Johnny English Reborn- Gaya Tipikal Mr. Bean

Filem sekuel dari Johnny English pada tahun 2003, dan tahun ini ianya kembali lagi dengan mengekalkan Rowan Atkinson sebagai watak utama. Tapi Rowan a.k.a Mr. Bean gaya lakonan sama jer, bodo2 cam bijak tapi sengal, hahahah.

Cuma ianya filem ada citer, ada plot ada aksi so lebih menarik lah. Siyes sebab tengok kat panggung rasa bolehlah nak beria gelak tapi cuba kalau tengok dari kaca TV even 42 inci pun. Kesedapan gelak tak tara mana.

Kisah Johnny English yang dipanggil semua untuk bertugas. Biasalah awal2 tu konon2 berjaya dalam misi tapi semuanya failed kerana Johnny English terlalu yakin dengan kebolehannya. Sehinggalah dia disebotaj oleh seseorang yang begitu rapat dalam hidupnya selama ini. Citer seterusnya boleh layan sendiri ya... kang citer abis tak besh lak.
Tix ni bukan saya yang menang tapi ehsan dari Badiuzaman. Dapat 4 tix dari 2 organizer yang berbeza. Last minute plan, amik tix kul 4 petang dan 9.15 malam terus layan movie kat GSC MV.
Menyampah erkk gambar dari hengpung buruk ku.Kamera saya kan rosak, menanti yang baru ahem..ahem :p
Apapun my kids terutama Akid memang enjoy sangat tengok movie ni since die peminat siri Mr Bean. Dan Akid gelak paling kuat gelak dalam panggung, malu den, huhu. Kalau tanya saya besh ke idak filem ni, hmmm biasa jerlah tapi kalau anda memang peminat fanatik Mr Bean HARUSlah ya pegi tonton :)

Comments

Mama Zharfan said…
ehem ehem selamat godek2 camera dlsr nanti yeah hehehe
mz- tengah sabar menanti, takde kamera ni :(
juelee said…
hehehe mr bean ni best gak layan, hiburan nak gelak2...
Hermit said…
yg penting... selamat duit dslr ambo wakakaka...