Thursday, October 13, 2011

MasterChef MALAYSIA -versi Kanak-Kanak (In The Making)

Jangan lupa untuk menyaksikan MasterChef Malaysia dengan episod Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa di Astro Ria (saluran 104) bermula 22 Oktober 2011 dan Kuliah Master di Star World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011 manakala Kuliah Master di Astro Ria (saluran 104) akan bermula minggu berikutnya pada 4 November 2011.

Info-info mengenai Program MasterChef edisi Malaysia silalah merajinkan diri klik kat mana-mana pautan di bawah:-

Official Site – http://www.astro.com.my/portal/Master-Chef/
Facebook - http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
Twitter – www.twitter.com/MasterChefMY
*********************************************************

Penangan dari menyertai program Blogger Astro MasterChef saya semakin rajin memasak. Dan paling besh sekali anak sulung saya turut sama-sama menyibukkan diri saya masak. So kiranya nak jadi assistant chef lettew.
Masakan sayur semuanya saya serahkan kepada beliau memandangkan ianya mudah dan tak banyak karenah untuk disediakan. Saya cuma memberi arahan ajer.
Yang ini asam pedas ikan pari. Ahem ahem... Tiba2 teringat Achik kat Johor sebab die suka masak asam pedas (hari2 masak tau!)
Hari kedua berikutnya anak saya tetap rajin menolong. Anak saya ni psycho sikit. Ada ke dia buat perjanjian ngan saya lebih kurang macam ni "Mummy lepas Anaqi masak baru nak belajar, kalau takleh masak malas nak belajar". Geram betul. Tapi sungguh lepas dia masak dan makan dengan penuh selera tak payah disuruh2 terus jer amik buku latihan dan belajar. Psycho kan?!
Ni pulak sup ikan merah. Encik Hubby siap hirup beberapa kali. Suke saya :)
Kari ketam (rempah spesel dari Penang). Beli ketam dalam 14 hengget dari Pasar Old Town dapatlah dalam 7 ekor ketam yang sedang2 saiz die. Yang ini kuahnya sampai esok tengahari pun boleh makan lagi. Perangat banyak kali sampai dah jadi ghupe rendang.

Begitulah masakan-masakan selama 3 hari selepas sahaja menyertai program Blogger Astro MasterChef. Mungkin gak aura Kak Ina KL yang duk kat sebelah melekat sebab beliau terkenal dengan sangat rajin memasak untuk keluarganya. Hik Hik.

*********************************************************

Hmmm anak sulung saya suke sangat memasak. Suka layan saluran AFC. Minat kat Chef Wan. Suke komplen masakan saya. Suka bagi idea tentang masakan. Minat benar dengan dunia masakan. Tapi mak die ni tak berapa suke arrr, camana eh?

Anaqi ni siap berazam kalau ada ChefMaster Malaysia edisi kanak-kanak dia nak pergi mencuba untuk menyertainya... Huhu.


3 comments:

Aishah Megahasz said...

Ala...Aishah suka. At least dia ada minat, bagi je galakan.

mama_umar_maryam said...

ok, esk zt nk cari ketam,nk masak merah ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

aishah- hmmmm ok ler...huhu dengar nasihat ni hhehehe


zeti- carik jangan tak carik