Karoks di "My Box' Giant Kelana JAya

Selepas selesai urusan membeli-belah secara percuma di Seng Heng. Anakanda semua kecuali Amani beria ajak berkaraoke di "My Box" yang mana kedai dier betul2 bersebelahan dengan Seng Heng. Ini memandangkan kat rumah saya memang tak benarkan dowang buat konsert so dengan hati berbelah bagi saya dan Encik Hubby pun kasilah "green light". Dengan reason paling baik dari Yana "Nak release tension lah Mummy!".

Paling murah untuk sewa bilik kat di situ ialah 8 hengget untuk 30 minit. So amik pakej paling murah.
Pemilihan lagu dowang sendiri. Tapi yang menjadi kegemaran lagu mereka semuanya lagu penyanyi/band Indonesia. Tapi pilihannya tidak banyak! Adeh, mengapa bisa jadi begini dong. Abih lagu Wali Band - Cari Jodoh (tak leh blah), Crazy Frog (ntah apa2 nyanyi), Kryptonite, 21 Guns, Bruno Mars - The LAzy Song, Def GAb C - Cinta Sakti (yang ni Dedet nyanyi dengan penuh perasaan, hahahaha), RATU- Teman tapi mesra (lagu Indon pilihan Yana). Lagu dari kumpulan The Lucky Laki takdelah pulak, my kids nyer feveret "Superman!".
See Anaqi menyanyi dengan penuh perah sa-aaaan.
Lagu ni siap Akid ikut joget sekali. Ni feveret video klip dowang ni. Lagu dari Bruno Mars.
Nyanyi secara beregu. Tapi Anaqi sekali lagi paling over.
Oooh ok saya dan Amani tak nyanyi ya. Kitaorang lepak kat situ 5 minit jer sebab tak tahan dengan suara-suara yang menyanyi. Terus keluar sebab rasanya lagi syok pergi shopping kat Giant.

Kesannya dari nyanyian ahli keluarga saya, secara jujurnya kami balik dalam keadaan hujan yang sangat lebat, hahahahahahaha. Dan Anaqi mengadu gigi die sakit, saya sengaja membuat telahan menyakitkan hati dier "Tu lah nyayi sampai nak tertelan mikrofon, sib baik tak tertelan tapi terkena gigi". Apapun anakanda2 memang hepi tak habis2 cerita ngan saya pasal camne gaya dowang ngan Dedet terchenta menyanyi sesedap rasa telinga. Hahahahahaha.

Comments

hehe..hujan lebat tue sebab bebudak tuelah nampaknye hehe
ila- ahahahahah, kan kan
Nana said…
wah sonoknye
dah lama tak g karok ni
klw damia dapat mic
abes dia konker
Mama Zharfan said…
hehe me tak pernah pegi mana2 karaoke :p
nana- ayu tak pernah karoks...malu hahahahah walaupun depan famili sendiri

mz- ni pun first time hehehe
Em's Family said…
hujan lebat tu hujan berkat tu hehehe.. tergelak i bace statement u
mira- hahahahahhaha, tapi siyes cam nak banjir jer laluan masuk ke giant kj
me tak tahan gak bising bising kat bilik tu...huhuhu...
ezz--bising dan bingit, me jenis suke tempat2 peaceful :)
Hermit said…
oklah dak2 tu enjoy... Anaqi siap suruh extend masa lagi... dari diorang dok melalak dalam keta cam nak pecah kapla saya baik suruh diorang nyanyi kat situ je :P
dedet- ke awak yang lebih2 nak menyanyi hahahaha