Twilight : Breaking Down (Part 1) | Saya Jatuh Chenta Sama Itu Yakoob eh Jacob

Hokeh, Twilight lagik! Saya melepaskan 2 tix di MBO Cheras tapi saya menerima 4 tix di Cathay. Tq Cacah :) Sekuel dari filem sebelumnya Bella dan Edward. Rasanya 20% babak dalam filem ni pasal awal perkahwinan Bella dan Edward. Dah memang dowang ni memang berchenta betul2 di luar set so bila berlakon dah cam real jer. Feeling deh. Tapi memang kureng sesuailah anak2 kecik datang nonton. Walaupun banyak babak yang di"cut" tapi ada gak kissing2 dan juga gambar ala separa tak menutup kain. Hint: Di malam pertama di bulan purnama penuh, ahahhaah--> sajer gedix ehh!

Tapi siyeslah, saya sukeee sangat character Jacob. Memang sayang dan amik berat gegiler lah kat Bella. Rasanya prihatin + perhatian Jacob pada Bella lebeh dari Edward. Emo lelebih sangat Edward, kadang2 garang dan menyakitkan hati. I hate u Ed(wahh, maklak ober ya)

Sebenarnya kalau nak tengok movie dengan kaedah lebih berkesan kena khatam novel dier, baru best rasanya. Sebab kita boleh compare dan lebih paham watak dalam Twilight. Wah saya kena carik contest menang set buku Twilight ni, hik hik. Ke ada yang nak kasi free? Si Zemah my opismate die ada 1 set novel ni, waaaaaaaaaaaaaa nak jugak... nak jugak.

Walaupun Twilight ni kisah cinta yang agak berat tapi ada gak scene2 yang kita boleh nak gelak2. Contohnya part nak namakan anak, anak lelaki EJ (Edward Jacob), kalau anak perempuan Renesmee (gabungan nama mak EJ, hahaha)
Even kalau baca komen Robert (watak Edward), die paling suke part kahwin-kahwin. Rasa macam kahwin betul2 jer walaupun berlakon. Gulp :p
Renesmee Carlie Cullen, comey ehhh. Mata die bersinar2, suwitt :)
My adiks bebel kat saya, apsal bawak bebudak ni gi tengok Twilight, lebih baik tengok bola kat stadium ngan Uncle Pary. Ekceli saya tak nak bawak, tapi dowang yang beria nak ikut, hahahaha. Lagipun Dedet tak nak ikut, die spesis tak layan cerita cinta-cinta kurang siuman, huhu.

p/s: Pada yang nak menonton, janganlah bawa anak cam saya. Penangan dari cerita semalam my Yana sudah menyebut berkali-kali nama Jacob dari keluar wayang sampailah ke pagi ni. Minat betul die ngan si Jacob atau nama melayunya menurut Afiq si abe Yakoob. Nyesal den.

Comments

tak sesuai la ayu, untuk anak2....kalau hubby i sure dah lama tak bagi deh....tapi i suka plak citer ni. Hehehe....kat cinema lagi best tengok cerita ni....
mummy_ayu said…
tak sabar nak nengok gak..
Syima Emi said…
akak.. xde tiket lebih2 ke.. hahahaha...saya terlepas nak tgk semlm sebab xde org nak teman.. huhu.. sedih...
Mama Zharfan said…
me tak pernah baca novel dia so me agak blur2 hahaha
Nana said…
hehhee btol2 jacob sgt caring mcm dia lak laki nye si bella..semalam pon saya tetiba suke sgt kt jacob..alahai pak kob..hahaa
breaking dawn part 1 sungguh mengecewakan sebab scene cintan yg over sgt..lol..tak sesuai untuk kanak kanak serta jiwa brutal yang sewaktu dengannya..:P
p/s: i team jacbo..:P

Popular Posts