Ianya Bukan Magik! | Mesin Basuh Bertukar Menjadi Dryer :)

Hujung minggu lepas saya dan famili ke SengHeng Giant Kelana Jaya. Dengan matlamat untuk menukarkan voucher2 yang saya menangi baru2 ni ~ mesin basuh dan dan steam iron. Saya memang dah plan ngan Encik Hubby untuk cuba dapatkan barang lain. Ini memandangkan barang2 yang dimenangi kami sudah ada bukannya satu bahkan ada yang dah sampai 3 unit. Dan nasib saya begitu baik bukan sahaja promoter SengHeng melayan saya dan keluarga dengan mesra bahkan dengan mudahnya saya membuat penukaran barangan lain. Atas pilihan apa2 barangan kesukaan saya. Jika harga yang dibeli lebih mahal dari kombinasi voucher saya dibenarkan tambah dengan duit saya sendiri. Wah! Memang syok, kan?

So, hasil perbincangan saya dan Encik Hubby, kami bersetuju untuk membeli Dryer (musim hujan sangat leceh kalau ada baju yang "urgent" untuk digunakan tidak kering2 di ampaian).
Tadaaa! Kak Elba menjadi pilihan kami. Kecik jer saiz dier, boleh masuk dalam 3kg. Tapi bagi saya "OK"lah sebab saya tak rancang pun nak sentiasa mengeringkan pakaian. Hanya pakaian yang tertentu ajer.
Untuk menggunakannya tidaklah terlalu "complicated". Mudah dan jelas :)
Lagi satu alasan kenapa saya memilih Kak Elba yang comey ialah saiznya yang agak kecil. Rumah saya tidaklah besar mana so dengan adanya mesin2 lain menampakkan rumah saya begitu sempit. Walaupun dalam hati pada asalnya saya begitu meminati dryer jenama Elextrolux yang sangat besaq :p
Dan saya juga diberikan 3 tambahan voucher seperti di atas. Suke suke suke. Beli secara percuma dapat lagi voucher lagi. Cam kena membeli lagi ya, Dedet. Wink wink.

Comments

Wansteddy Tales said…
memang penting dryer ni. nk2 time hujan. tp wan, time xhujan pun dry jugak baju. malas menjemur... ahaha... tp tu la, satu je yg lemahnya nk pakai dryer ni. kuat makan karen. bulan2 bil api.. ayoyo! tinggi... wan guna jenama indesit. dah lebih 4 tahun guna, alhamdulillah kekal berkhidmat hingga kini :)
Mama Zharfan said…
kat UK memang wajib guna dryer :) kat msia time2 ujan memang perlu dryer :) congrats babe!
hehe.. mmg kena beli lagila tueeeeeeee
eB ezrin said…
braper eh harga dryer? wajb bli gaks nih
Hermit said…
memang best sebab kecil so senang nak pindah2 & jimat ruang :)
wan- dulu tak nampak kepentingannya. sekarang ohhh sangat penting :)...mesti dryer wan yang besar punye

mz- musim hujan kan skrg ni....derita mengering pakaian :P

ila- kan kan..strategi promoter

eB- ayu punya kecik tak mahal sangat harga asal rm1299 tapi ada sale Rm900 lebeh

dedet- kan sama saiz ngan afiq jo...haha
Wansteddy Tales said…
xbesar pn kak ayu. 6kg je. bolehlah muat toto besar selai :)

Popular Posts