T-Rex Dalam Kenangan :=(

Entah mana silapnya T-Rex ikan peliharaan Akid mati mengejut (hehehe, strok kot :p ). Hanya sehari T-Rex sempat bersama dan bermanja dengan Akid. Namun begitu Akid redha dengan pemergiaan yang tidak dijangka haiwan perliharaannya itu, isk isk.
Setelah autopsi dibuat oleh pakar yang tidak bertauliah iaitu Dedet didapati punca T-Rex mati disebabkan oleh luka dibahagian ekor. Pendarahan dalaman telah berlaku. Waktu kematian tidak dapat dipastikan. Ini kerana kami semua hanya sedar tentang pemergiaan T-Rex sebaik sahaja tiba di rumah 6 petang keesokan harinya. Dengan keadaan dijumpai ketika itu T-Rex terapung dalam balang dengan tenang....
Saya difahamkan rupa-rupanya Akid ada perasan tentang luka di badan T-Rex masa Dedet first time bawa pulang... Dan esoknya (hari kematian), Dedet rupanya dah cari balang kaca khas untuk asingkan T-Rex tapi semuanya dah terlambat...
Akhirnya balang kosong itu ditempatkan si Amilla, ikan Yana (since die pompuan, hahahaha ~ saya pun heran camne Dedet boleh label ikan keemasan ni jantinanya pompuan, sesuke hati ajor). Sebab di bekas air lama ditempatkan ikan Afiq (Turesh) dan Anaqi (Aki).

Itu kisah lalu...
Dan hari ini (Ahad) Dedet dengan gigihnya menambah lagi bilangan ahli rumah.
Tower diberi teman... Amani punya anak kura2 namanya Backom. Untuk bezakan, Dedet marked Tower ngan liquid paper... So sekarang dah ada sepasang kura2 di rumah saya. Walaupun jantina kedua2nya masih tak pasti hihihi.
Pengganti T-Rex, Rhynox... Di beli khas untuk Akid.
Ada tanda hitam dibahagian atas kepala... Akid cakap cam sumbu rhino so jadilah inspirasi untuk namanya. Sangat aktif semacam je, sebijik cam si Akid. Pusing ke sana ke mari, pening saya tengok. Dan bagusnya anak-anak saya sekarang makin ada rasa bertanggungjawab dan lebih penyayang terutama terhadap haiwan-haiwan perliharaan mereka :)

Comments

RAS said…
hihi good job kak ayu! saya nak membela 2 org anak pon kadang2 tak menang tangan, inikan pulak nak membela binatang!
heheheheh...syidah baru lagi tu..nenati esok kebal lah :)
Em's Family said…
i memang kagum kalau sape2 yang sayang binatang macam keluarga sendiri, sebab seriously and honestly i cant do that..

Popular Posts