Kejadian Anak Kecil 2 Tahun Yang Dilanggar Di China Ada Juga Berlaku Di Malaysia, BETUL..Ianya Berlaku...

Sinopses cerita saya mulakan dengan kisah malang seorang anak perempuan yang comel berusia 2 tahun, nama dia YueYue dilanggar oleh sebuah van. Kejadian itu berlaku pada 13 Oktober 2011 dalam pukul 5.30 di Guangfo Hardware Market di Huangqi Fosha.

OK rakaman menunjukkan anak kecil itu dilanggar 2 kali, mengerang kesakitan dan lebih kurang 18 orang lalu di kawasan situ hanya melihat saja.

Gambar-gambar di bawah saya amik di beberapa link China Daily, China Express..


Bila saya tengok rakaman video ni memang hati saya menyumpah-nyumpah. Serius membakar sesangat. Sebab pertama mangsa kejadian KANAK-KANAK dan mengerang sakit. Kedua, orang yang melihat tu BUTA HATI ke apa? Seorang mak dan anak lalu boleh jalan jauh-jauh sebab geli ke takut sayapun kompius.
Gambar YueYue dan ibunya dalam kenangan. Untuk pengetahuan semua YueYue dah pun mati setelah koma beberapa hari. Dan saya pun ada membaca komen dari rakan facebook yang menzahirkan kesedihan mereka selain itu juga mengharapkan YueYue ni pergi dengan tenang daripada die menangung derita kesakitan (setelah dibiarkan beberapa lama mengerang kesakitan di jalan raya tanpa dipedulikan). Ini kisah di negara China...di negara kita Malaysia ia berlaku juga. Cuma kita takdelah bukti rakaman CCTV seperti di China. Meh saya kongsi kisah benar untuk kita semua amik ikhtibar.

*********************************
Saya ada membuat posting 2 tahun lepas tentang pemergian kawan baik a.k.a boss saya disebabkan kemalangan. Cerita sebenarnya begini, arwah dalam perjalanan pulang menunaikan solat Jumaat di satu selekoh yang agak berhampiran rumah beliau tanpa disangka terdapat sebatang konkrit yang diletakkan (secara melintang) oleh pihak pemaju tanpa sebarang tanda amaran pemberitahuan kepada pengguna jalan. Nak dijadikan cerita, arwah tak sempat brek motosikalnya (mungkin tekan tapi terlanggar juga) lalu merempuh batang konkrit yang sangat berat tu.

Kejadian itu disaksikan oleh seorang pakcik tua yang juga mengenali arwah, yang kebetulan berjalan kaki di kawasan tersebut. Pakcik tersebut merupakan orang pertama melihat kejadian tersebut. Dan beliau sedaya upaya nak mengangkat batang konkrit yang berat tapi tak berdaya. Dalam keadaan panik beliau berlari ke jalan besar. kebetulan hari Jumaat tengahari susah sangat nak nampak kenderaan yang muncul. Tiba-tiba satu kereta yang lalu dan pemandu kereta itu dikatakan turut mengenali arwah (jiran rasanya). Pakcik dengan keadaan sebak, panik meminta tolong kepada pemandu tersebut. Malangnya pemandu yang tiada perasan itu berkata "Maaflah pakcik saya dah terlewat pergi kerja!". Dan terus meninggalkan pakcik tua dengan keadaan terpinga-pinga. Pakcik tu kembali pada arawah tapi tak ada orang lagi kat situ dan terus mencari pekerja binaan (buat rumah) tapi sorang pun takut nak datang tolong (mungkin takut kena tangkap polis sebab permit dah mati ke apa). Jalan terakhir pakcik tu menjerit-jerit dengan harapan ada jiran yang ada di situ. Kebetulan ada sorang surirumah dekat dengan kejadian dengar dan datang memberi bantuan. Telefon laki dia, panggil ambulans segalanya.

Dan jiran ni terus pergi beritahu isteri arwah. Kebetulan isteri arwah kat umah dan sedang tidur (isteri arwah seorang guru dan pada hari itu beliau memang tak sedap badan). Bantuan tak tahulah datang pukul berapa. Tapi yang sedihnya mayat arwah di jalan tar yang panas dipayungi isteri yang mencangkung lebih dari satu jam. Polis datang lebih kurang kul 4 lebih (accident lepas sembahyang Jumaat, lama kan?). Setelah lebih satu jam sebelum itu tiada satu bantuan diberikan.

Ni baru 2-3 orang di Malaysia hidup harmoni yang tak datang menolong. Mungkin orang akan cuba pejam mata tapi kejadian di China tu 18 orang! Bukan setakat mata tu buta... buta hati jugak! Mungkinlah orang kata dah ajal dier. Bantuan cepat ke lambat ke kalau Allah dah tetapkan ajal dia pada hari tersebut, pergi juga. Tapi cuba renungkan di saat orang memerlukan pertolongan (pakcik tua yang umurnya dekat 80 tahun berlari-lari ke sana-sini, panik punya pasal), kita takde rasa simpati ke? Lagi2 kita kenal dengan pakcik ni dan orang yang terlibat dalam kemalangan.

Semakin maju negara semakin hilang nilai kemanusiaan. Cuba fikir kalau kejadian ini berlaku kepada keluarga kita. Kalau kena kat anak kita, suami kita... Kita marah tak??? Susah nak maafkan, ya tak?

Comments

tak tercapai dek akal fikiran pasal kes2 yang berlaku ni. Tanda Tanda akhir zaman, manusia ni tiada lagi nilai kemanusiaan. :-( al fatihah buat cerita ke-2. Buat Yue Yue.....semoga menjadi iktibar kpd kita.....
yatie chomeyl said…
sedih gil tgk video tu..x sggup tggk smp habis...x dpt bygkan mcmana perasaan mak dia uhuhuhu
mummy_ayu said…
tu la..tak tau nak komen apa dah...
eB ezrin said…
speechless... tapi eB akauinyer sbb eB dolo drh rendah kronik terduduk tepi jln sbb x leh nk bgn dh... stiap org yg lalu x peduli pn, siap ader yg jln jauh2... itulah kenyataannyer di malaysia... tapi eB dh buang raser pilu tuh sampailah eB tringat balik.. sedih...
sampai hati.. oo..ini citer yg diorang dok cerita kat fb..kesian betul budak ne..kalau anak kita..apa kita rasa??
akuzle said…
errr.. bole tau tak kisah tuh amek dr mana? mcm kes kwn sy jeks...
akuzle- kisah boss saya arwah asmady zakaria :(