Monday, December 5, 2011

Saya Berentap Untuk TrainDEWmonium (Preliminary Round)

Hokeh! Kisah bermula apabila saya saja gatal2 antar gambar menarik bersama botol mountain dew dan juga kisah paling ekstrem yang pernah saya lalui untuk radio era. Alih2 saya dihubungi untuk berentap dalam cabaran radio "siapa paling pantas". Kalau tak silap saya berentap dengan saudara Azwan. Memang sengit gak sebab Azwan jenis pantas jawab jugak. Soalan pertama mengenai matematik, soalan kedua eja cara terbalik dan ketiga soalan sukan ekstrem.Saya berjaya menjawab paling pantas soalan 2 dan 3. So saya mara ke acara pemilihan peserta final di KL Sentral 2hb Dec.

Cabaran ni ala "amazing race" dan ianya akan ditayangkan saluran AXN. Setiap radio mempunyai lebih kurang 11 peserta (plus, minus) dan hanya 4 peserta yang akan terpilih menerusi cabaran awal yang harus diselesaikan. Kiranya siapa yang berjaya akan menaiki keretapi dan akan berentap dengan pasukan yang mewakili radio-radio lain. Yang lawaknya kalau pasukan kita tu kalah, maka seorang ahli akan dibuang/diturunkan di stesen yang berhampiran. Dan peserta kena buang akan balik naik van @ takkan teruskan perjalanan dengan keretapi. hik hik.

Tapikan sejujurnya, saya 50-50 nak join event ni. Alasan paling kukuh, agak susah nak solat dalam keretapi (subuh!) dan juga saya teringat2 kat my Amani (kitaorang mana pernah berpisah time tido, huhu). Tapi Encik Hubby bersungguh memotivasikan saya "alang2 dah join teruskan jer sampai jaya!"
Ni antara ahli pasukan ERA fm!. Saya rasa hanya saya dan seorang adik tu jer peserta perempuan melayu yang bertudung (wakil team Hitz fm). Kebanyakannya lelaki, jaraaaaang sangat nampak kelibat perempuan :0 Dan peserta kedua-dua dari kanan terpilih naik keretapi. Syabas dik non. Peserta no.2 dari kanan dari Johor tau, kul 3pm dah terpacak kat KL Sentral even acara sepatutnya start kul 6pm. Semangat! Siap cakap kat saya "Saya kena naik keretapi malam ni, kalau tak perjalanan jauh saya jadi sia-sia". Dan saya begitu happy atas kejayaan nya menjadi finalist untuk malam itu :)
Henry Golding pengacara untuk rancangan ini. Dan setiap kumpulan diwakili DJ2 dari radio Era (Ray), Hitz (Ian), MyFM dan Raga!
Task 1: Kena carik jawapan, cam treasure hunt. Ekceli dari 10 soalan kena betul 4 jer. So silapnya saya bersungguh berlari sekitar KL Sentral. Paling bijak strategi duk jer kat kawasan informasi tengok nama kedai kat situ dan jawab. Yang ni ramainya yang beratur berkali2 nak semak jawapan, huhu.

Task 2: Bila LULUS jer dapat 4 jawapan betul, kena masuk dalam kotak diatas cari tiket keretapi! Pemilihan berdasarkan empat yang pertama setiap kumpulan (wakil setiap radio) dapat cari tiket dan berlari naik atas pentas.

Ok uollss saya lepas semua tu tapi silapnya saya dapat tix tu lambat sikit dari no.4 Hik hik Saya no. 5, siyes! Tapi mungkin dah tertulis mana yang terbaik untuk diri saya ~ Balik rumah amik Amani, tidur ngan dier dan esok saya akan berparti Ben10 bersama anak2 yang lain :) Sememangnya mana-mana ibu walau macamana sukanya pada sesuatu aktiviti itu tapi "part of herlife" sebenar-benarnya memang anak-anak sentiasa dalam hati. Imagine kalau join esoknya saya akan balik dan berjumpa mereka dalam kul 5 petang, huhu. Tapi kan kalau lah saya terpilih, saya teruskan jugak..sebab dah tertulis saya perlu berjuang dengan semangatnya, ecececece.
Ni lah keretapi yang bakal dinaiki peserta akhir (ekceli dah naik pun!)
Encik Hubby amik saya di KL Sentral dalam kul 10 malam. Dengan muka frust sebab saya tak berjaya membawa balik motor kawasaki ijau, hahahaha. Kalau GP winner dapat triton you! Hadiah2 lain seperti laptop, home theater dll ada juga. Tapi yang "pengalah" (saya anataranya) untuk malam tu dapat satu karton air mountain dew + voucher Jusco 40 hengget + cash RM100 (ni nweek akan dipos) + tshirt.

Menyesal ke? Taklah sebab dengan adanya event ni saya dapat kenal ramai kawan yang sama minat ngan saya. Jangan tak tahu saya jumpa peserta MoneyDrop yang memenangi 100k, siapa dier biarlah rahsia hik hik. Dan macam2 lagi lah pengalaman susah nak digambarkan :)

no pain no gain. Do dew beb!

13 comments:

Mama Zharfan said...

tabik spring!! u memang superb :) me memang tak akan join event2 gini hehhe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tabik dgn kak ayu ne...

AyuArjuna BiGoshh said...

mz- me minat tapi rsa diri ni sekarang dah tue huhu

ila- janganlah tabik hehehhe,

mama rifQy said...

wahh..siyes mmg sgt hebat laaa !!! kagummm laaa!!!

eB ezrin said...

betol3, stuju :)

Em's Family said...

kalau i, i dont think i can finish any event, dengan i yang tercungap2.. salute u lah :)

AyuArjuna BiGoshh said...

mama rifQy- tekdelah hebat mana,,,kalah hahahahah

eB- :p

mira- bila dah main memamng lupa diri...tercungap gak i...sebab kena lawan semuanya lelaki :)

Ummi Dania Yasmine said...

Tahniah Ayu...me tak sepantas u kot...hehehe...

pacubob said...

tahniah madame....tak aci ler dh tau pemenang moneydrop.....hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

ezz- me pun slow jugak huhu

bob- opss....terberitahu huhu

mama_umar_maryam said...

respek2..mmg ade dgr radio ttg event nih,xsangke sis slh sorg peserta ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

zeti- den kalah lah zeti huhuhu

Hermit said...

huh... samada do or don't.. dah buat sila buat sampai abis, jgn separuh jalan...