Tuesday, September 13, 2011

Ceritera Hari Jumaat Lepas-Persiapan Untuk Mahallah Open Day (MOD 2011)

Mood nak berblog dah ke lautan China Selatan dah...(hik hik tiru ayat Wan Steddy)
Sebenarnya saya mengalami simptom sakit badan dan belakang yang teruk. Bergerak sikitpun tapi bisa dia yang amat. Tapi nak ce citer gak program yang dianjurkan oleh Mahallah saya dengan kerjasama fellows dan students.

Memang plan untuk program ni, dari acara makan dan aktiviti semuanya kami lakukan sendiri. Part meriah bila time gotong royong memasak. Dah macam kenduri kahwin kat kampung. Antara menu yang kami sediakan...Nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam + daging, soto, bihun goreng, sate. kek batik puding dan agar-agar. Masa merewang ada juga disediakan makan-makan untuk semua yang terlibat dalam bergotong-royong. Hidangan untuk menjamu 500 owang gigih gaklah dari tengahari Jumaat sampai esok paginya Sabtu.
Fellow pompuan kebanyakan turun merewang ngan anak masing termasuklah saya. Tapi saya takdelah terlibat memasak di dapur. Saya ditugaskan menyediakan puding dan kek batik. Semua Kak Rose dan student buat, hahah. Saya mandur jor..Tapi saya tolong cucuk sate :p
Dari membeli barang masakan, memotong, memasak dan membasuh, kami buat sama-sama. Cuma part membasuh kebanyakan students yang buat.
Student lelaki ada yang sanggup tidur kat sini berlapik tikar mengkuang sebab nak jaga makanan dan peralatan memasak. Hmmm, termasuklah principal MAB Ustaz Hassan :)

Ada banyak gambar, tapi saya nak tayang 3 jenis makanan yang melibatkan saya dalam persediaannya, hehehe.
Lekong a.k.a agar malas ni hheh, buat 3 kaler hijau, merah dan kuning..
puding marble yang marvelous...
gambar kek batik takde :p
sebahagian sate dari 20kg..Gigih tau mencucuk last2 sebatang pun tak sempat saya merasa :(
Apapun memang aktiviti ini sangat besh, mengeratkan lagi hubungan antara staff RMDD, fellows dan students.

Ada 2 siri lagi mengenai MOD, will update soon.
**+**

Weekend yang penat sangat uolls........................

7 comments:

Mama Zharfan said...

tiring yet fun tu :)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

heheh..selalunya mana2 tempat yg ada menu satay mmg laku jerk..itu yg org kejar dulu..

eB ezrin said...

satay tuh pergh ;p

mama_umar_maryam said...

gemok2 satenye haaa..penah gak merase gotong royong jamuan camni kt kolej lame..kt tmpt baru ni..nmpknye..idakle kot

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

gambar atas tue siap dukung anak lagik

AyuArjuna BiGoshh said...

m,z- setuju2... :)

eija- sgt tempting kan :)

eb- isi tebal2 tu

zeti- seronok zeti tapi penaaaaatttt


ila- a'ah ayu iodakler takut amani jatuh dalam kuali hehehehe

sawaNiLa.com said...

sate tu...geram je... gotong royong best eh