Monday, February 28, 2011

Bake With Kuali and MIB

26.2.2011 saya secara suka-suka mendaftarkan diri untuk menyertai program "Bake with Kuali" anjuran Kuali dari TheStar.com. Bayaran RM30 ajer dan diajar teknik membuat roti bersama 3 jenis hidangan yang besh~ sweet bun, shortbread cookies dan muffin choc cake (yang ni sedap sebijik cam rasa muffin kat Kenny Rogers). Start kelas kul 9am dan diajar sendiri oleh Dr. Baked..ahem Dr ni ada kilang roti yang supply muffin dan bread ke Starbuck, Kenny Rogers dan Shakeys di Malaysia.
Perkakas dan bahan-bahan yang akan digunakan seperti diatas. Apa yang saya perhatikan kelas masakan disini agak berlaianan sedikit dengan kelas2 masakan yang pernah saya sertai. Mula2 diajar teknik cara saintifik pembuatan roti. Dari segi measurement, persekitaran (terutama cuaca di Malaysia) dan teknik yang berkesan dari segi pembuatan roti, kek dan pastri. Lepas tu dibahagikan beberapa kumpulan secara random dan juga resepi sebagai guide. Siyes cikgu ni tak demo langsung dia suruh kita sukat sendiri dan follow direction dalam buku resepi. Sambil dibantu oleh pelajar2 dari MIB. Memang gamatlah. Yang lagi besh kita buat sendiri dan setiap aktiviti dilakukan akan diterangkan secara detail kenapa, bagaimana, macamana samada oleh Dr. BAked sendiri atau pelajarnya. Praktikal lebih beb. Huhu. Berpeluh saya :p
Cuma bila part dekorasi roti, Dr Baked ada tunjuk beberapa teknik. Sangat menarik dan mudah. Wohohho suka saya :) Sebab akhirnya saya tahu macamana nak buat roti dengan pelbagai bentuk.
Gamat tak kelas. Setiap meja ada 4 orang kecuali meja saya 3 orang. Heheh. Bagusnya kelas ni, saya kini dah tahu fungsi setiap utensil didapur yang boleh digunakan. Dan sebenarnya kalau nak buat roti, cuma perlu ada oven dan pengadun (yang biasa) tak perlu beli "bread maker" pun.
Siyes dalam masa 1 jam lebih kitaorang boleh sediakan 3 jenis hidangan dalam kuantiti yang banyak lak tu. Tapi masa bakar roti ni pelajar MIB tolong buat finishing dengan meletakkan telur diatas permukaan roti agar nampak lebih cantik dan berkilat.
Wangi betul...jadi lapar bila duk lama kat situ...
ni hasil kerja kumpulan saya.. Cantik tak....?????
Saya bersama ahli kumpulan yang lain(melayu, cina dan india semuanya huhuhu) dan Peter (student MIB yang banyak berjasa). Thanks so much Peter...especially tips2 yang diberikan ya :)
balik rumah dengan kotak kek dari MIB. Nak tahu isinya..jeng jeng jeng

*****
****
***
***
**
**
*
*
*
*
*
*
roti dan muffin yang saya buat di kelas tadi..dan juga...
Shortbread cookies yang sangat shodap :)

ok uol kalau nak join boleh, hanya lawat kat site kat kuali.com (under thestar). Program ni setiap bulan, dan setiap bulan resepi berlainan dan tempat sangatlah terhad,~kiranya siapa cepat dia dapat....

Saturday, February 26, 2011

Me Finalist Sedingin Ais di Sinar Fm

Hokeh uol, ni citer hari Jumaat lepas, 25 Feb 2011. Saya cuti tapi pagi pergi kerja cam biasa dan petang saya ke sini~ The Curve! Ini kerana saya antara 15 finalist yang terpilih untuk menyahut cabaran Sedingin Ais di Sinar fm. Wohoo...nerbes sesangat kul 12pm saya call Ruha tanya pendapat props apa yang dia bawak dan start hafal lirik lagu (serangkap jer pun huhu). Saya tak ready langsung sebab sangat sibuk dengan marking dan key in result students.
Acara start kul 3pm, dimulakan dengan pelancaran produk Colgate terbaru Plax Ice. Dan cuaca yang begitu cerah terus jadi hujan lebat. Hahahah kes peserta nak start buat persembahan la ni, belum apa2 cuaca dah kasi signal :)
Port ni paling besh. Sebab ada disediakan permainan interaktif. Main wii~game ski.

nak bergambar pun boleh.

CEO Colgate Polmalive, Mr Ian bagi ucapan alu-aluan...

Lepas tu ada persembahan dari peserta akhir Showdown 2010, Floor Fever...

Beshhh giler, kalau tak salah saya grup ni dapat no.3 Tengok mereka2 ini menari kepala saya terus berhayun sama. Layannnnnnnn

Pelancaran Plax Ice, dengan slogan baru "Tanpa RAsa Pedas" :p

Dan tiba masanya slot untuk Sedingin Ais Bersama Sinar FM. Diatas pentas 6 daripada 7 dj Sinar FM. Memang gamat la...kelakau dan sekepala2 mereka2 ini. Suke saya tengok keletah mereka yang saling mengusik antara satu sama lain.

Sorang lagi DJ dibawah pentas tengah buat live ke udara konti di luar studio. Camni jer. hoho. Abang Zed Zaidi bercakap sambil berjalan-jalan, siyes saya tak tahu camni punya cara pun boleh buat live satu Malaysia dengar. Uhuks.

Yang beshnya sebelum finalist buat persembahan diselitkan beberapa games diatas pentas. Dan hadiahnya semuanya beshh. Naik pentas konpem dapat hadiah. Walaupun saguhati dapat hamper besar gak (siap ada coklat yang saya suke lagi). See saya tengah masuk acara sebut perkataan "PLAX ICE" paling panjang/lama....

Dan tak sangka saya Juara untuk aktiviti tersebut, 19 saat. Heheheheh.
dan banyak lagi aktiviti atas pentas seperti susun puzzle dan jawab kuiz :)
Kat bawah saya selitkan beberapa persembahan peserta...
Kakak ni berpantun....

Abang ni menyanyi dan joget rap...tapi memang lawak sempoi lah abang ni buat persembahan kat atas pentas... Heheheh

my fren Ruha. Syabass.....Thanks for your support ya, sayang Ruha :)

dan saya ...heheheh...saya memang jenis selamba kot. Yang penting hafal lirik. Props seperti gambar kuman, bunga dan Plax pun kul 1pm baru saya terhengeh2 cari. Hahaha...Biasalah saya rapkan sikit serangkap jer..tapi intro tak boleh blah..Wassup wassup Ayu in dah house...Hahaha..malu arrr...Saya nampak CEO bukan main lebor senyum, haiya. Rasanya persembahan saya 1 minit jer. Heheheh.

dan tidak ku sangka. Saya antar 5 peserta yang berjaya mendapat Ipod Touch 8GB. Wohohohho, siyes prepared 1 jam lebih sebelum acara. Selain itu kitaorang dapat hamper Colgate RM50 dan cash RM100. Untuk First prize winner RM8k, Second prize RM5k dan Third RM3k (winner~abang ni gigih datang dari Batu Pahat Johor, datang dengan satu famili lagi, dia cikgu English)

sebelum balik ambil gambar ngan Kak Engku dan Kak Abby Fana :)

Hadiah speaker gabak itu hasil main acara atas pentas, hamper colgate dan ipod touch.

close up sikit...alhamdulillah..first time menang ipod touch 8gb. Rezeki di akhir bulan februari.
p/s: Thanks to Encik Hubby and Ezna yang bersungguh support me walaupun tak dapat datang. Sangat terharu dan teruja dengan kata2 semangat dari uols. Love uols so much. Muahhhh.

Friday, February 25, 2011

1 Tesco, 1 Produk, 3 Tanda Harga?

Al-kisah, tadi before sembahyang Jumaat singgah Tesco Extra kat Shah Alam. Kebetulan lalu area sana lepas 'meeting' ngan client. Teringat nak kena cari 'extension wire' baru sbb yg lama dah buruk sangat, risau lak kot2 my wife kena kejutan letrik, dah la dia fobia 'karen'. Patut dilahirkan zaman Paleolitik je, takde karen, nak cahaya guna je kelip2, nak microwave guna busut sumbat kayu api, nak dengar radio tangkap mawas suruh nyanyi wahaha (bestnya ngutuk bini sendri).
Oklah, dok cari2 tu jumpalah satu 'extension wire' yg luarbiasa murah berbanding kualiti produk (i selalu tengok2 barang elektrik so dah tahu 'range' harga). Terus sambar...
Dok jengjalan tergerak hati nak scan harga. Tup2 tengok RM 29.90... Loh? Kok ngapain nggak sama? Harga kat 'shelf' RM 17.90 je, so i pergi balik kat 'shelf' nak 'double check' mah, mana tahu kot2 tadi rabun...
Dah check, memang betul harga kat 'shelf' RM 17.90... Oh? kena komplain nih. Dok cari2 dak Tesco kat area sana baru perasan ada banting produk sama. Harga RM 25.42.. Biar betik? Takkan sampai 3 harga berbeza meh? Korang nih letak harga memain ke?

So i 'tangkap' dak Tesco & komplain kat dia, cara cakap cam 'trainee' je & dia suruh follow harga scan. I terus cakap kalau kes macam ni kat Carrefour amalkan polisi 'honour the lowest price'. Dak tu cakap tak tahu. Ceh, I tak puas hati. Disebabkan tadi baru lepas 'perang' mulut ngan client & semangat nak 'argue' still berkobar2 so i ambil produk tu terus pergi kat 'customer service'. Kat sana terus la komplain & tunjuk pics yg i dah ambil. Diorang suruh check if bar code number kat shelf tu sama atau tak ngan bar code number kat produk. Jika sama, just bawa je tag kat 'shelf' tu & bayar kat kaunter.

I terus check la, memang sama so i bawak & terus gi bayar. Kat kaunter, kelam kabut la sket tapi still diorang kasi harga RM 17.90... Ngehngehngeh, memang murah... Next time korang kena hati2 ngan harga kat 'shelf' sebab memang kitorang dah biasa kena harga berbeza (tapi biasanya takdelah beza banyak sangat, ini kali pertama beza harga sangat besar), Tesco banyak kali kena, Giant pun ada gak, even Mydin kitorang dah 'tangkap' berat timbangan berbeza... Carrefour paling bagus dari segi ni, konsisten :)

P/s: So arini jimat RM12, leh asapkan "Bukit Dun" sekotak eh Mi? Hahahaha

Wednesday, February 23, 2011

I Am Number Four

I am no. 4...
Nope, you're the first one... Hehehe
Bertempat di Tropicana Mall, Hari Selasa Malam Rabu , Dedet ngan Anaqi gi layan movie 'I am Number 4' sempena kemenangan 2 tix dari "tupai.com".
Besh kah citer ini?? Saya google dari internet..
John is an extraordinary teen, masking his true identity and passing as a typical high school student to elude a deadly enemy seeking to destroy him. Three like him have already been killed ... He is Number Four...
Dedet kata "Not Bad..."
Anaqi kata "Besh gak"
Mummy kata "WAaaaaaaaa nak tengok gak!"
Apapun saya and other kids berpoya2 makan kat luar, kitaorang order lamb chop, chicken chop dan roti john. Makan penuh bersemangat... ehsan duit RM50 dari Dedet.

Bila Cili Sos Sudah Dikomersialkan...

Pehhh..cili sos berperasa nenas..
Shodap kah? Masa saya try/test/cuba bagai nak rak kat kedai Ayamas memang rasanya sedap apatah lagi diberikan ayam jenama ayamas sebagai alat test. Cam terlebih2 untuk merasa..hehe Saya makan banyak dengan selamba. HAHAHA.
paling penting jenama ori' ni ada vitamin C. Oklah dah cam makan supplement, ngeh.
Harga sebotol banyak mahal lor, RM5. Hisshh tapi harga promosi beli 2 botol RM7.
Tu yang libas sampai 2 botol. Takpe ler sekali-sekala nak support sikit barangan buatan Malaysia. Ni idak memanjang jer beli jenama Lingham (jenama Malaysia jugak ke tu?, wa pu ci tau). Haiya...tiba2 teringat cili sos keluaran Mardi "Cili Sos Papaya"~hmm yang tu memang sedap sebab dia rasa manis2...uol pernah makan cili sos perasa lain tak selain dari rasa sebenar cili...perasa strawberry ke (ni kena tanya MZ sbb dia duk UK), doriyan ke..hahahaha..

Tuesday, February 22, 2011

Servis Kat Secret Recipe Sangat Teruk?

Saya agak jarang tenet-tenet kat Secret Recipe. Sebab saya bukannya peminat cheese cake yang tegar malar. Sekali-sekala layan boleh arr. Tapi paling besh makanan yang pernah saya try kat sini ialah Spaghetti Tom Yam, kena pulak beli time 12pm-3pm murah giteww (tapi kena dine-in ler).
Cuma baru-baru ni saya da try tiramisu kek. Siyes tak sedap mana. Rasa kalau beli kat tempat lain even kat Restoran Popeyes lagi sedap. Tapi tang cheese cake secret recipe ramai yang tabik spring 3 kali, sebab sememangnya menjilat jari. Iyoko, siyes korang jilat2 kari lepas makan kek ni :p

Tapi kalau uol perasan ramai rupanya masyarakat Malaysia yang tak berapa suka kan servis kat Secret Recipe. Banyak gilos komplen kat facebook dier. Cikedaut http://www.facebook.com/#!/topic.php?uid=245602145804&topic=15016

Antara komplen2 yang copy paste seperti dibawah...
  • Just want to express my dissactisfaction. Just now, i bought a slice of high-fibre cheese at the Kajang outlet (near Metro Jaya). Well, i'm very unhappy. The cake is not fresh at all ! The cheese tastes dry and really not fresh, and the fibre even tastes a bit bitter. It seems like the cake has been put in the frigo for quite a long time. This is not the 'fine quality gourment cake' that i want to buy. It's a waste of money. Seriously, I am very disappointed and frustrated. I really think that this is kind of irresponsible treatment to the customers.
    about 3 months ago · Report
  • Hi Jaswin , Could you provide us your contact details to srcustomerservice@gmail.com so that we can speak to you personally about this?
    about 3 months ago · Report
  • Another dissatisfied customer here. I've ordered a spaghetti bolognese today (Wednesday, 24th nov) for lunch and found a stone in it! (Talking about level of hygiene) That stone could've been stucked at my throat or worst, I could have been choked to death. I've told the waiter about this and they never even apologize about this incident. They just brought my plate into the kitchen and that's it. I never expected this kind of service coming from secret recipe. And I don't think I'll ever have my meals at secret recipe anymore.
    about 3 months ago · Report
  • Hi Carina, we greatly apologize about that.Would appreciate if you could email us detail & your contact number as well at srcustomerservice@gmail.com for further investigation.
    Our customer service team could speak to you on this. Thanks.
Saya juga difahamkan pihak pengurusan Secret Recipe memanglah akan call customer yang complain, take notes dan segala bagai. Tapi setakat itu ajerlah. Contohnya ada customer yang tak puas hati beli kek kemudian kek tu dah cam berkulat. Pihak Secret Recipe takdelak nak ganti balik. Dia amik kek tu dan cakap " I am sorry". Duit pun tak return. Apa kes eh?? Tu belum adab tatabahasa pekerja kat Secret Recipe ramai gak yang komplen. Yolah yolah customer always right, tak gitew. Saya tak delah mengalami terlalu bad experience tapi pernahlah saya masuk cam orang miskin lepas tu cam sibuk kalut pilih kek ngan anak saya, the waiter tu boleh cakap ngan berlagak "Kakak kek kat sini semuanya mahal2"...adeh yalah saya miskin. Huhu. Selama ni pun buat kek sendiri. Orang melayu lak tu, aparaa....
Nampak jer cantek shodap tak delah terangkat kening 90 darjah tinggi pun. Apapun saya ni kan miskin manalah mampu beli kek 3 D. Huhu.