Petang Raya Kedua Kami Berjimba-Jimba di Pantai Irama, Bachok

Petang yang hangat sepoi2 bahasa, balik dari kenduri kahwin anak kedua Mak Ngah Asmah di Bachok terus singgah sini ~ Pantai Irama. Ramainyer lah umat dan ramai jugak yang mandi di tengah panas2... Huhu
Me, Afiq dan Amani. Duk lepak kat tembok. Manakala 3 lagi anak2 dah berlarian di tepi pantai sebaik turun kereta. Tak kuasa nak ikut dengan berbaju kurung, hehehe.
Happy me with my Amani :)
Anaqi dan Akid sangatlah sibuk mencari anak-anak ketam...
Sambil menyelam minum air... Plan spontan nak mencari anak ketam tapi dalam masa yang sama turut berendam dalam air masin...
Bersihkan pantai ni? Cam karpet umah. Seronok tengok Laut China Selatan :)
4 beradik berjimba-jimba di Pantai Irama di Hari Raya...
Meh layan gambar solo anakanda di tepian pantai...
Anaqi abe macho...
Yana gadis pingitan...
Akid d' shy guy... kehkeh ;p
Afiq de' peace...
Oi oi jangan gi main jejauh...
Kalau kat KL layan swimming pool jer memanjang, dah berpeluang main tepian pantai kat kampung memang my kids so excited. Biasanya kami pergi PCB tapi memandangkan cuti kali ni agak singkat berada di kampung so terlepas la nak makan colek kat PCB :(
Haiwan kecil ni lah yang anakanda bersungguh mencarinya biarpun terik panas mentari.
Tangan si kecil mengeksplorasi hidupan selain darinya. Melihatkan wajah mereka yang seronok dan teruja merupakan momen terindah yang begitu bermakna dalam ertikata "kebahagiaan" dan "kegembiraan" sebenar yang dikongsi bersama :)


Comments

mama tisya said…
sempat p pantai ye..aritu raya ke-4 adik ada ajk p pantai tp bila pk2 panas tu abaikn aje...hehehe
umialya said…
kt sinipn ader gak 'colek' kan!!!
Mama Zharfan said…
me pun pegi gak pantai ni time raya ketiga hehhe
mt- mmg panas sangat....cam itam sikit kulit2 anaknda ku itu :p

umialya- ada ke...ala teringinnya

Mz- dekat jer ngan kg u suzz
Nana said…
dah lama xg sini last masa umur 18 tahun

Popular Posts