Astro Blogger Master Chef Semi Finals :) | Pengalaman Yang Sangat Bermakna

Yada Yada Yada

Saya antara peserta semifinalist Astro Blogger Master Chef yang diadakan di The Cooking House Sri Hartamas :)... Perasaan seronok, gemuruh, kecut, panik, selamba semuanya ada dalam jiwa raga dan isi perut pada hari tersebut. Lagi-lagi bila mula diperkenalkan barisan panel hakim yang nampak serius (haha) seperti di atas :-Chef Ryan, Orang kuat Astro dan KY (dari KY Speak.com) Acara dimulakan dengan sesi penerangan dari ketua juri Chef Ryan. Tentang 2 cabaran yang perlu dilaksanakan; invention dan skill test.Saya dapat no.7 (lucky 7 but not so lucky, huhu). Meja masakan sebelah Kak Ina KL (wohoo) dan seorang lagi peserta cina (memang giler terror masak siap ada blog masakan)
Kotak misteri saya....Hmmmm punyalah macam2 ada. Sampai saya BLANK kejap... Nak masak aper yer? So saya basuh udang, perap ngan pepper, garam... Ingat nak grill ngan butter jer. Tapi saya perasan setiap peserta tak semestinya dapat bahan yang sama, hmmmm.
Gambar kredit buat suami Cik Lily Putih, hehehe... Bersungguh masak wei... Sebenarnya saya tak tahu nak masak apa. So mainlah potong2 apa yang ada.
Gambar dari Cik Lily Putih lagi :) Wa blender... wa blender itu bawang. Alih2 jer nak blender bawang walaupun sebenarnya ada terpikir nak buat masakan jenis creamy tak nak letak bawang. Nak buat percik. Serai lak takde. Ada owang dah rembat banyak, huhu.
Muka stress sebab cam dah lari sikit bahan resepi. Tapi guna kaedah resepi suka-suka hati campak jerlah apa yang depan mata. Cukup garam gula... siap deh!
Inilah die resepi saya yang tak seberapa : Udang Hawaian Citarasa Asia (sebab ada campur sikit santan, masam-manis dan pedas!)
Antara hidangan masakan yang sudah siap disediakan oleh para peserta. Pehhhh, macam-macam ghupe :p
Ini adalah masakan Cik Lily Putih, sedap wei!
Tak sure ini masakan Bro Jejai ataupun Kak Ina KL. Sebab masakan dowang ni lebih kurang sama. Rasapun agak2 sama...
Judge komen masakan paling sedap. Markah penuh. Ni lah hasil masakan kakak cina yang di sebelah saya. Memang nampak lazat tapi saya tak sempatlah nak rasa, huhu. Dan sememangnya tukang menyediakan masakan ini layak ke final :)
Ini masakan isteri Zufino (one of the finalist!)
Lepas tu kena test skill buat poached egg. Hmmmmmmmm, susah beb saya tangan keras tak de skill dapat lak kuali leper cepernya. Pehhh, 2 telur pertama tak jadi. Sib baik 2 telur terakhir jadi. Sedih woooo! Tu pun dapat ajaran dari Kak Ina Kl dan Yarti Sawanila, huhu.
Antara peserta yang hadir. Semuanya hepi :)

Lagi2 Bro Jejai! Tahniah la wei. Anda memang hebat memasak di dapur owang lain. Tengok cara Jejai memasak pehhh berdessuupppp, terbaik arrr. Good luck ya di acara FINAL. Malaysia Boleh!
Memang adat ada menang ada yang kalah,

Namun tiada terselit dendam ataupun marah,

Seronok merasa air tangan blogger2 pelbagai daerah,

Membina ukhwah di acara memasak yang meriah.
Goooooooooooodies.........................vou BHP 100 hengget, barangan Chef Master dan penaja2 lain.

Wa suke wehhhh...

Semangat ni nak join mana contest memasak, chewah. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Heheheheh...

Anyway event anjuran Nuff yang sangat enjoy dan bermakna buat diri saya. Seronok giler!

Sedikit Info Mengenai MasterChef Malaysia :)
- MasterChef TX bermula 22 Oktober 2011, Setiap Sabtu - Rabu (9 malam)
- Master Class setiap Jumaat 9 malam.

Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
Official Site URL - http://www.astro.com.my/portal/master-chef
Facebook Page - http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
Twitter Link – www.twitter.com/MasterChefMY

Nak belajar/terro masak silalah TONTON ya :)


Wanna Be Chef;

Comments

yg penting pengalaman tu..
compom sedap sumenya tu kan..terus rasa mcm nak mkn udang la plak..hehehe
Mama Zharfan said…
congrats anyway--me failed bab2 msk2 hehehhe
i masak yg biasa biasa ajer...at least u mencuba....TAHNIAH!!!
Wansteddy Tales said…
klu offer pn confirm wan xkn join contest2 memasak ni hahaha... besh tu hadiah!
Ibu Emir said…
congrats.. dun worry tak dapat masuk final, masuk semi final pun dah terror dah... u nak tau, honestly i tak pernah seumur hidup i ni kene potong nenas, always ngelat hahaha... kalau i masuk, belum start masak lagi dah disqualified :D
kak ina kl said…
walaupun kalah tak perkan..janji kita dah merasa memasak kelam kabut..
bestnyerr..klu zt nangis dulu pk nk masak ape,hahah
akak cina kopet tu aku tahu sape..
tukang rembat serai pun dia..
takperlah dai menang even dia tak reti improvise bahan2...
aku mmg tak dpt join kak.
klu tak mgm join dah yg 1st session tu..
takde rezeki sbb laki aku tak dpt cuti..

Popular Posts