Mandi Rasuah - A. Samad Said

Mandi Rasuah

Dia mula mandi air rasuah
konon dari pancur air amanah.
Dia bersihkan (atau kotorkan)?
Yang penting dia bermandi

Dia luaskan dewan layandiri
bawah pancur harta dan kuasa.
berlatih menjual apa saja—
rumah, tanah, ekuiti, maruah.
Dia menyanyikan lagu ringgit
bagi kelompoknya yang buncit.

Setiap tahun dia galak bertani,
menyuburkan slogana itu-ini.
Apa sajalah asal dipercaya.
Rakyat yang dilatih berasuah
mula nyanyi lagu-lagu dosa.

Dia dipupuk menjadi peniaga
demi untung, deminya saja.
Dia diasuh menghitung ringgit,
dijanji harta sungai dan bukit
tanpa ilmu pun dia tetap bangkit.

Dia tergalak bermandi air rasuah.
Kita bahagia, kita bersih, jeritnya.

-A. SAMAD SAID-

Oh betapa semua orang patut baca puisi Pak Samad ini :) Musim perayaan menjelma lagi... Pagi tadi betul2 hangin... Sebabnya di ingatkan kembali dengan karenah yg biasa wujud time2 ni... Anak BB called dari kilang, minggu ni tak berpeluang jenguk kilang langsung sebab bz kat ofis... Transfer call kat sorang ihsan... Oh? PBT rupanya... Cam biasa, tanya itu ini begitu begini... Ala2 memeras & mengugut caranya... Lagak seperti samseng... I'm having none of it!! Mood tak baik, suara agak meninggi, jawab dengan yakin & sedikit kasar... Berlagak bodoh2 seperti tak faham maksud tersirat... Last2 dengar suara 'mengalah' di hujung sana, yeah.. You should know better!!! Dah la aku tengah puasa nih... Aii... Manusia2... That was not the 1st time, every year terutama time2 perayaan... Terutama Hari Raya & CNY... Oh orang gomen, patutlah orang lain pandang rendah... Tu belum cerita yg sanggup datang minta 'ufti' bulanan... Pihak yg sepatutnya secara azali menjaga keselamatan rakyat biasa... Ceh!!! Memang menyirap betol... Seperti kata Husin dalam HKLBR "Kita Bakor je!! Bakor!!! Bakor!!!"

Hermit Di Montezemolo

Comments

ooohhhh...hishhhhh macam2 orang bulan pose cari pahala lebih ni kecoh2 nak duit lebeh..dengan cara tak betul lak tu

Popular Posts