Proton Inspira R3 - Kenapa saya suka?

Semalam (Jumaat), berkesempatan untuk melihat versi terbaru Proton Inspira R3 - hanya 100 unit dari model 1.8 transmisi manual dibuka untuk tempahan, malangnya tiada unit pameran di showroom so hanya boleh tengok gambar :(
Apa yg di tambah? Bodykit R3 sepenuhnya i.e 'front bumper splitter', R3 grille (yg digelapkan), skirt tepi, apron belakang & 'ducktail spoiler'... Dilengkapi juga dengan rim aloi R3 18" jenis Advanti Racing M8501 dibaluti dengan tayar 225/40R18 Yokohama AR01. Semua ini dikatakan bernilai RM9,000!
(Pics credit to mudah.my)
So sebenarnya ianya hanyalah make-up luaran & tiada sebarang sentuhan pada enjin atau suspensi, sama seperti versi Proton Inspira standard. To be fair, difahamkan Mitsubishi memang menghalang Proton dari melakukan sebarang 'tuning' pada enjin mereka so semua 'Lancer' versi Proton hanya dilakukan perubahan fizikal luaran & 'suspension geometry'...

Tapi kenapa saya suka? Sebab utama ialah harganya kekal sama seperti Proton Inspira 1.8M iaitu RM 78,549 (OTR-solid) & RM 78,999 (OTR-metallic) walaupun telah ditambah dengan 'goodies' bernilai RM9,000. Semua 'standard equipments' adalah seperti versi 1.8M i.e dual SRS Airbags, 4 wheel ABS with EBD, fabric seat etcetera etcetera...

Disebabkan struktur cukai, duti & perlindungan dari big 'G' maka Proton boleh menjual kereta C-segment dengan harga kereta B-segment... Sama seperti Kia Forte yg juga kereta C-segment yg sepatutnya bersaing dengan Toyota Altis, Honda Civic etc. Sebagai perbandingan, my dugong is a B-segment car which is a smaller sedan...

Secara peribadinya, sy memang sangat menyukai Proton Inspira disebabkan chasis & enjinnya adalah Mitsubishi Lancer, hanya dilakukan sedikit perubahan rupa (di masukkan local content) & ditampal lambang Proton... Kalau betul2 'kerjatangan' Proton memang sy was2 sket, kehkeh. Ops... juga dilakukan suspension tuning, dengar khabar lagi baik dari suspension asal Lancer tapi malas layan sangat sebab tak pernah TD Proton Inspira so takleh buat perbandingan.

Tapi dulu sy dah pernah TD Mitsubishi Lancer 2.0GT. Ingat lagi 3 hari selepas pelancaran me & my best bro pergi TD & punyalah ramai org so kena tunggu 2-3 jam untuk sampai giliran. Versi Lancer yg di TD ialah dari transmisi CVT. Dah dapat memang kitorang lenjan abis2. Sampaikan bro yg ikut kitorang TD terketar2 tangan isap rokok lepas TD wahahaha.... Memang sangat2 puas hati dengan 'performance' dia, very agile with little body roll & acceptable understeer, sangat2 'value for money' [CBU unit < RM120k masa tu]. Can't wipe the smile of my face sampai mukapun kejang LOL. Betul2 berminat tapi bila ckp kat 2nd in command dia balas"No more car! Find me a mpv instead"... So dari situlah start riki2 mpv sampai skang, tak jumpa2 yg betul2 puas hati, sy memang sangat cerewet hahaha...

Kesimpulannya Inspira = Lancer with a cheaper price tag, kalau ada perubahan pun ianya sangat minimal. Apa2pun, memang sy rekemanlah sesiapa yg nak beli kereta ni! If only i can... Sob2 :(

Hermit

Comments

Wansteddy Tales said…
Pergh kak ayu cakap pasal kompenen kete lancar je. Wn satu benda xtahu menahu psl kete! Ahaha.. Ada plan nk tuko kete ke kak ayu :)
awjan said…
hehe...teruja jap bc entry kak ayu..sekali tgk..huuuuu encik Hermit yg nulih rupenye
Hermit said…
lupa lak nak cakap... skang interest rate 2.86%, flat rate tak kisah berapa tahun pinjam pun, semua sama... & tadi ada survey harga tayar Yokohama tuh kat kedai tayar, RM800+ sebijik, kehkeh tapi tak tahulah kot2 kedai lain leh dapat murah :)
Mama Zharfan said…
memang ni keta my 2nd choice slps honday city heheh memang sgt cun :)
wan- klu akak ternganga jer kot..citer pasal jenis2 senduk terror lah...posting dedet ni :p

najwa- hik hik klu lah akak tulis...leh respek tak hahaha...pomfuan yang tahu cite rketa hehehehe

dedet- sy tetap nak exora..huhu

mz- heheheh...enjin dier jer yang cuns
madammondoq said…
warna nya i like!! menawan kalbu.. ehe..