Monday, December 19, 2011

Rasanya Ini Adalah Kali Pertama dan Terakhir Saya Naik Kereta Kabel | Gayat Betol!

Petang Hari Jumaat, lepas siap check in di Mutiara Burau Bay Resort kami terus keluar bersiap-siap mencari port paling sedap untuk menikmati makanan tengahari. Pergi pekena laksa lah beb sah-sah sampai Langkawi, heheheheh. Kami makan dekat warung ala terbuka datang di lori putih berhampiran dengan persisiran pantai port yatch Dato' Azhar Mansor. Kalau tengok kawasan tu memang nampak banyak yatch cantek dan sememangnya esklusif tempat owang2 kaya. Makan kat sini sedap duk atas bangku sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Dan pilihan makanan bukan setakat laksa, bahkan ada pesembur, mee kari, rojak buah dan nasi lemak perlbagai lauk. Hargapun murah gak. Tapi komen dari ahli keluarga yang makan pesembur dan mee kari - kuahnya gak manis! Saya telan OK jer, hik hik... Anyway laksa dier sedap walaupun kuah tak berapa pekat :)

Abis isi tangki perut terus bergegas ke Cable Car yang terletak berhampiran dengan penginapan kali ini. Kalau jalan kaki rasanya 10 minit jer...
Ok harga tiket naik kereta kabel, untuk warganegara Malaysia (masa beli kena tunjuk IC) orang dewasa 15 hengget dan kanak-kanak 10 hengget. Ini adalah harga selepas 50% diskaun. Masa nak beli tiket takde lah beratur panjang. Tapi bila nak naik kereta kabel, mak aihhh mahu 1 jam lamanya beratur.
Memang nampak saya senyum melebar. Tapi dalam hati tuhan jer yang tahu. Mengigil kaki ni masa kabel ni bergerak. Dengan keadaan ianya terhuyung-hayang. Memang pejam mata lebih banyak dari membukanya. Dan Akid meragam sebab takut yang amat sampai semua kat dalam kereta kabel tu jadi stress. Mengeluh dan menangis bersungguh2 (tapi perlahan jerlah) sebab terlalu gayat!
Berbeza ngan Yana, Anaqi dan Afiq yang memang enjoy habislah menikmati keindahan panorama dari atas. Dedet lak sakan lah bergerak sana-sini dalam kereta kabel yang kecik itu sebab nak amik gambar. Hmmmm. Sesak nafas saya bila Dedet bergerak sana-sini sebab kereta kabel tu bergoyang teruk.
Ni masa berhenti kat perhentian yang pertama. See punyalah tinggi dari daratan tanah!


Gambar jambatan yang menjadi ketakutan saya dan Akid. Masa kami berjalan di jambatan ni angin sangat kuat hokeh! Rasanya nak melayang jer badan ni. Tapi Amani siap tarik tangan saya dan berlari riang atas jambatan ni. Saya kalau pandang bawah memang rasa nak terjun, uiks...



Anaqi dan Afiq di salah satu port laluan yang menjadi feveret orang yang berkunjung ke sini.















Gambar feeling2 romantik de'amor gitu. Hahahaha.




Pose gaya Ben 10. Rasanya banyak gambar aksi menarik Anaqi kat sini. Ada gaya Superman, mak limah nak terjun dari bumbung rumah dan macam2 gaya di luar jangkaan saya. Saya siyes malas nak bergambar dahlah tinggi, kuat lak angin.

Siap kena sound lagi ngan Encik Hubby "Iskhh awak ni takut sangat mati kenapa?"... Hamik ko!



Saya suka giler gambar ni. Muka innocent Amani. Masa on the way turun, takdelah takut sangat sebab angin masa tu tak terasa sangat. Dan My Amani die mula2 enjoy lepas tu dah start nak susu lah, nak merangkak kat bawah lah. Ini adalah simpton waktu tidur die dah sampai. Hahahaha.




Saya dan famili berada di sini daripada pukul 2 tengahari sampailah pukul 5 petang. Rasa kejap jer berada di puncak. Bila turun sedar dah petang rupanya. Tak sedar masa tu berlalu cepat. Apapun rasanya cukuplah sekali saya menaiki kereta kabel. Sesungguhnya saya spesis yang gayat dan cepat melatah dengan ketinggian yang melampau.


Uoll lak macamana gayat macam saya tak?

5 comments:

deqlis said...

yeke?? deqlis tak pernah lagi naik..2 kali percubaan nak naik tak kesampaian sebab cuaca buruk kabel car nyer tutup...

tp mmg tingin laa nak naik klu ke Langkawi lagi nanti...

tgk gambo tu mmg tinggi tempat tu erk?

Ummi Dania Yasmine said...

Dah naik...i takutttt...dah turun bawah naik gajah pulak pastu feed gajah dengan kacang....hehehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

deqilis- mmmg tinggi sangat...dan ianya makin meninggi sehingga ke puncak...

ezz- mmg takot u... i tak buat feeding gajah tu :)

Mama Zharfan said...

me jenis tak gayat, tp mr hubby & my mom spesis gayat...so end up tak dapek me naik cable car time pegi langkawi :p

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dulu ila pg langkawi dgn amana yg masih tak reti berjalan tau.. ekeke.. usung troler..