Percutian 4H3M Di Langkawi : Semalam Di Mali Best Chenang

Hari Khamis 15 Disember 2011 pukul 10 malam saya dan famili bertolak ke Pulau Langkawi untuk bercuti sambil merehatkan diri. Percutian kami juga disertai mak, mak sha, mak Biq dan Uncle Pary. Plan cuti ke Pulau kelahiran Mahsuri dah lama - booking flight tix dan kebetulan juga saya ada memenangi voucher penginapan 3H2M di Mutiara Burau Bay Beach Hotel (ekceli gigih mencari contest untuk menang penginapan free, hik hik)

Adik-adik saya yang banyak buat perancangan perjalanan. Dari mencari kereta sewa, penginapan untuk hari pertama dan aktiviti2 di Pulau Langkawi semuanya diaturkan oleh adik2 saya. Dan paling penting uollss dah ada kereta sewa jangan lupa bawa GPS (cam adik saya die guna GPS dari applikasi iPad).
Sampai di Langkawi, lepas amik kereta sewa Avanza (satu hari RM150) terus gerak ke Pantai Chenang. Memang meriah kawasan ni waktu malam. Check in kat Hotel Budget Mali Best (tapi still besar dan selesa). Malam tu jugak kitaorang pakat jejalan kat kedai kawasan pinggiran pantai. Letih jalan saya dan famili berhenti makan kuey teow goreng yang shodap dan sate bakar betul2 sebelahan dengan opis Rumah Rehat Mali Best. Adik2 saya bersama Anaqi dan Yana pergi layan burger lagi jauh dari tempat penginapan kitaorang untuk malam tu.
Inilah bilik kat Mali Best, harga untuk satu malam RM120. Untuk saya dan anak2 memang selesa dapat tidur atas 2 katil besar.
Esoknya pagi2 sebelum check out dari Mali Best main lenjan kat Pantai Chenang. Walaupun pantai ini terbuka tapi still nampak chantek lagi. Ramai yang mandi kat pantai tapi saya dan anak2 hanya berjalan-jalan berpoto-poyo. See Anaqi punya excited memanjat pokok kelapa di tepi pantai.
Akid pun sama, 2 kali 5...
Dan Afiq juga... Tapi jangan tak caya pokok tu sebenarnya dah senget tu yang senang nak panjat :)
Hahaha, saya yang cam tak sedar diri melompat2 keriangan dengan My Amani :p
Kat sini sebenarnya banyak sangat pepatung. Ni anakanda mengikut teori rekaan Dedet lah ni, jangan gerak jadi patung nanti pepatung datang hinggap. Tak menjadi ya teori tersebut, huhu.
See muka kanak-kanak ribena yang hepi dapat main pasir pagi2. Ekceli Afiq tengah merajuk tu, nak bergambar pun malas, huhu.
Akid dengan salah seekor anak ketam yang berjaya ditangkapnya. Ada hati nak suh saya balik goreng, aishh.

Not bad lah tengok kawasan kat Pantai Chenang ni. Banyak kedai makan, berlambak gak hotel2 budget yang saya rasa OK kot kalau nak balik tidur jer. Sebab kat Langkawi banyak sangat tempat menarik untuk diterjah.

Check out kul 12pm terus gerak ke Mutiara Burau Bay Beach Resort. Letak jer beg2 dalam chalet terus ke Cable Car. Dekat jer pun dengan tempat penginapan kami. Next entri pasal kegayatan melampau saya dan Akid ketika beraktiviti di puncak tinggi.

Comments

i takut naik kereta kabel tu....cukuplah sekali....huhuhu
Cute MuM said…
bestnya,,
kami tak mandi pon kat pantai chenang nie..
ada orang mati lemas..
seram..
Em's Family said…
i dah bertahun2 dah tak pergi langkawi, next year baru nak pi itupun ofis trip.. anak2 u pun happy..
120 .. ok jugak harga hotel tue.. bilik pun mcm best je
eB ezrin said…
canteknyer gambor. i liokeee :)
Mama Zharfan said…
gambar semua cun!!! and bilik kat mali best tu nampak sgt best!!

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.