Monday, January 31, 2011
Hujung Minggu Pergi Kenduri Kahwin Anak Encik Ahmad
Saturday, January 29, 2011
Hadiah/Souvenir Untuk Minggu Terakhir Januari 2011
Rezeki di hujung bulan, suam-suam ajer. Apapun tetap gembira kerana masih ada posmen yang datang berkunjung ke rumah :p
Disney Channel: Playlist. Menang dari mag Princess nama Yana. kompilasi lagu-lagu besh dari filem Disney Channel. Dan YAna memang suke habis duk pusing dengar CD ni berkali-kali.
Ni hadiah sedekah dari security guard abe bangla. Kesnya macam ni saya menang barangan Tupperware so dalam surat suh amik kat security post. Lepas tu abe bangla bagi bungkusan Ambi Pur yang berhabuk gila (rasanya saya tengok dalam kotak banyak sesangat). Saya cam agak bengang2 gak. Saya explain kat mamat bangla yang saya menang barangan Tupperware. Dia bebel2 kata "TAk de" "Tak de". Saya tak nak barang nilah. Mamat Bangla, takpe awak amik sebab saya mahu buang. Saya terus blah dari situ pergi opis berkenaan tutuplah pulak. Saya fikir Isnin ni saya datang balik. Cam dah buang masa. Masa belek ambi pur ni takde lah dah expired pun. Cuma saya rasa ni hadiah-hadiah yang tidak dituntut setelah sekian lama.
First prize winner dari Gatarode Contest. Dapat voucher Nike RM500. Rasa nak cari barang anak lelaki lak..Huhuhu
Souvenir sempena raya cina Encik hubby dapat...
Souvenir sempena raya cina Encik hubby dapat...
Friday, January 28, 2011
Karnival Karangkraf 2011
Banyak booth dari majalah kumpulan Karangkraf dan juga novel-novel dari alaf 21 (ada diskaun 30%-50% untuk novel-novel terpilih). Dengar citer ada gak novelis yang turun padang. Tapi saya tak pergi ke booth novel. Sebab kat rumah masih berlambak yang tak sempat dibaca lagi. Malas nak membazir. Saya marathon pusing kat hampir semua gerai majalah. Cuma saya perasan tak nampak gerai Majalah Nur dan Majalah PA&MA.
Saya kat sini 1 jam lebih...tapi hasil kautan membeli..hoho cam 2-4 jam..
cikedaut ya apa yang beli dan dapat sepanjang di Karnival :)
saya beli surat khabar Sinar Harian. Kena isi borang survey dan dapat kasut sekolah Pallas saiz 11, susu kotak dan buku memo. 1 hengget ajer, berbaloi tak? ..huhu
Sepanjang hidup saya ini kali ketiga saya beli majalah NONA ini. Saya beli keluaran terbaru (Febuari) NONA dapat free gift seperti diatas.
Majalah LIBUR...saya belek pada pakej banyaknya harga range RM38-RM68. Paling mahal pun RM88. Wow boleh guna sepenuhnya dengan voucher RM100 ini. Suke :)
Majalah Sri Dewi dan Keluarga. Beli 1 sahaja samada boleh main games atau sertai lucky draw. Saya beli 2...So saya main game dapat KLEEN dan lucky draw saya dapat rantai yang cantik dari AVON. Oklah...suke jer...
Ni cam kes buang tabiat. first time beli majalah ni. Heheh. Alasan terbaik "Buat persiapan untuk adik" tapi disebalik agenda ada contest menang cadar satin. HAhahahah....So beli dapat goodie bag yang ada tuala muka, tuala wanita dan kek baulu.
kat Booth Mingguan Wanita. Yesza terjebak sekali lagi berbelanja sampai tak hengat. Kali ni saya dapat cabut undi. Yana yang cabut dapat tudung seperti diatas. Dan cam biasa statement tipikal Yana siap kali dia cabut "Yana punya tau!"
Saya memang cari Majalah RASA. Siyes terutama bulan Januari punya. So kat sini saya dapat Rm20 voucher makan, RM10 voucher coklat dan sample yang boleh digunakan dalam masakan. Beshhh dik non..
Beli majalah untuk Yana dapat hadiah beg pink iteww, comey kan.
Adoihai, dalam sejam berpuluh ringgit sudah habis. Siap saya boleh join cabutan bertuah 2 kali. Gigihnya-lah berbelanja di awal bulan ketika akaun masih beriban lagi. Esok lusa beratus dan hampir akhir bulan berpuluh..masa tu baru nak berpeluh...uiks.
Adoihai, dalam sejam berpuluh ringgit sudah habis. Siap saya boleh join cabutan bertuah 2 kali. Gigihnya-lah berbelanja di awal bulan ketika akaun masih beriban lagi. Esok lusa beratus dan hampir akhir bulan berpuluh..masa tu baru nak berpeluh...uiks.
Adik "Qistina Balqis Maisara" Memerlukan Bantuan Dari Kita Semua
Salam pagi jumaat :)
Saya terpanggil untuk berkongsi cerita tentang penderitaan adik Qistina Balqis Maisara, seorang anak kecil yang sejak dilahirkan mengalami pelbagai komplikasi. Lagi tersentuh bila membaca setiap perkara yang dilalui oleh ibu Qistina terutama apabila melihat perkembangan anaknya itu (dari sini) . Sesungguhnya hati manakah yang sanggup melihat anak kecil terus derita sejak mula dilahirkan pada tanggal 16/1/2010 4.30 petang. Harapan tetap ada, dan sebagai manusia prihatin bukan hanya wang ringgit sahaja diperlukan untuk membantu membiayai perubatan bahkan doa yang tidak putus-putus dari semua ~agar adik Qistina boleh hidup gembira dan sihat sejahtera.
kredit gambar dari catlinaflybaby.blogspot

Antara catatan ibu Qistina yang membuat saya tersentuh amat dalam:
26/1/11....7pm..hukm...doc kta akn buat kajian semula ke atas balqis..jantung paru2 otak dan buah pinggang..doc kta balqis bnyk masalah..buat masa ni jantung dan paru2nya kronik..jantungnya membengkak sehingga menutup hampir sebelah paru2nya..ya allah...lemah lutut aku dengar...mcm mana doc hosptal mnjg kta x de ape2..ya allah kurangkan la penyakitnya..jgn disiksa anak kecil ini yg baru mengenali duniamu...berikan la dia peluang..
Dalam kita merasai kenikmatan yang dipinjam sementara jangan lupa masih ada insan diluar sana yang sedang berduka. Saya tidak mengenali adik Qistina secara peribadi tetapi saya dapat merasai kehadiran saya menjadi sebahagian dari dia dan keluarganya melalui sumbangan dan doa yang dititipkan. Harapan saya agar adik Qistina akan segera sembuh dan mampu memberi keceriaan buat keluarganya yang begitu merindui kehandiran selama ini. Dan buat Puan Siti Maisalmah ~terus ya bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
Pada yang ingin memberi sumbangan ikhlas boleh dilakukan kepada:
AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764
Pada semua diharap sudi menyertai Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara dan boleh sebarkannya melalui FB atau blog
Thursday, January 27, 2011
Kelasakkan Amani Makin Menjadi-jadi :p

Kisah semalam 26/1/2011:
Ini luahan rasa saya di fesbuk pasal Amani pagi2 sudah memanjat dan tragedi berlaku bila dengan kerusi yang dipanjat jatuh sekali atas-nya. Kelekaan saya tak perasaan budak tomei sudah mahu memanjat tinggi. Sedey gak tengok dia nangis bersungguh-sungguh. Ingat insaf dah, abis nangis panjat semula kali ni saya 100% kena monitor...
p/s: wan, msg kat fb terminimise tak nampak apa yang respon...sowi erkkk ketidaksengajaan!
Pagi sebelum bertolak keluar ke tempat kerja. Saya toleh belakang sekejap jer. Amani yang sedang bersungguh main masak-masak tiba-tiba dia boleh panjat dan akhirnya jatuh sekali dapur masakan kat atas badan dia. Nasib baik plastik. Dan paling nasib baik atas karpet yang agak tebal. Kebetulan saya tengah check gambar dalam kamera terus jer rakam muka budak tengah nangis. Hey ponin dah kepala mak hang Amani oii. Lasak ngalah anak lelaki :p
p/s: saya cam nak pakaikan helmet jer kat kepala Amani ni. Biar selamat sikit. Hishhh.
Ni pula corat-coret kelasakan Amani di Fun Land Giant Kelana Jaya. Dengan misi "Hanya Kerana Sebotol Air Coke"
Wednesday, January 26, 2011
Sup Buntut??? Lucah Bunyi Weh!
p/s: Me bukan jenis layan sangat sinetron. Last sinetron yang sempat tengok Alisya. Tapi cam dah fed up sebab banyak sangat watak lelaki ganteng yang akhirnya semua mati, Alisya pulak baik memanjang sangat tak cool langsung. Huhu..Meh pekena Sup Buntut! (my roomate Kak Ani kata sup Buntut tu sup ekor, dia pun membijak jugak kah kah)
Tuesday, January 25, 2011
Preview Screening "The Green Hornet"
The Green Hornet jalan cerita OK. Filem aksi dan lawak perjalanan seorang anak orang kaya yang tak bermatlamat untuk menjadi hero. Kalau tengok inti pati cerita memang banyak memberi pengajaran. Terutama perhubungan kekeluargaan, kawan baik dan lain-lain yang berpekerti mulia..heheheh...Tapi saya sangat suka lakonan Jay Chou dalam cerita ini, watak seorang yang nampak serius, cool, terror buat gadget dan canggih tapi sensitif. Dan pastinya Jay Chou banyaklah menunjukkan aksi martial arts seperti kungfu dalam aksi berlawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

