Anakanda2ku Terjebak Dengan Pertandingan Mewarna Di Carrefour Kota Damansara!

Hari Ahad lepas setelah sakan menyertai Karnival Kampus Astro, saya dan famili terus ke Carrefour Kota Damansara untuk makan tengahari (walaupun dah petang) di KFC. Abis makan gegas masuk Carrefour untuk shopping mana yang patut. Baru jer nak bershopping ada announcement dari kaunter perkhidmatan mengajak adik-adik yang berumur 7 hingga 12 tahun untuk menyertai pertandingan mewarna. Apa lagi bersemangat anak saya nak menyertainya (ke mak die yang lelebih semangat? hik hik). Even Akid yang 6 tahun tu pun join sekali.
Ada 8 peserta semuanya. Carrefour ni takdelah ramai sangat pengunjungnya. Sangat damai bila bershopping di sini. Dan kedamaian itu dapat dinikmati sepenuhnya bila anak-anak ada aktiviti mereka sendiri.
Mula start mewarna. Buat pertama kali saya melihat Anaqi bersungguh mewarna :p
Dan paling terkezut Yana mendapat tempat pertama. Clap clap clap.
Semua peserta akan dapat hadiah. Cuma nilaian untuk hadiah satu hingga tiga memang lebih sikit. Dan saya juga diberitahu setiap cawangan Carefour di hujung minggu akan diadakan aktviti sebegini. Ianya akan dimulakan pada pukul 5 petang. Keterangan lanjut silalah rujuk di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Carrefour yang berhampiran dengan anda. Bereh?

Comments

eB ezrin said…
wah tahniah. np x capture gambor drawingnyer. eB suker tgk :)
Mama Zharfan said…
congrats dear yana :)
Yana yang hebat!!!! :-) sikit yang join tu ayu....8 org jer? Hadiah best plak tu....
penah pg carefour putrajaya .. ada maskot amana nak nangis je tapi arief relex..arief kan peramah..mesra alam