Indian wedding ceremony ~ Priceless experience!

Hari Khamis (8/9/2011) malam Jumaat, i dapat undangan untuk menghadiri Indian wedding ceremony dari my subordinate... One of my very good men, dah nak kahwin ngko yer hehehe... Actually ada majlis resepsi on 10/9/2011 tapi i pilih nak attend majlis 'akad nikah' since tak pernah tengok tradisi perkahwinan kaum India secara 'live'... Semangat 1Malaysia nih!!
Majlis bermula pukul 7.31pm hingga 8.30pm (seperti tertulis di kad) kat kuil di Balakong tapi i sampai kol 8 lebey... kautim Maghrib + sesat hehehe...
Majlis baru je bermula & i tengok yang datang tak ramai (around 40 guest)... maybe sebab just majlis kahwin so hanya keluarga terdekat yang hadir (i jenis tak tahu malu hahaha, actually my men yg beria suruh datang majlis ni)... & i'm the only Malay guy there (as expected), later on ada 1 family Chinese datang... rasanya family best friend pengantin perempuan since dia belajar skolah cina :)
Ni dulang hantaran... oh2 sama je cam melayu :)
I'm not sure apa yg diorang buat tadi (tak faham-wrong channel mah) tapi after that pengantin laki pergi tukar persalinan untuk majlis 'akad nikah'... off they go, pengantin berbaju putih diapit oleh saudara lelaki pengantin perempuan... dua2 my men, jadi saudara korang ek kehkehkeh...
Then, datang pula pengantin perempuan diapit oleh saudara perempuan pengantin laki...
Ada 'band' lagi... sepanjang majlis dimeriahkan dengan muzik tradisi... :)
What i like about Indian is that they are always so colourfull... meriah gitu :)
Ha... part ni macam merestui si pengantin, bawak itu dulang berisi kelapa pusing2 depan muka pengantin perempuan (cam biasa kita tengok cerita Hindustan tu la)... (note: kalau salah inform part harap maafkan sbb i pun tak biasa)
Pengantin pompuan, cool je muka kehkeh... Actually, pengantin perempuan ni anak salah sorang my site supervisor. Dulu i pernah pergi umah dia takde la berisi sangat, happy nak kahwin kot? ;p uniknya diorang ni cam kahwin saudara.. tapi not blood related loh... Bapa si pengantin perempuan ni (Siva) ada adik, adik Siva (Jeeva-which is also my man) sudah kahwin, adik lelaki dia punya wife (kira ipar Jeeva lah) nilah yang kahwin dengan anak Siva... faham ke? i think kalau ikut muslim pun boleh kahwin kan?
Part ni merenjis dan menepung tawar cam adat istiadat perkahwinan orang melayu... tu one of my man gak... kehkeh...
Ok kautim.. ni pengantin perempuan & pengapit berangkat ke persalinan...
Sami a.k.a tok kadi pada malam tu :)
Lepas bersalin pakaian, si pengantin laki bergerak datang dulu memasuki kuil... Hensem gitu ;p
Sebelum melangkah masuk kuil, 'dibasuh' kaki dulu...
Terus mengadap 'tok kadi'...
Ni pengapit lak lebih2 berpeluh ngalahkan pengantin.. cam dia lak nervous nak kahwin hahaha...
Rombongan pengantin perempuan berarak masuk kuil...
Woho, now the most important part... saat2 akhir zaman bujang kehkeh...
Sami membacakan sesuatu.. this part mengingatkan i waktu i baca khutbah nikah masa kahwin dulu :)
Sambil tu Jeeva (merangkap pihak laki) membahagikan beras yg akan dibaling ke arah pengantin selepas 'thaali' dikalungkan (sah kahwin)... i ambil gak segenggam....
Selepas selesai bacaan oleh sami, mak bapak pasangan pengantin dipanggil...
Ha part ni i keliru sket, tak berapa faham. Parents pasangan pengantin macam buat sesuatu kat pengantin tapi i tak sure apekebenda.
Jeng jeng jeng... 'thaali' di keluarkan... i dah ready nak baling beras nih kehkeh...
Sami pass kat pengantin laki... sedia untuk dikalungkan... then para tetamu baling beras setelah 'thaali' selamat dikalungkan... i turut baling beras beserta kamera (story later) hahaha... so frust sebab after that i takleh ambil gambar pengantin semasa diorang mengelilingi 'api suci'... :(
Sah dah sebagai pasangan suami isteri... Best wishes to Korthy a.k.a Kanna & Shella :)'Sembahyang' jap sebelum gerak ke persalinan untuk makan beradab...
Dekorasi simple untuk majlis makan2 pengantin meraikan para tetamu yg hadir. Majlis sebenar bagi meraikan tetamu on the 10th... I diberitahu selepas majlis kahwin malam tu pasangan pengantin akan bertandang/tidur di rumah keluarga perempuan selama 3 hari, kemudiannya 3 hari di rumah keluarga lelaki. Selepas itu barulah boleh 'bawa diri' kehkeh...
Sambil tunggu pengantin siap bersalin, i makan dulu... Veggie food so i beranilah makan, semua sayur, lagipun segan 'tuan rumah' dok ajak makan banyak2 kali kang tak sentuh dikatanya i tak 'kasi muka' lak ;p
Yang ni 'manisan' i lupa apa nama (diorang ada bagitau). Rasanya cam buah tanjung (kuih kelantan) tapi yg melayu punya tu lebih 'moisture' & sangat manis... After that, i terus minta diri ngan 'tuan rumah' tak tunggu pengantin potong kek, lewat weh kol 10pm dah...
Ha... nilah kamera terus jahanam, lense jammed takleh tutup lepas dibaling tadi. Actually, ada auntie kat depan i dia hanyun tangan kemain masa nak baling beras (i tengah angkat kamera tinggi ambil pic sebab dok belakang) so kena tangan i & kamera terus 'terbang' g depan. I panik gak takut kena pengantin. Kang tak pasal2 org chop "Ini melayu datang buat kecoh sini kuil". Tak balik umah woo... wakakaka. Nasib baik betul kamera jatuh tak jauh. 3,4 org perasan so diorang tanya apasal? I cakap je yg i lupa tengah pegang kamera masa baling beras, so terbaling2 ngan kamera sekali... Diorang gelak sakan :) Ngehngehngeh... Fon kasitau my wife sorry i jahanamkan u punya kamera, suara ileks je cakap "Takpe, kita cari DSLR ye bang"... wahahaha cam happy je... masak kena ketuk nih ;p

Hermit

Comments

Popular Posts