Anaqi Won Snaptoons Kids Contest- Attend Workshop!

Hari Sabtu 15 Oktober 2011, 8.30 pagi di Jabatan Pendidikan Latihan Guru Cheras telah diadakan workshop melukis animasi dan storyboard atas anjuran Pejabat Pendidikan Negeri dengan kerjasama Cartoon Network dan Astro.
Seramai 50 peserta terpilih; 25 wakil pelajar dari sekolah trpilih dan 25 pemenang dari Astro. Dan Anaqi antara pemenang Astro. Kebetulan ramai winners tak datang so saya pun daftarkan Akid dan Yana untuk menyertai sama.
Semua peserta diberikan alatan melukis, sarapan pagi, makan tengahari dan bekalan air minuman. Jadi ibu bapa tidak perlu bimbang menyerahkan anak2 kepada urusetia untuk diberikan pengisian ilmu melukis animasi.

Saya lak malas nak balik umah so lepak2 kat kawasan Cheras sambil melayan 2 beradik yang tak ikut serta.
Amani busyuk yang sangat lasak sampai berdarah kaki. Saya tak perasan pun sebab die jatuh dan tak menangis pulak, hanya sedar kaki die ada luka geseran time nak mandi di rumah.
Afiq main ngan keta polis kayu yang di"pow"nya dari saya di salah satu kedai di Cheras.
See 3 beradik yang sangat hepi menunjukkan hasil2 animasi mereka (beberapa keping ajo!) Thank you Abang Irfan dan Abang Han kartunis yang mengajar :)
Semua pemenang Astro dengan maskot Iwan.
Sepatutnya ada 3 maskot tapi Iwan sahaja yang muncul.
Ini antara lukisan animasi yang terbaik dari Anaqi. Not bad kan?
Yana punya simple citer pasal katak telan seranggga...
Akid pulak dilatih melukis karektor/watak2. Sebab dari segi idea storyboad Akid tak berapa pandai lagi.
Gooodies.............. Macam2 ada, semua peserta dapat.
Close up sikit :P
Dan sijil...

Apapun anak2 saya memang enjoy program setengah hari ni. Berbaloi2, banyak ilmu yang mereka dapat pelajari. Lebih2 lagi dalam menghasilkan rekaan kreatif seperti lukisan animasi!

Comments

Cute Mum said…
bagusnya..
anak & mak & ayah pon kongsi minat yang sama..
murah rezeki..
Mama Zharfan said…
beshnya :) my zharfan sgt suka melukis kartun2 ni heheh
wow best nyer belajar animasi :-)
eB ezrin said…
ari nih tenet slow, gambor x leh tgk. hu3...
ps: tp eB singgah gaks ... tc yer :)
kak ina kl said…
bestkan dapat gi dgn anak-anak..
dah check ker belum nama pemenang ga akak tu ek?
wah bestnyer ada workshop mcm ni..kenapa masa saya dulu takder???huhuh...anyway grats to your kids..ada bakat tu.
wah mmg not bad..ada bakat..yg penting minat tu ada..
syok tu dpt goodies mcm2 ada..
akuzle said…
bagus neh ader wshop sebegini utk bebudak...yerler, depa kan biasa main jer kalo x der kje kan?
mohdssa said…
Assalamualaikum,

Tahniah dan terima kasih di atas sokongan dan penyertaan anak puan di dalam bengkel yang telah diadakan pada 15 Oktober 2011. Saya cuma nak membetulkan nama agensi kami iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sila kunjungi kami di masa akan datang. Sekian Terima kasih. KPP BTPNKL