Barbie Princess Charm School Party!

Parti... parti... parti untuk gegirl ajer :)
Pink dan putih warna asas dalam setiap hiasan, nampak sangat sweet.
Tema untuk setiap peserta yang menghadiri parti berpakaian ala puteri.
Memang tidak dinafikan puteri yang hadir semuanya melaram habis. Chantek2 you. Baju gaun kembang-kembang dengan rambut pelesu memasing. Huhu. Tapi my Yana berpakaian biasa jer. Pejam mata bayangkanlah beliau "Puteri Muslimah". Hehehe. Saya malas sebenarnya nak membazir membeli gaun memandangkan Yana sudah besar dan beliau bukannya gemar berpakaian gaun kembang2.

See Yana dan Dania (puteri Ezz) bergambar di meja makan yang begitu hampir dengan pentas. Dalam dewan tersebut ada juga booth yang disediakan untuk puteri-puteri beraktiviti sebelum majlis bermula. Ada booth solekan, bergambar, pakai sticker/tattoo dan hias patung Barbie. Tapi biasa jerlah aktiviti ini kalau dibandingkan dengan Parti Barbie tahun lepas rasanya lagi meriah. Kali ni nampak Parti Barbie lebih matang. Siap ada diajarkan protokol berpakaian dan adab ketika makan. Pehhh. My Yana bergambar "control cun" selepas dimekapkan.
Memang lawa model Barbie ni tapi lagi cuns patung Barbie sebenarnya. Wahhh statement kejam saya... hahahaha.Pose Yana sebelum kami beredar dalam pukul 1:30 petang.
Sepanjang parti tersebut puteri-puteri ini dihidangkan makanan ke meja masing-masing. So, dowang kena makan dengan sopan dan ikut sepertimana yang diajar dalam etika bersantap. Cam puteri istana, ajor!

Parti kanak-kanak mak bapak kena tunggu kat belakang. Sib baeklah Ezz ada boleh gak layan borak cerita2 terkini memasing. Takdelah jemu sangat :)
Cam biasa dapat goodies bag. Semua Yana punya. Ngendeng buku nota Barbie langsung tak kasinya. Kemut deh!

p/s: Kredit foto dari Ezz (tq tq tq tq)... Boleh saya pergi lupa bawa kamera, huhu.

Comments

Em's Family said…
suke tengok decoration barbie ni .. memang bertuah sape2 anak2 yang dapat pergi..
wahh nampak best event tue.. kalaule amana blh pg mesti menganga2 mulut dia hehe
best sbb pink kare...best pot pet ngan u :-)

Popular Posts