Sunday, October 16, 2011

The Secret Life Of Nora ~ Memang Beshh!

Kesilapan saya melihat tarikh pada tix foc menjadikan hidup saya bercelaru minggu ini. Ditambah pula tekanan "kereta rosak" tanpa sebarang amaran awal menjadikan saya perlu kuat untuk meneruskan kehidupan. Cehhhhhhh, macam besar sangatlah masalah hidup, hahahaha.
Disebabkan saya mendapat 2 tix so saya hanya membawa Yana sorang jer lagipun menonton teater memang tidak dibenarkan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Saya pergi lambat bertolak dari rumah kul 8.15pm sedangkan teater bermula 8.30pm. Sampai kat istana budaya punyalah ramai polis bermotor. Rupa2 nya Sultan Pahang dan kerabat datang menonton. Ramai gak dayang2 kat luar istana budaya (berbaju kurung purple)
Ini adalah antara pelakon2 utama dalam teater TSLON. Semua berlakon dengan cemerlang, skrip bersahaja (siyes kelakar), kareografi tarian pun cantek, kesesuaian lagu ikut plot cuma yang tak tahan tu part pakaian "ada gak yang ceksi". Tapi paling saya suka kemunculan Mamat Khalid (pengarah Hantu KAk Limah Balik Rumah) sebagai boss perisikan ni. Giler lawak sempoi, natural sesangat lawak die. Tak yah dengar apa yang die nak cakap tengok muka jer pun dah nak gelak. Tapi scene yang saya gelak setengah mati masa lepas separuh masa pertama, babak Aznil (Mr J)... Tolonglah pelat yang ampun... Miss Nowa (miss Nora)... pinano (piano)... nyanyi pun pelat2 gak... adoihaiiiii... duk tepuk ala2 citer tom tombak..tu pun dah berair mata saya...

Tu belum masa Adibah Nor tebang siyes... Semua owang kat dalam situ siap tepuk dan menjerit. Hahahah, kelassss teater ni!
Masa berhenti berehat saya sempat berjalan sekitar dalam istana budaya dan dapatlah membaca serba sedikit mengenai NORA serta pencapaian Datin Tiara.
Me and my partner...Yana!

Saya juga terserempak dengan Natasha Hudson, die datang menonton sorang rasanya. Manis sangat wajah tanpa secalik mekap dan berbaju kurung. Dan juga pelakon Phua Chu Kang watak Margaret (adik ipar Phua Chu Kang), beliau datang dengan suaminya (pelakon Singapura juga, selalu berlakon watak polis)

Ni teater keempat yang saya dapat free tix. Apapun memang seronok menontonnya, lain dari lain. Dan saya balik pukul 11 malam (sampai tak perasan masa, lamanya teater ni!)

8 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bestnyer tgk teater..menonton teater ni mmg lbh best dr tgk wayang pd pendapat saya

Mama Zharfan said...

seumur hidup me, sekali ajer me pernah menonton theater hehe tu pun time bujang--kat hall/theater DBKL :)

misznina said...

madam saya baru lepas tengok secret life of nora... hahah. memang best cuma sebab duk seat depan nie nampak semua clear la.... huhuhu

blog-tips-kurus said...

oooo.. Adibah & Mamat Khalid best!!

*nak juga FOC tu. boleh dpt utk Badai Semalam tak? hehe.. ;)

hazman aka species1980 said...

whoaaa...bestnya...ramai orang cakap teater nie memang best sangat....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

belum sekali pun tgok teater..nanatis atu hari nak tgok.. kena tunggu aman besar mcm yana ke?? kiki

Nana said...

saya mcm tingin nk tgk teater
tp jiwa seni tu xada mangkali hehee
pastu tak pernah lg ada teater yg berjaya memecahkan rekod saya teater pertama bile ntah

AyuArjuna BiGoshh said...

Lydia- mmg besh tengok teater, wayang kena tgk citer...

suzz- me pun sejak akhir2 ni baru reti tgk teater huhu

nina- ya ke...waaa dapat duduk dekat ngan stage lagi :)

Blog tip kurus- tak dapat lagi hehehe...ntah ada ke tak ada yg FOC :)

hazman- beshhh hazman...antara yg beshh pernah saya tonton

ila- teater kanak2 upin ipin next year kuar :)

nana- ayu dulu2 pun tak pernah terpikir nak tgk teater sekali dah terjebak beshhh pulak :)