Thursday, December 29, 2011

Preview Screening PAPA I LOVE U | TQ MIG!

Hari/Tarikh: Selasa~27 Dec 2011
Masa: 8:00 malam
Lokasi: MBO Subang Parade
Saya telah memenangi jemputan ke Preview Filem "Papa I Love U" dari MIG Online. Saya hampir-hampir terlupa mengenai jemputan ini memandangkan pemberitahuan mengenai majlis adalah pada minggu lepas 2-3 hari sebelum saya dan keluarga pergi bercuti. Asalnya macam malas nak pergi memandangkan Encik Hubby tak berapa sihat tapi disebabkan anak yang lain begitu beria nak menonton movie so saya gagahi jualah. Buang perasaan malas itu jauh-jauh, huhu.
Majlis preview dari MIG sememangnya ada disediakan jamuan ringan untuk semua tetamu yang hadir. Dan makanan yang dihidangkan semuanya boleh tahan sedap rasanya. Cuma keadaan yang kena makan berdiri menjadi saya dan anak-anak begitu tidak selesa.
Zalif Sidek antara pelakon yang hadir awal ke majlis. Dan ini merupakan filem pertama beliau sebagai pelakon utama. Kalau kita tonton "KLIK" musim ke-2 di Astro Ceria, Zalif ni berlakon jadi budak sekolah yang selalu kena buli. Beliau juga ada berlakon watak pembantu dalam fielm "Bini-biniku Gangster".
Dan hari tersebut merupakan hari paling bermakna buat David Teo kerana mendapat gelaran Mejar. Tu yang bersemangat memakai pakaian seragam. Mula-mula saya ingat gimik dari filem rupanya tekaan saya meleset sekali - SALAH! (tu lah selalu buruk baik sangka).
Bukan setakat makan free bahkan dapat popcorn free lagik, I like. Save budget untuk kudapan malam tu.
Akid bersama...? Sesungguhnya saya tak mengenalinya. Mungkinkah beliau seorang :-
A. Pelakon baru
B. Staff MIG
C. Staff MBO
D. Pemenang MIG Online
E. Penduduk Bumi

Jawapan tepat tiada sangsi : E (hahahahaha). Uol kenal tak? Informlah saya pliz...

Siapapun beliau, saya tetap merasakan beliau manusia hebat - peramah dan sporting!
Apa yang saya kagum setiap kali pelancaran filem terbaru dari MIG mesti dimulakan dengan bacaan doa selamat dari Ustaz Fauzan (ustaz residen untuk MIG rasanya). Dan Ustaz ni mestikan selalu jadi owang pertama menonton filem MIG sebab die HARUS dijemput, huhuhu.
Antara barisan pelakon "Papa I Love U" bersama penerbit dan pengarah filem.

Komen jujur dari saya tentang filem ini:
1. Permulaan cerita agak baik - bab berebut Mia antara Zalif dan mertuanya. Kelakar sempoi kat situ.
2. Rasanya dubbing suara Zalif dari filem ni cam tak samalah dengan mimik aksi.
3. Lakonan Lisa Surihani lebih bersahaja, I like.
4. Mia Sara die cute, cuma kadang2 saya rasa die ada masalah dengan eye contact dengan kamera. Tapi untuk kategori kanak-kanak, die dah berani berlakon pun dah cukup baik. Kalau suh anak saya mahu shooting satu filem setahun pun tak siap pengambaraan lagik.
5. Sarat mesej - so kita jangan fikir sangat logik ke tak ya. Nanti stress, hahaha.
6. Cerita macam sedey tapi tak cukup membuat hati saya hiba. Tapi my Yana dan Anaqi menangis, wah mereka ini mempunyai jiwa yang sentimentel sentimental :)
7. Saya beranggapan arahan Hashim Rejab untuk filem "Sekali Lagi" jauh lebih baik dari kali ini.
8. Tu jer lah sebab malas nak fikir lagi.

Ops saya nampak Lisa datang bersama buah hatinya abe Yusri dan mama terchenta. Bukan main cepat dowang cabut habis sahaja filem. Saya pun balik awal juga tapi lepas habis filemlah (kiranya owang pertama keluar panggung), dengar-dengar Nana (Ibu Damia) lagi awal balik ya-errrr... Damia dah stress nak tido @ Amrul suh balik awal @ Deah kena gi out station esok... Hahahahahah.

Apapun jangan lupa saksikan "PAPA I LOVE U" di pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda.
Chow Bedah!!!!

12 comments:

Ummi Dania Yasmine said...

I nangis citer ni. Sentimental mokcik sama macam Peah punya anak yer...Anaqi dan Yana...har har har...citer ni kalau ikut logik...memang tak logik la...hehehe...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wah ada mak yg sentimental jugak kat atas ne.. nampaknya kak ayu tak cukup sentimental haha

eB ezrin said...

bestnyer dpt jumper retis :)

~diAhOntHeblOg~ said...

hehe..kite xamik gamba same la..lupe...heeee

~diAhOntHeblOg~ said...

bukan..la..xde outstationnye...lari sbb ba wau sin alip nun...hahahahahahah mia suke la..

Em's Family said...

as long as bukan prof razak mohyiden jadi pengarah, mesti ok cerite dia.. haha sungguh underestimate.. :) bab makan yang best tu

Mama Zharfan said...

besh sbb ada mkn2 tu heheh me plan nak tgk citer ni sbb me minat lisa and me suka filem genre gini ;) konpem me akan nangis sbb jenis cengeng terlebey ahhaha

mama_umar_maryam said...

eh lupe lah dh komen ke blm,sbb td blogger ade prob.apepon saye suke part mkn tuh,hehehe

Nana said...

wahwahhahaha sangat bosan tu blah awl lgpon lmbt sgt start tkt blk lambat plak esk nk keje lagi

ROTIKAYA said...

gambar third last tu adalah Riko from MIG.. dia staff awesome :) hehehe

turk's said...

rico staff mig paling smart dekat MIG.....

neverwinter said...

Ucapan Terima kasih (wakil Rico)
next time masuk lagi entry yang terbaik.
Keramat preview will coming on 10 Januari 2012,MBO Subang.

Jumpa nanti ya!