Hari Graduasi Akid 12.11.2011

12 November 2011, hari bersejarah buat Akid Zulqarnain bin Zulhazmi kerana telah berjaya menamatkan pelajaran pra-sekolah selama 6 tahun di IIUM Educare. Saya telah menghantar Akid sejak beliau berusia 2 bulan lagi di IIUM Educare dan saya sangat bangga pencapaian selama beliau dididik oleh guru-guru yang dedikasi.

Seusia 2 tahun Akid telah dilatih tidak menggunakan pampers, berdikari dari segi makan + berpakaian + segala urusan harian, mengenal huruf, belajar berkawan dan macam-macam lagi.
Begitulah dari 3 tahun sehinggalah beliau lancar membaca terutama Bahasa Melayu seusia awal 6 tahun. Penguasaan bahasa jawi dan bahasa Inggeris juga memberangsangkan.Dan kawan-kawan dalam kelasnya 80% adalah kawan beliau sejak berusia 2 bulan. Bestkan!

Biasalah di mana di setiap acara Graduasi Pra-Sekolah perlu ada persembahan dari pelajar-pelajar. Dan IIUM Educare Graduation Day banyak sangat persembahan, kalau tak silap saya hampir 10 persembahan. Jom layan beberapa aksi Akid dan kawan2 sekolah dier buat persembahan.
Persembahan dari Akid dan rakan sekelas- Asma Al- Husna (tapi gaya membaca cam Pejuang Palestin, hehehe)
Nasyid ni antara persembahan yang paling besh. Anak MZ salah seorang penyanyi kat sini. Paling saya suke tengok penyanyi utama (belah kanan). Pehhhh memang berbakat nyanyi siap dengan gaya yang mana satu dewan boleh tepuk dan senyum sampai ke telinga.
Tarian yang comey. Amboi bergelek sakan.
Persembahan dari Akid dan gang lagi. Suke tengok dowang hepi buat persembahan :)Magic Show! Waaaah mak cik kena tipu huhu.

Sebenarnya banyak lagi gambar dari persembahan lain tapi cam banyaklak pulak nak upload kat blog. Tapi secara jujur saya rasa sedih, sayu dan bangga juga tengok persembahan anak-anak disini. Sebabnya saya dapat lihat dari raut wajah masing2 semuanya "enjoy" buat persembahan. Mereka buat bersungguh-sungguh nak tunjukkan pada ibu-bapa mereka "this is our day, mum! dad!" Tapi tak tahu lah naper saya rasa sayu :( Maybe saya terkenangkan bagaimana hubungan saya dan cikgu2 Akid kat IIUM Educare. Kerana saya sangat rapat dengan mereka. Segala perkara perkembangan dari Akid memang senang dan kerap dibincang. I am so happy about that.

Lepas tu teringat. "Weh, Ayu bukannya ko ader 2 lagi anak kat IIUM Educare ke?". Hok Aloh, nak ober2 sedey lak. Hahahahah.
Dan Akid bukan sahaja mendapat sijil tamat sekolah, beliau juga dianugerah "The Best Attendance" untuk cawangan PJ.
Wow wee, memang Akid jenis yang suke pergi sekolah. Dan selalu lah berlaku drama swasta depan sekolah setiap kali datang lambat ke sekolah (datang lambat biasanya dalam kul 9 pagi ke atas). Akid akan merajuk dan kadang2 menangis sebab lambat ke sekolah. So terpaksalah Cikgu Siti datang ke kereta dan DUKUNG ke kelas. Hahahahahaha. Sebab mak die dah tak kuasa nak layan.
Kesemua graduan IIUM Educare sesi 2011 bergambar bersama guru-guru mereka.
Dan inilah guru kelas Akid. Teacher Siti dan Teacher As bersama Akid dan rakan baik dari kiri Irfan, Akid, Afiq dan Affan. Harapan saya moga anak-anak ini akan terus berjaya dunia dan akhirat. Dan buat teacher2 Akid, terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mendidik kalian.

Laluan iklan, nak menang barang mekap leh klik sini:

Comments

eB ezrin said…
tahniah. wah dpt ijazah sudah >_<
wahhhhhh next year dah darjah 1. Tahniah sbb dapat anugerah best attendance...errkkkk anugerah ni pun ada? x pernah dgr lagi....
mz- tq suzz, congrats to zharfan too

eB- hik hik pra ijazah :p

ezz- tu ler, award yang memberangsangkan utk sentiasa ke sekolah :)
Hermit said…
sedey sbb tak dpt g... betul2 kekok bila tegur Akid after first2 jumpa lepas majlis dia, dia pun cam tak nak cakap sgt.. kecik ati kot? (jamin mummy tak perasan pun! kehkeh).. aii... Akid lak jenis kena ikut gaya dia 'slow talk' baru leh terima... :(
dedet- akid kat selalu memendam perasaan...hahahahha....bagi die hot wheels ok lettew

Popular Posts