Berbuka di Fish & Co. ~ Seafood in a pan

Hari Rabu baru-baru ni, ketika saya mengalami simpton mogok memasak dek kerana dah jemu makan air tangan sendirik. Terus ajak Dedet makan kat luar. Asalnya memang tak plan nak makan kat mana. Last2 minute terus pergi OU satu famili dengan mengharungi kesesakan jalanraya yang agak teruk sebab ramai yang baik awal sempena bulan Ramadhan ni. Walaupun OU dengan rumah saya tak jauh mana dan biasanya kalau tak jammed kurang 30 minit dah sampai.

Sampai OU jejalan cari makan ternampak Restoran 'Fish & Co.' Terus tanpa berfikir panjang Dedet ajak berbuka di situ. Sebab dah buhsan makan benda berdaging merah, kali ni nak pekena makanan hidupan lautan lak.
Layanan staff kat sini memang superb, tak sia-sia bayar service charge 10% dari harga makanan. Kitaowang order dulu dan memandangkan masa untuk berbuka ada lagi dalam 40 minit lagi terus Dedet ajak jejalan sambil tengok kolam ikan yang sememangnya pamos di OU.
Seafood Spaghetti (RM15+)... Sauteed prawns, calamari and mussels with spaghetti cooked in homemade tomato sauce (copy paste nih haha). Ni Akid punya. Saya suh order yang kids meal tapi disebabkan dia pose (alhamdulillah setakat hari ni satu hari pun tak tinggal lagi), die kata lapo nak order saiz besaq. Amik saiz orang dewasa punyer. Abih ko! Tapi shodap kuah spagetthi ni tambahan pula lautan seafood memenuhi segenap ruang pinggan memang berbaloi lah.
Seafood Platter for 2 (RM40+), datang bersama set air bandung (2 gelas)... Grilled seafood such as tiger prawns, dory fillet & calamari coupled with blue mussels in garlic lemon butter sauce, all served on a bed of paella rice and chips. Siyes tak rugi order makanan ni. Nasi sedap dan lautan seafood yang diadun ngan rempah digoreng ranggup. Puas sangat hati ketika menikmatinya. Terbayang2 rasa ikan dory yang garing2 itew, nyum nyum.
Spaghetti saiz mini (kids menu)... Lebih kurang spaghetti Akid cuma kecik dan takde banyak makanan laut didalamnya. Yolah dah harga jauh lagi murahkan?
Fish & Chips (kids menu)... shodap gak yang ni. Fish fillet die memang sedaplah, ranggup!! Plus, semua kids meal datang ngan pilihan beberapa jenis air.

Ada jugak order sup untuk Amani. Dan ianya menjadi feveret Amani untuk makan malam ari itu. Ohh ya bila sebut Fish & Co., saya pasti bandingkan dengan 'Manhattan Fish Market'. Sebab ada gak menu yang lebih kurang sama. Tapi rasanya melalui pengalaman setelah mencuba di kedua-dua restoran ni, saya dapat rasakan makanan di 'Fish & Co.' jauh lebih enak! Dan bila di google rupanya ada kisah di sebalik nama kedua-dua restoran ni ~ saling menyaman!

Kalau tak silap, Restoran 'Manhattan Fish Market' dikatakan meniru gaya dan konsep hidangan menu 'Fish & Co.' yang telah dipatenkan? :p Dan ada juga sumber menyatakan salah seorang pengasas MFM adalah bekas pekerja Fish & Co. Waahhh...

Apapun memang puas hatilah makan kat situ. Harga makan yang kena bayar RM100.40... Pehhh kalau dilihat pada bil, jumlah sebenarnya hanyalah RM87++. Tapi bila dah dikenakan service charge (10%) + gov tax (5%), jadilah sebanyak itew!!! :P

Dan Dedet cam teringin nak makan lagi kat situ, oohh bagi saya ianya sangat OK sebab rating saya boleh bagi untuk 'Fish & Co.' ialah 4.5 bintang dari 5... Antara restoran makanan laut terbaik yang pernah kami terjah untuk tahun ini.

Comments

eB ezrin said…
mee dlm koli tuh.. perghhhhhh
Mama Zharfan said…
terus rasa nak try sbb sedap and harag pun OK :) me suka mkn kat fish manhattan--tak tau pun kewujudan fish & co ni :)
Nana said…
murah ek seafood platter kt sini klw nak banding kan manhattan tu
selama ni xpasan pon fish & co, blh trylah pasni ;)
mama tisya said…
ada kita pernh tgk tp tk pernh try tp tgk menu nye lebih kurang fish manhattan...oo kiranye ada kisah la ye...hehehehe
mama yusra said…
tgk pic, rsa lapar la..ho,ho..ada niat nk try, mcm best je..
Hermit said…
antara menu kat MFM yg pernah rasa tu seafood platter gak & to be honest versi Fish & Co. lagi sedap... lagi pun paella rice dia memang sedap sangat (rasa tak cukup lak hehe)...

Popular Posts