Monday, November 28, 2011

SaSa Fashion on the Turf Day | Event Glam Tapi Membosankan!

Hari tu ada owang ajak saya join event ni kat FB, saya pun ter"register". Tiba harinya saya dah cam malas nak pergi sebab ianya hari Ahad ~ waktu beraktiviti bersama keluarga. Tapi Dedet sangat sporting suh jer saya pergi, siap dier dan anak2 tolong hantar saya sekali :)

Saya pergi lewat. Cam lagi 1 jam acara nak abis. Hahaha. Memang niat nak skodeng2 jer. Ingat tempat kuda berlawan atau buat perarakan jer. Tapi ghupenya ada gak tempat bertaruh. Paling tak tahan ramainya lah orang melayu bersaing bertaruh dengan bangsa2 lain. Hmmmm.

Event yang saya hadiri ni tempat dier dalam bilik khas sangat esklusif. Dan saya antara manusia yang paling selekeh disitu. Semua yang hadir kebanyakan datang melawa giler, bertopi, berkasut boot. Saya lak cam owang pergi pasar jer. Sah2 lepas event ni saya plan nak gi carik lauk-pauk untuk dimasak, huhu.

Ada pertandingan "peserta paling bergaya", "teka kuda yang menang" dan macam2 lagi. Tapi satu benda pun saya tak layan. Ada gak peserta melayu kat situ tapi boleh event yang glamour ni diacarakan dalam bahasa cina. Ohh hello! Kalau poster, pendaftaran dalam bahasa Inggeris... Apahal lak acara ni diacarakan dalam bahasa yang khas untuk sesetengah kelompok? Event staf SASA kat situ ramai gak yang bangsa india dll. Hangin tul saya. Saya tak kisah nak acara majlis dalam bahasa kamoo. Tapi lain kali tulis siap2 dalam form pendaftaran on9~ "Acara akan berlangsung dengan penggunaan bahasa cina sepenuhnya, harap maklum". So saya tak perlu susahkan diri datang majlis glam yang bukan perlu dihadiri semua bangsa :0

Emo lak... Pengajaran buat diri gak ni :(
Ada booth pakaian, cara berfesyen bla bla bla
Ada promosi segala bagai...
Dapat goodies bag, hmmmm. Klau tengok value memang mencecah 100 hengget. Tapi sebenarnya saya rasa "sib baek aku datang nak abis". Sebab rasanya lebih baik masa senggang saya dihabiskan bersama keluarga daripada menghadiri majlis yang rasanya "bukanlah indah sepertimana yang digambarkan". Ni antara event yang teruk pernah saya hadiri, huhu.

7 comments:

Mama Zharfan said...

nasib baik me tak attend hahah :) serik dgn event huggies..rupa2nya ada yg lagi worse tu :p

Nana said...

nasib baik juga saya tak g sebab masa tu xde kt kl hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mana boleh buat mcm tue..cakap racist marah pulak diorang kan??

mama_umar_maryam said...

zt ari2 lalu depan bulatan kuda ni (kate kolej kt TPM kan)mmg banner die punyelah besar

Em's Family said...

huhu mira kalau event hari ahad gini tak de kene mengena sangat, i bo layan je :D hehe

Cute MuM said...

boleh pulak event dalam bahasa tue..erm.. nasiblah datang lewatkan.. kalo tidak mesti lagi berangin..

Ummi Dania Yasmine said...

really?...huh rupanya i dah fly pulak hari tu....nanti nanti kita off record yer....