Monday, November 7, 2011

Astro B.yond IPTV | Blogger Party: Hollywood & Celebrities Night

"ASTRO B.yond IPTV", ternyata memang berbeza :)
Check it out!
B.yond IPTV servis terkini yang menemukan anda dengan 3 dunia - Astro, Broadband dan "Voice". Sesuatu yang baru dalam cara hidup digital terkini pasti dapat memenuhi segala yang diingi seperi informasi, hiburan dan sentiasa berhubung (staying connected)
Pelan pakej yang sangat berbaloi, memberi lebih dari kepuasan dan keperluan hiburan yang diinginkan. Hanya melalui satu "remote control" ianya boleh digunakan untuk seisi rumah. Anda melakukan "pre-recorded programme", merekod sehingga DUA saluran HD dan bagusnya tidak perlu berebut dengan ahli keluarga lain untuk menonton racangan kesukaan masing-masing.
Apa yang BEST tentang Astro B.yond IPTV:

a. Rancangan terbaik dari ASTRO

OMG ada 150 saluran, termasuklah 15 saluran HD (high definition). Umpama dunia tanpa sempadan, sebagai penonton kita boleh menerokai hiburan dari asia dan barat, paling menarik dunia sukan hanya di skrin depan anda sahaja!

b. PVR (Personal Recording Services) yang inovatif
Kekangan masa adakalanya menyebabkan kita terlepas menonton rancangan-rancangan yang digemari. Melalui kecangihan PVR yang didatangkan bersama B.yond IPTV kita boleh merakamkan kembali rancangan yang terlepas dan menontonnya bila-bila masa sahaja. Seronokkan!

c. Servis VOD (Video-on-Demand)
Bayangkan kita boleh melihat lebih dari 200 tajuk program hanya dari skrin TV. Selain daripada itu, kita juga boleh membuat pilihan rancangan dan filem pilihan dengan hanya menggunakan remote control IPTV. Serba-bolehkan!

d. Kelajuan "internet broadband" yang memukau.
Kelajuan sehingga 30Mbps lebih laju dari servis broadband yang terdapat di Malaysia. Dengan menggunakan kabel "Fibre Optik" yang mampu memberi kelajuan seperti cahaya sekaligus membolehkan kita mengeksplorasi dunia web dengan mudah, cepat dan berkesan. Ini sungguh menggembirakan!

Dan kini Astro mengadakan kempen "Pass the Popcorn"
Yang mana menawarkan filem-filem terbaik Hollywood seperti filem animasi "Despicable Me". "How To Train Your Dragon" dan "Shrek Forever After". Begitu juga filem yang menjadi kegemaran ramai seperi "Wall Street: Money Never Sleeps", "Takers" dan "Red". Siri televisyen yang popular tidak terkecuali seperti "Tru Blood: Season 4" dan "Game of Thrones: Season 1". Dan banyak lagi.

Sempena kempen Pass the Popcorn ini Astro juga telah menganjurkan peraduan yang mana Hadiah Utama "Pakej Pelancongan 1 famili (4 orang) samada ke Singapura, Hong Kong atau Gold Coast". Keterangan lanjut mengenai peraduan, road show dan filem yang akan ditayangkan sepanjang November sehingga Disember, boleh layari di www.astro.com.my/passthepopcorn

Dan untuk memiliki set teater blue ray seperti diatas, adalah impian saya sejak dulu lagi. Apatah lagi dengan bersama B.yond IPTV keseronakan berganda kerana dapat menghabiskan masa bersama satu famili menonton rancangan kegemaran kami.


Astro B.yond IPTV produk terkini,
Banyak kelebihan memikat hati,
Memilikinya umpama mimpi dalam mimpi,
Mewarnai dunia bahagia satu famili.

*********************************************************

Yeay!, Parti! Parti!

Jemputan Nuffnang dengan kerjasama Astro ke Parti : Hollywood & Celebraties Night memberi saya peluang untuk mengenali Astro B.yond IPTV dengan jelas lagi. Majlis bermula seawal 6.30 petang bertempat Solaris. Meriah sesangatnya!

Majlis dihoskan oleh Adam C, sorang yang serba boleh dan santai dalam mengacara. Paling best ada acara "Pop Kuiz" yang menawarkan hadiah khas dari Astro. Soalan yang ditujukan semuanya berkaitan dengan Astro B.yond IPTV. Dan saya tidak terkecuali memenanginya satu!

Selain daripada itu setiap blogger berpeluang memenangi IPad 2 dengan hanya mempertaruhkan slogan terbaik masing-masing. Blogger yang bertuah memenangi IPad 2 ialah saudara Samuel Chew Jian Jian - mesti best giler slogan die nih!

Ada juga permainan dalam kumpulan "Who kidnapped Kak Limah". Wahh, permainan menuntut setiap ahli pasukan berlari ke sana-sini untuk mencari jawapan pada klu-klu yang diberikan. Lenjan berpeluh satu badan tapi seronok sakan walaupun pasukan saya kalah dengan bermaruah :) Hadiah yang ditawarkan voucher Jusco bernilai RM500.

*Mrs Vogue bersama Encik Scream
Acara kemucak di malam tersebut ialah pemilihan pemenang "Best Dressed". Saya sendiri sukar untuk membuat pilihan sebab ramai yang hadir dengan costume yang cantik dan sekali pandang memang ada iras selebriti Hollywood.

2 kategori lelaki dan wanita dan setiap kategori menampilkan "top 5 Best Dressed"

Top 5 untuk kategori wanita.

Si comel Minnie Mouse. Sangat cute, membuatkan saya terfikir nak cari lah satu costume ini buat my Amani, hehehe.
Britney Spears in da' house. Woot wooot...Comelkan!
Marilyn Monroe. I like it so much :)
Amy Winehouse, serius tengpk coletan mata. Ya kamu sememangnya hebat meniru gaya Amy! Dan inilah pemenangnya Peggy Carter a.k.a Avelynn

Bagi "Top 5 Best Dressed" untuk lelaki adalah seperti berikut:
KY Speak as....lupa dah karektor! Huhu.
Our John Lennon or may be other celebritity, I am not so sure. But I really like the outfit, cool man!
We love Captain Amerika! Captain Amerika.
We love Captain Amerika! Captain Amerika.
Wohoo..
Mr Green Hornet juga antara finalist. Dan beliau juga yang telah memenangi IPad2 untuk slogan terbaik! Dann pemenangnya ialah Lady Gaga a.k.a Encik Haiqal

Goodies..Goodies kepada bloggers yang hadir, sememangnya kami semua tidak pulang dengan tangan kosong. Terima kasih Astro dan Nuffnang, u really make my day!

Sedang enak berkongsi cerita,
Dengan rakan bloggers berbual mesra,
Datang Adam C menyapa saya,
Diajukan soalan saya mendapat "souvenir".
Goodies buat saya dan teman,
Macam-macam ada begitu mengujakan,
Terima kasih Astro dan Nuffnang,
Atas jemputan "event happening" menyeronokkan!

No comments: