Singgah Lagi @ Mee Rebus Ramli - Ipoh mali...

Ni memang kedai feveret saya dan famili setiap kali berkunjung ke Ipoh. Ini terutama time balik dari bercuti di Kampung Tanah Liat (Bukit Mertajam), confirm lalu Ipoh & confirm mai singgah sini.
Dan setiap kali singgah sini memang ramai-nyerlah pelanggan. Tak putus-putus masuk dan keluar. Kebetulan masa datang aritu ada satu jer meja kosong, itupun kecik terpaksalah berhimpit-himpit duk 7 beranak, huhu.
My Afiq time ni agak meragam sikit. Sebab baru kejut die dari bangun tido (tertido dalam keta). Tapi mood jadi baik bila makanan sampai :p
My Yana control ayu sambil tunggu makanan.. lapor2...
Anaqi masa mula2 amik order dia boleh nak makan chicken chop. Hishh manaler ada owang masak chicken chop waktu tengahari buta. Asal boleh je ngko, last2 order nasi ayam ;p
Cuba tengok style rambut Akid, hehehe tak leh blah! Budget hensem lettew, hik hik.
Laksa Afiq dan Encik Hubby, bagi saya tak berapa shodap di tekak ler. Next time datang tak nak order ni lagi :(
Rasa mee rebus ni still power cam dulu2 masa makan di sini. Puas hati dan tetap terbaek!
Nasi ayam ni shodap jugak. Siyes boleh saya makan bersudu2 share ngan Akid sampai die sendiri tak cukup pulak hahahaha.
Meh ler pi try rasa Mee Rebus Uncle Ramli, terbaek ipoh mali :)
Ni add kalau nak mai..(ehsan dari Ezz) 767, Tmn Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Tmn Tasik, Ipoh, Perak, 30010

Comments

Mama Zharfan said…
dh lama tak pegi ipoh..
aisehhh i kg ipoh pon tak tau ramli ni area mana. kasi landmark sket....
Hermit said…
@Ummi Dania Yasmine,

Jangan tanya jalan coz i tak tahu.. kalau ikut h/way PLUS from KL exit Ipoh & take right atas flyover tu... terus je sepanjang jalan tu (u akan nampak Tesco baru sebelah kanan).. u jumpa 1 jejantas, terus je sampai hujung jalan jumpa simpang tiga, ambil kanan (kiri ke bandar).. dalam 20m ada simpang/traffic light ke kanan masuk shoplot.. dia punya kedai baris pertama simpang tu ke arah Petronas (boleh namapak)... first time sampai Ipoh, my sub-con (a chinese) perkenalkan tempat ni, my BB pun tahu & kalau singgah me & BB mesti tapau utk wife memasing :) mee rebus dia memang sedap... skang kedai dah renovate baru dah
suzz- makin membangun ipoh la ni..tak caya tanya ezz hehehehe

ezz- u ni betul2 ke dari ipoh...hahahayha
oii oii oii Ipoh mali talak sombong aaa.......Thanks Hermit for the info....
ezz- hahahahahaha...saja test uji jer ni heheheh...masaklah sekali mee rebus ipoh mali takde sombong utk your bffs ~ me, suzz n mira :p
Nana said…
wah nampak menarik ni