Audition Game Show Cabaran CalCiYum!

Wa wa wa wa..
Rasa nak menangis ni, banyak keroje gilos, nak kena antar draft buku by today tapi still nak hapdet story kat blog, huhu

Thanks to Devi alerting me about the audition:)
So saya buat appointment ngan PIC ~ Suyin untuk hadirkan diri ke audition games khas untuk anak dan ibu anjuran produk CalCiYum!
First time saya ke Red Communications dan alhamdulillah tak sesat (atas bantuan guide dari Ezz dan Mak Sha).
Dan anak yang menjadi pilihan kali ini ialah Anaqi, heheheh (clap clap). Sebab game show ni terbuka untuk ibu yang mempunyai anak antara 7-12 tahun. Memandangkan Yana dah join saya untuk Dumex audition kali ni saya bawa Anaqi pulak. Paling penting Anaqi yang beria ajak pergi audition so saya follow jer. Semangat jer lebey!
Mula2 kena isi form jawab survey khas untuk anak2. Since Anaqi dah besar saya suruh isi sendiri. Antara soalan dia tanya: Hadiah apa yang suka diberikan pada ibu, suka warna apa, takut apa, terangkan 5 perkara menarik tentang diri...dan macam2 lah. Saya rasa survey ni nak tengok "KEUNIKAN" anak itu sendiri. Ada sesi bergambar untuk semua peserta siap kena pegang mini white board kecik yang ada nama peserta itu sendiri.
Lepas itu ada rakaman (sebelum dan selepas main games)- Dia nak tengok samada kita dan anak mesra kamera tak. Heheh, Anaqi memang agak malu tapi dia jawab sangat jujur hokeh! Ada part dia tanya "Anda rapat dengan ibu?" Dia jawab "Rapat gitu2 jer, rapat lagi dengan Dedet!". Hahahahaha...Main games oklah, saya dan Anaqi dapat selesaikan dalam masa 24 saat :)..

Problema untuk saya kerana waktu shooting ni nanti kena waktu saya dan keluarga bercuti. Kitaorang dah tempah flight tix dan hotel. Tapi PIC Suyin try nak adjust time shooting, huhu. Harap2 dapatlah join :)

Hadiah cam CASH dan setiap pemenang akan terpilih akan menjadi DUTA CalCiyum ~ dowang cari 3 orang...huhu
p/s: Ezz u kena jadi model I ya untuk entri ni, hik hik.
p/s/s: Jumpa Puan Zana ngan anak2 dier. Sememangnya Puan Zana ni dah beberapa kali jadi Juara games show di Malaysia (terutama team dengan anak). Kalau tak silap Kraft Singles yang menawarkan 10k tu dier yang menang, hebatkan!

Comments

Mama Zharfan said…
beshnya aktiviti2 gini :)
Nana said…
mcm mana ayu tau pasal audition2 ni ek?
mcm tingi je nak join pertandingan ala2 who wants to be a millionaire tu haha tp dok terfikir mcm mana diorang tau?bese xde iklan pon
This comment has been removed by the author.
mz- mmg besh :)

klu mydrops, millionaire tu buasanya dari FB...ayu kdg2 kwn yang approach via email takpun fb
Zuraida Rahim said…
syoknya join program reality tv ngan anak2. Camana nak join ek?
all the best ayu! hope u & anaqi could win.
zuraida- byk sbnrnya, klu under astro rasanya dowang ada agensi yang cari :P
cam ayu kawan2 yang beritahu

devi- tq so muchhhhhhhhhhhhhhhhhh :)