Gaya Rambut Ala Penyanyi K-POP

Saya memang meminati cerita2 Korea. Siap ada koleksi lagi tapi kebanyakannya cerita2 lamalah. Kalau cerita sekarang macam lakonan Lee Min Ho, saya cuma ada "Boys Over Flower" ajer. Dan sekarang tengah berangan nak beli lagi 2-3 set, hik hik. Aisshhh tak jadi kerja lain lak.
Tapi anak2 saya terutama Akid dan Afiq memang suka tiru gaya rambut penyanyi pop dari Korea. Pesen rambut tercacak-cacak. Lagi-lagi gaya tirus tajam ke tepi. Pehhh, kalau tercucuk belon 20% kebarangkalian boleh meletup ni.
Contohnya gaya paling digemari oleh Afiq. Saya namakan ia sebagai pesen "Autumn in my heart", hahahaha...
Ini pulak Akid dengan gaya ala "Astro Boy". Susah wooo nak buat tajam-tajam kat tepi. Makan 2 minit lamanya. My Yana kakak yang sangat rajin melayan Akid untuk menjadikan rambut seperti yang diinginkan.
Siap amik katalog (buku mini) promosi Gatsby dan pilih-pilih gaya rambut yang dowang berminat nak buat. Nak gelak pun ada saya tengok keletah mereka.
Ni cam gaya pelakon tambahan dalam "Winter Sonata". Hahahahaha.  Sebab pelakon utamanya rambut skema :) :p Saya paling suka gaya ini. Mainlah puas dengan minyak rambut dan pastinya 2-3 hari sebelum buka sekolah ke kedai gunting lah kita yek!

Comments

Wansteddy Tales said…
Amboiii... encemnya menantu auntie wan! hahaha... mana satu menantu wan ni kak ayu? akid ke afiq? dah lupaaa pulak, nama muka hampir sama >< apa punya bakal mak mertua daa... hahah
Mama Zharfan said…
hehheh my zharfan pun suka buat mcm2 gaya rambut hehheh
wan- heheheheheh...rasanya si Afiq....tapi pemilihan masih dibuka since dua2 tu still single and available with parent permission. hahahahah


MZ- budak2 sekarang :)
umialya said…
stail budak2 loni
sayangnyer i cuma ada gegirl. Kalau boboy mau pesen rambut gini gak...hahahaha
K Pop okay, jangan Pop yeh yeh...hehehe.....