Sneak Peek | My Sister Wedding :)

16 September 2011, Hari Malaysia adalah juga tarikh pernikahan dan perkahwinan my little sister. Majlis berlangsung selepas asar dan berakhir dengan majlis persandingan di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya. Gambar dari hengpung dari Encik Hubby ya, gambar lawa2 dari photographer :p (gambar lawa2 nanti saya upload kemudian ya!)

Majlis akad nikah.
Waktu: 4.30 petang
Lokasi: Masjid Al-Taqwa, TTDI
Tema: Putih tetapi pengantin pakai hijau :), my anak bujang + my laki pakai kaler warna sesuka hati mana yang ada dalam almari baju heheheh.

Masa ni tengah siap-siap sebelum majlis bermula. Susun barang hantaran dan segalanya.
My Amani sangat aktif time ni ya. Dia main pusing2 tawaf di ruang majlis. Guling sana-sini. Berapa kali saya terpaksa pakaikan baju kebaya die, sebab asyik terbuka baju..lasak sesangat!
My adik ya......Mak Biq :)
Uncle Pary, masa ni belum sah jadi suami..Dok berdebar hafal skrip, hik hik
Ok SAH dah jadi suami-isteri :)

******************************
***************************
**********************

Majlis Persandingan
Tema: Cam saya, Mak Sha dan Mak pakai baju corak sama, ada peach dan purple..Manakala suami dan anak2 pakai putih.
Sempat amik gambar kat sini! Di ruang depan sebelum masuk dewan. Ada gambar my sis dan Pary :) Jangan tanya naper saya tak make up ya! Malasler walaupun jurumekap ado. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang. Gamatlah cam reunion famili belah abah dan mak saya. Kengkawan adik pun ramai dari sekolah, universiti sampailah kerja.
Selain dari Seelan Paul, Fara Fauzana, Tini Hot FM..Faizal Ismail dan keluarga pun datang juga cuma die datang lewat sikit (rasanya die pergi nikah Eira Syazira dulu).
Tak sabar nak tengok gambar2 dari berpuluh2 kamera owang lain since diri sendiri takde kamera, sedey giler! Tapi siyeslah weekend yang sangat penat untuk saya!

Buat Mak Biq dan Uncle Pary: Selamat Pengantin Baru buat anda berdua, Moga sentiasa bersama suka duka dalam melayari bahtera rumahtangga, Cepat-cepatler tambah bilangan ahli keluarga (hehehe) dan moga ikatan yang dibina kekal ke hujung nyawa :)

xoxo
dari kakakmu yang comel, comot dan tak gemok,

Comments

Wansteddy Tales said…
er... blur2 skit cmne geng2 hot fm leh dtg kenduri tu? ke event yg lain? confius haha... tahniah kak ayu... dah jadi kakak ipar orang (boleh x wish gitu? hahahah)

ps: cute2 je amani berkebaya. tp tang perut xtahan tu. muncit2 baby ;) ahahah...
Mama Zharfan said…
hehehe besh attend wedding adik beradik :) me missed my adik bongsu's wedding sbb time tu me kat UK :p
wah best...aisehhhh niat mmg nak datang tapi sangat penat sebab sedari awal lagi ada event.....pepehal majlis kawin adik nampak meriah...amboiii u pun nampak cantik tpi kalo makeup lagi wahhhhh...
Cute MuM said…
comelnya amani pakai kebaya..
:)
Em's Family said…
glamer tu. orang2 hot FM pun datang jugak :) kelas kelas.. aler ayu i pun kadang2 bo layan jugak nak make up2 ni.. nak nak kalau da jadi tulang belakang
wan- kengkawan adik... tq tq :)

mz- best cam ada reunion keluarga kita anjurkan hehehe

ezz- takpe...i paham hehehehe

cutemum - :)

mira- :) ayu mmg malas bermake-up..
ni kenduri artis nih,hik3..tahniah utk adek akak
Hermit said…
tergerak ati nak pekena si Pary cakap 'tak sah' masa jadi saksi akad nikah aritu sebab lafaz tak berapa lancar... not up to my ISO18juta standard wakakaka... tapi tak jadik lak bila tgk muka Pary yg bersungguh :P apa2 pun SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT BIQ & PARY.. Moga kekal hingga akhir hayat.. lama sungguh menunggu 'teman' akhirnya jadik gak sedara ngan Pary kehkehkeh