Persiapan Sekolah vs Persiapan Duit

 4 Januari 2012 dah start sekolah. Tinggal beberapa hari lagi. Hmmm persiapan anak ke sekolah 70% dah bereh. Cuma uniform baju sekolah My Yana jer yang tak beli lagi sebab nak kena cari kurung biru, kemeja biru dan skirt  biru. Sebab ianya warna BIRU tak banyak pilihan pula. Kasut-kasut anak pun nak beli lagi. Rasa apa yang ada sekarang tak cukup lagi. Untuk beg dan peralatan dah lengkap rasanya.
Dan saya juga telah dengan secara tak sengaja membeli buku sekolah mereka. Hik hik. Plan asal ingat nak suh Dedet jer pergi beli, isk kena claim ler lepas ni. Mahal buku2 sekarang ni saya habiskan RM166.50 untuk 3 anak. Tu hanya buku tulis dan buku latihan khas (Darjah 5).
Bila berbelanja persiapan sekolah sekolah memang banyak belanja. Apatah lagi orang yang macam saya ramai anak. Setakat ni, alhamdulillah buat saya dan suami memang tak ada masalah.cuma saya kadang-kadang ada terfikirkan nasib orang yang gaji kecil tapi mempunyai tanggungan yang banyak. Mesti sakit kepala. Apapun bagi saya -gaji kecil ke besar, tanggungan sikit ke ramai, perancangan perbelanjaan perlu ada dan mengatur kewangan keluarga sangat penting. Betul idak? Moga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan.

Comments

mcm tuela mak2 kita dulukan?? gaji dah le kecik.. mmm

Popular Posts