Phineas & Ferb Party | Sangat Besh Hokeh!

Hari Rabu 14 Disember 2011 pukul 3 petang - Yana, Akid dan Anaqi telah menyertai Parti bersama Phineas dan Ferb di Hotel Hilton PJ. Dapat invitation ni dari Peraduan Slogan Berparti Bersama Phines & Ferb majalah Bintang Kecil. Dalam peraduan sebenarnya ada menyatakan umur yang layak untuk menyertai adalah 8 tahun ke atas. Tapi bila pergi ramai jer budak bawah 8 tahun sib baek saya bawa jer Akid, huhu.Macam-macam aktiviti telah diadakan. Dan semuanya menyeronokkan. Ada sesi menonton siri Phineas & Ferb yang terbaru dan macam-macam lagi. Jelas terpancar keterujaan dalam diri anak2 saya kerana mereka sememangnya peminat no. 1 siri ini.
Ada permainan mini yang mudah, menangkap bola. Kalau dapat tangkap dapat buku nota Phineas & Ferb dan kalah dapat sticker yang comel! Menari ikut rentak lagu tema Phineas & Ferb. Memang enjoy!
Ada pertandingan bergaya seperti spy. Acara pentas ini perlu dilakukan bersama ibu atau bapa kanak-kanak. Memang kelakar pertandingan ni especially kanak-kanak ini begitu sporting bergaya :) Saya juga bersungguh-sungguh bermain hulahop. Tapi kalah tak cukup lama ya memusingkan gegelung itu di pinggang. Ater pinggang saya idak lagi seperti kerengga udah macam tong drum. hahahaha.
Bergambar dengan karektar Phineas & Ferb. Sebabnya ianya esklusif jadi kita tak perlu berebut-rebut :)
Jumpa Sophia dan Sumi di sini. Patutlah event ini hebat sebab team Sophia yang jayakannya. Two thumbs up!
Makanan yang sangat banyak dan shodap2 belaka. Saya memang suka sangat lasagna di sini. Itu hanya satu bahagian tempat makanan, sebenarnya banyak sangat! Abis dietku selama seminggu.See makanan memasing, sib baek semuanya licin. Tu pun Akid ada hati nak menambah lagi.Banyak sangat sebenarnya patung karektor dalam siri Phineas & Ferb. Tapi paling besar dan cuns yang inilah. Di hadapan pintu masuk dewan. Siap ada kerusi lagi boleh duduk santai. Dan goooooooooooooodies yang sangat besh! Paling suka dapat thumbler dan t-shirt. Comey :)

Siyes, event ni sangat beshhh dan anak-anak saya begitu gembira dapat menghadirinya :)

Uolls jangan lupa tonton Phineas & Ferb setiap hari di saluran 615 Disney Channel, siri animasi yang begitu menghiburkan!

Comments

bestnyer event nih...:-)
Che said…
Salam tuan blog

Mmg best. kitaorg satu family enjoy. especially my son yg dpt beg sandang phineas. goodies sessi petang not bad la.. kitaorg sesi kul 11.

towel dia cantik gak. tak sangka betul benda alah yg seketul tu towel.
amboi maknye yg macam terlebih enjoy haha
Mama Zharfan said…
memang nampak sgt besh!!
kak ina kl said…
rajinnya kamu melayan anak-anak ek..macam akak masa muda dulullah..sekarang ni kudrat dah x berpa kuat dah
Em's Family said…
nampak best.. sungguh!! tapi no doubt, any event yang organizer nyer or orang kuatnyer sophia memang best!!
ezz- mmg besh sbb tak ramai sgt
che-ya ke awk yg pagi punya...hik hik dpt under astro ya? ank sy pun enjoy juga :)
ila- kan mak die yg ober haha
mz- siyes best
kak ina kl- ank2 tgh membesar ni jerlah aktiviti free yg boleh happy ngan dowang, huhu
mira- huhu, your emir mesti minat phineas ni. a ah event under sophia mmg selalu besh
This comment has been removed by the author.
Nana said…
wah seronoknye..
bila la nk dpt invitation event mcm ni
nana- insyaallah satu hari mesti damia dan nana dapat gi event mcm ni :)

Popular Posts