Monday, October 3, 2011

If I know what is 'Love' Its Because of 'You'..

A man left alone from all his friends, relatives & also his wife who suffering from Asthama near jipmer hospital, Pondicherry, but see the endless mother love trying to save her son. Its shows, the only love never fades in this world is "Mothers Love"
Her love is instinctual, unconditional, and forever (saya copy paste dari facebook)
***************************************************
Kisah benar dari saya:
Hari Sabtu 1 Okt 2011, saya berkesempatan melawat atuk (bapa mertua mak cik saya) di Wad 19 HKL. Bermacam ragam dan karenah pesakit di wad tu. Tapi yang paling tidak dapat dilupakan ketika saya berada di situ (20 minit rasanya) sering-kali saya terdengar suara seorang lelaki yang menjerit-jerit tak keruan. Jeritan sperti "Arggggggghhhhhhhhhhhh", "Naper nasib aku woi", "Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk". Siyes saya agak gabra tapi ada seorang kakak yang menjaga ayahnya di situ menenangkan saya sambil mencuri2 berbisik menceritakan kisah lelaki yang menjerit2 itu. Rupa-rupanya lelaki itu dah lama sakit. Rasanya die penghidap kanser. So masuk dan keluar hospital sudah biasa. Ceritanya die ni ditinggalkan isteri dan anak2 sejak setahun lalu. Ketika dia sakit mak dielah yang akan urus dan jaga dia tapi malangnya..............mak lelaki ni dah tak ada (meninggal seminggu lepas raya). Hidup dia semakin stress dengan keadaannya yang memerlukan sokongan, kesakitan..dan saya tidaklah tahu punca/cerita sebenar kenapa lelaki ini ditinggalkan/dipulaukan keluarga. Umur lelaki kalau tak silap awal 40-an. Hmmm...Tapi nampaklah jururawat kat situ datang dekat katil lelaki ni dan suruh die banyak beristifar.
***************************************************
Mak tetap Mak, marah dan benci besar manapun pada anaknya. Dia tak akan sekalipun membuang anak jauh dari hatinya. Tapi zaman sekarang banyaknya anak yang membuang mak. Ada juga kes mak membuang anak (alasan nak mulakan hidup baru, aparaaa). Hmmmm...

2 comments:

Mama Zharfan said...

rindu kat mak....:(

mama_umar_maryam said...

erk, klu zt pon terkesima dgr org jerit tu