Ole-Ole Yangon ~ Beli Pesanan Owang Ajor!

Cat's Eye (kuning) dan Star Ruby gemstone (purple) in da'house. 2 batu ini menarik perhatian saya, tapi bukanlah saya punya ya. Encik Hubby beli untuk seseorang yang telah mengirim kepada beliau.
Saiz jika dibandingkan dengan duit syiling. Harga Star Ruby ni dekat RM100 (lepas di convert ke duit Malaysia)... Cantik batu ni siap ada dua warna dan jika disuluh menggunakan torch light akan nampak dengan sangat jelas kilauan bintang 6 penjuru 'terapung' di dalamnya.
Cat's eye yang unik. Warna brown-yellowish. Batu yang sukar didapati dari segi ketulenan dan kualiti tinggi. Dapat harga yang sangat berpatutan selepas Encik Hubby menekan penjual di Bogyoke Market. Encik Hubby ada buat tinjauan harga batu seperti ini di Yangon Airport (sebelum balik). Ternyata kedai di situ tak ada jual batu tersebut kerana sukar didapati dan pekedai di airport ada menunjukkan satu batu (1/3 dari saiz Cat's eye yg dibeli) dan menyatakan kalau batu cat's eye ianya berharga USD1000. Pehhhhhhhhh mahal giler, ni agak2 kalau jual je batu yang Encik Hubby beli tu kat Malaysia, mak cik kayo ah!Dan batu2 lain sebagai sampingan... Jam 2-Star ruby, jam 5-Moonstone, jam 7-Amethyst, jam 11-White Sapphire & tengah-Cat's eye... Suke maknya Sin Chan :)VCD karoake yang penyanyi saya tak tahu langsung. Tapi menurut rakan warga tempatan Encik Hubby penyanyi ni pamos & lagu2nya best. Dan ini adalah hadiah darinya buat Encik Hubby. Karoooooooooks jom... (macamla kat umah ni ada mic huhu).
T-shirt untuk saya dan FM yang comey. Di beli kat souvenir shop kat Shwedagon Pagoda. Rugilah kalau tahu Encik Hubby sempat gi shopping mesti saya kirim FM banyak2 sebab saya tahu ramai rakan blogger saya suke sangat FM.Sikat untuk Amani dan cincin untuk Yana. Uniknya kedua2 benda ni diperbuat dari gading gajah...
Ni saya punya... Hik Hik... Batu Amethyst, so plan nak buat loket (nak tempah kat kelate, murah sikit upah buat die). Encik Hubby kata hadiah untuk saya paling mahal berbanding dengan barangan lain. Upah jaga anak 4 hari beb, dengan keta rosak segala bagai.
Ni barangan orang kirim lagi. Saya nyer warna merah2 maroon paling bawah. So kena cari kain buat baju disuai padan ngan kain dari Yangon. Itu jer ole2 dari Yangon, beli takdelah banyak tapi abis ringgit banyak gak. Tapi owang dah kirim, so belikan jer la :pSo uolls cantik tak gambar2 hasil DSLR baru? Huhu. Nak kena banyak berlatih guna lagi ni. Nak tahu teknik2 kena rajinlah baca manual takpun melalui pembacaan dari pengalaman mereka yang mahir!

Comments

mama tisya said…
cantik ngetest dslr ye...cantikla FM tu:)
eB ezrin said…
jomm kiter belajor sesamer ":)
mt- heheheheh. cantek :)

eB- jom jom

Popular Posts