampir RM200 lepas tu di diskaun kan sehingga RM75, so Dedet rembatlah satu. Saya rasa my Dedet yang berkenan lelebih. Yolah kang kalau kata diri sendiri yang hendak, mahu jer saya gelak 4 jam tak berhenti.
Bersungguh Afiq bergaya dengan gadjet abang dier, snap shot cam movie: Saving Private Ryan
"Saya menyerah!" Uiskkk... time jadi budak boleh bergaya macam ni tau. Dah besar jangan sesekali!
Anak bujang saya ada tiga,Teman gaduh dan ketawa, Tidur sebantal makan semeja, Moga keakraban sehingga hujung nyawa.

Terapi Buat Diri Membeli Wedges Lagi !!

Image
Stress dengan keje minggu ni..Ditambah pula dengan 2 wedges kesayangan Kak Merah dan Puan Sri Gold, putus tali/terkopak tapak pulak dalam bulan yang sama ~ bulan pose ~ bulan Ogos...huhu Dalam hati berkecamuk dan celaru.. Tiba-tiba bila ada booth jualan raya di kawasan tempat keje menjual kasut yang comey, terus rembat membeli sebab berkenan. Pastinya bukan amik sepasang jer bahkan dua ya!
Comey tak Cik Putih saya, hik hik
Pehhh tinggi tul, tapi sayakan cam kecik2 pendek so OK jerlah kalau disarungkan dengan wedges ni :)
My Black Widow in da house!
Itu harga sebenar ya~RM43.90 tapi saya beli RM23 ajor. Harga penghabisan stok. Tapi siyeslah bila pakai dikaki rasa selesa sangat, dalam die lembut.
dan HARUS ada free gift dari penjual. Suke coz dapat 2 pin bunga ros dan 1 riben (leh kasi kat My Yana).
Uolls suke pakai wedges tak???