Saturday, April 30, 2011

56 Botol Bliss :)

Lokasi Pengambilan Hadiah Cabaran NESTLÉ® BLISS®

Tahniah kepada pemenang 200 penyertaan terawal yang akan menerima 28 botol minuman yogurt NESTLÉ® BLISS® 200g daripada Nestle. Anda perlu mendapatkan hadiah anda di lokasi-lokasi berhampiran seperti di bawah:

Tarikh Masa Kawasan Lokasi
30 Apr 2011 & 1 Mei 2011 10.00 am - 09.00 pm
Kuala Lumpur -Carrefour Subang Jaya & Carrefour MidValley
Johor- Carrefour Pandan, Johor Bharu & Carrefour Batu Pahat
Negeri Sembilan -Jusco Seremban 2
Melaka -Jusco Ayer Keroh, Melaka

**Nama saya dan dedet terpilih antara peseta 200 terawal, yeay!!
So saya dan 5 anak serang Carefour Subang Jaya dengan semangatnya. Ini pun setelah kami sakan layan preview Hoodwinked di Cathay Cineplexes menang dari Voila.com. (Ke sana sinun huhu). Dedet takde sbb kena kerja, kilang client shutdown for upgrading project, sob sob.
Sampai dalam kul 12.55 p.m. Dan saya orang pertama yang datang redeem untuk hari ini :)
See 56 botol Bliss (nama ai dan hubby). Puaslah anak2ku mengerjakannya. Dan beg Bliss itu sangat comey, suke saya.

Kebetulan masa sampai PIC Nestle Bliss kuar makan lunch. Nasib baik kat sebelah booth Drypers buat promosi dan bolehler anaknda2 ku beraktiviti. Takdelah bosan sangat menunggu.

Weekend yang sunyi tanpa Dedet tapi aktiviti bersama anak2 harus diteruskan.


Blessed by Bliss!!!


Curves!!! Saya Menang 6 Bulan Membership :)

Sebenarnya saya kurang gemar join mana2 contest yang menawarkan percuma membership sebabnya saya sangat takut kalau kena tipu (hehehe, ada hidden agenda). Kalau uol still ingat lagi saya ada pergi ke satu event di SINI! Dan asalnya bertujuan menerima jemputan penganjur pihak RATU Berita HArian. Dapat goodie bag lepak2 terus balik, hehe. Tapi mana sangka rupanya saya antara pemenang utama yang menerima membership percuma selama 6 bulan.

Seminggu lepas tu, saya dihubungi pihak Curves untuk temujanji pertama. Mula2 cam malas2 n gak takut sebab mana tahu kena bayar apa2. Rupanya lain yang disangka. Siyes, Curves memang very transparent. Dan instructor yang entertain saya Mrs Rita sangatlah peramah, hokeh. First saya kena isi form declair tak ada sebarang komplikasi. Kendian ukur segala bagai kat badan~pinggang, punggung, lenggan etc. Mrs Rita komen badan ai ok dengan usia dan bentuk still mantain cuma lemak ai cam lebih sikit. wow wee..so kitaorang diskus pasal target berapa ai perlu reduce dalam tempoh sebulan. Dengan syarat setiap minggu kena 3 kali datang dan buat exercise kat situ 30 minit. So kena DISIPLIN. Mampukah ai..hahaha 30 minit jo 3 kali seminggu. Dan Rita siap pesan ngan ai, "Rugi kalau U selalu tak datang Ayu sebab U dapat free fasiliti dan consultancy". Ai agree jer sebab reason kukuh kenapa ai perlu berexercise 1. Nak kurang stress dan 2. Keep fit!!!!

Yang paling beshhhh gym ni tak de LELAKI. Syiokkk baru boleh berexercise dengan senang hati. So bila nak start exercise kita akan datang ke stesen dan buat exercise selama 30 minit (kalau uol perasan kat artikel npaper kat atas ada ditunjukkan bentuk exercise dalam bulatan). Kena buat semua exercise dan guna segala peralatan ikut instructions muzik yang dipasang. Very relax and easy.

Sepanjang saya berada di situ memang ramai yang datang buat exercise. Rupanya Curves ni pamos kat kat Kota Damanasara!

See saya dah dapat tag member :) Siap letak kat kunci kereta lagik...


Siap kali datang scan jer...Senang kan :)

Tak sabar nak kurus cam Kate Middleton. Huhu



Thursday, April 28, 2011

Hepi Birthday MZ!!!

Well... Today is Suzz Birthday yang ke... yang ke... tarik napassss... ahem ahem 35 yek!! Tapi my Suzz still nampak muda belia. Hik Hik. Badan still maintain lagik walaupun katanya udah membesar. "Kawe nampak demo slim jer, mana ader gemok!!"

So saya, Ezna dan Mira pakat2 nak celebrate besday Suzz... kiranya suprise la ni. Terkujat Suzz bila nampak saya ngan Mira kat Paddington Pan Cake House di The Curve. Ezz lak siap bawa aksesori untuk besday parti. Meroyan mak kena pakai topi dan topeng tu. (Ada orang tu punya topi talinya putus,heheheh).

Paling tak sangka saya ngan Ezna pakai baju same kaler, Suzz ngan Mira pakai baju dan paten ala2 sama jer. Wow aura BFF yang kuat gitew. Anyway ai pakai awal dari Ezz, sebab ai pukul 7 pagi lagi dah pakai n ai budget Ezna start pakai kul 10 pagi. Hahahah, see saper tiru saper ni...
Hahaha, masa ni ai macam nak tergelak kuat kat situ. Bagus betul staf kat sini siap jadi hos mini Birthday Party. Suruh Suzz make a wish la, suh pakat nyanyi ramai2. Dan saya rasa walaupun 4 orang jer yang nyanyi tapi sama hebat dengan besday parti yang ada lebih 20 kanak-kanak.

Princess of the day. Mrs Suzi a.k.a Mama Zharfan :)

Ntah apalah Suzz tu wishkan dalam hati. Heheheheh. "Nak gegirl ke??"

Besday girl a.k.a Besday woman a.k.a Besday Mama bersama cake yang sangat sweet dan candle yang berukir 35!

Cantik dan cute kan cake ni? Sponsored by Ezna Ahmad Khalili :)

Lepas tu pakat2 order makanan yang simple2 sambil chatting2.

Tak hengat dah aper nama menu ni...tapi ada mashed potato dan pan cake bawah lamb grilled iteww.

Set yang ada chicken, sedap boleh tahan jugak rasanya.

Ala2 desert utk makan2, ada pan cake yang bersaiz 50 sen, buah-buahan n ais krim.

Walaupun agak simple tapi memang best lah. Dapat kumpul sama2 meraikan besday dan kembalinya Suzz ke tanah air. Lepak sambil update pasal diri masing2, sampai tak sedar cepatnya masa berlalu. So Ezz, Mira dan Suzz next month ehh kita ngedet lagi... Besday saper pulak kali ni ya? My Amanike, Zharfanke or My hubby, hahahahaha...

P/s: Thanks for the tokens ya, Ezz dan Mira...

Wednesday, April 27, 2011

Servis Astro Yang Bengong...

Panas hati dah ni. Nasib baik dapat sebungkus cendol, rasa COOL sikit. Mana idaknya dah daftar nak pasang Astro dekat 2 minggu lebih. Mula2 janji 2-3 hari. Lepas tu setiap kali call PIC dia kata akan hubungi kite balik. Takdenya tepon balik. Ni rasa nak bako..bako..bako Astro ni. Owang customer nak bagi duit tolong janakan pendapatan company Astro tu sendirik bukan nak apply nak pinjam duit ke apa. Lagi satu tolonglah jangan buat janji tapi sendiri susah nak tepati.
"Ok apa pun saya akan call petang ni balik ya!"
"Dalam 2-3 hari kalau tiada orang datang pasang, saya akan remind kan ya"
"Ohhh saya cuti semalam, nanti saya call 5 minit lagi" (5 hari lepas2 tu pun takdenya call)
Ohh saya sudah menyampah dengan janji takleh pakai dari kakitangan pusat Astro cawangan Damansara Utama PJ . Benci..benci..meh gi bako kedai dier.....

Tuesday, April 26, 2011

Nutrition Month Malaysia Carnival is BAckkk!!!

Secara kebetulan hari Sabtu lepas ketika saya dan anak2 duk bz survey hadiah untuk besday kawan Yana di Mid Valley ternampak acara karnival ini di Mid Valley. Sambutan agak sederhana, tak ramai orang datang dan exhibitor yang terlibat sangatlah kurang :( . Tidak macam karnival tahun lepas yang lebih happening.


Booth yang paling menarik dan paling banyak bagi goodies ialah Nestle!!!! Buat jer aktiviti kat setiap check point akan dapat something dari pihak Nestle.



Ni kena joget hola hop dengan wii. Kelakar gak sebab tergelek2 nak dapat point.



Yang ni pulak kat booth Yakult. Banyak juga game wii dan cam biase YAna dan Anaqi sangat suke menyertainya.



Pak cik kat booth Gardenia yang sangat ditakuti oleh Afiq. Atok hantu!!! huhu



My amani yang tak nak dukung tak nak berjalan tapi nak merangkak. Hoho letih mak, lepas tu gigih nak pegang Cheerios yang suku dari saiz badan die.



Booth Planta ni boleh amik lepa mentega kacang, thousand island paket dan tea segera dengan percuma :)



Hasil berada selama 35 minit 20 saat di karnival. Hehehehe. Paling penting anak enjoy!! Yang tak tahan tu setiap kali dapat MILO kotak terus jer minum. Nisbah 2 kotak sorang dihabiskan semasa berjalan2 di karnival ~ 30 minit jer tu..alehai.


p/s: Balik terus hantar Anaqi dan Yana ke Besday Bash kawan sekolah, penat deh!


Sunday, April 24, 2011

Hoodwinked Too!!!! Yesza Colouring Contest Lagik!!

Ya be da be du...
Ahad 24.4.2011, kul 11 pagi bertempat di The Curve, 3 daripada 5 anak saya telah menyertai pertandingan mewarna anjuran Cathay Cineplex bersempena dengan 'Hoodwinked Too' movie. Ramai gaklah peserta dalam 100 orang yang mana 50 orang untuk setiap kategori.
Diadakan di ruang legar E-Curve, agak luas dan selesa tapi tidaklah buat ibu-bapa yang terpaksa bersadai di tepi2 lot kedai demi sokongan padu buat anak masing2. Ngeh :p
Nampak tak Yana dan Anaqi? Hoho. Anaqi buat cam kat rumah sendiri. Selamba badak dia duk layan baring sambil mewarna. Anaqi cam bad mood sikit sebab tak makan pagi lagi (mana idaknya kat umah suh makan dia duk bz layan game). Tapi lepas aktiviti mewarna cam hepi lak.
Nampak tak Akid??? Hehehe so Akid kena join kategori 3-6 tahun. Rasanya Akid, Yana dan Anaqi peserta yang datang sehelai pinggang. Sebatang kaler pun tak bawak. Duk harap pihak penganjur yang sediakan :)
Lepas tu antara orang terawal pulak yang habis dulu. Nampak sangat kaler separuh hati, hahaha. Tapi semangat untuk menyertai itu tetap ader...
Dapat kupon2 ni. Pek makanan tengahari dan goodie bags!! Hoyehhh!!
Disebabkan anak saya siap mewarna terlebih cepat dari peserta lain so kami mempunyai banyak masa untuk berjimba-jimba sebelum pengumuman pemenang (ececece camlah menang, ahaks) dan pemberian goodie bags diagih2kan. Siap posing sakan di merata2 tempat. Pantang nampak port menarik "Dedet2 amik gambar!".

Dalam kul 12.45pm peserta boleh amik makanan~ ada roti hot dog berkeju + air tropicana (1 botol). Ada sesi kuiz bersama pihak penganjur. Part ni Anaqi begitu aktif sekali. Rasanya 3 kali dia dapat jawab :p. Dalam kul 1.30 petang pengumuman pemenang dan pemberian goodie bags kepada semua peserta. Cam dijangkakan "Tak menangpun"... Huhu.

Abis jer acara mak-pak dah lapor tahap maksima kitaorang bergegas ke 'Jom Bali' Cafe di Tesco Mutiara Damansara.
Sambil tunggu order makanan sampai, posing2 sampai lebam.
Dua beradik yang tak reti duk diam. Comel tak kami?...Koyalah mak-nyer :)
Anaqi bantai order "Lamb Chop"... tapi memang shodap wei.
Bakal menjadi peserta imam muda pada tahun2 akan datang (kalau wujud lagilah program realiti iteww, huhu). Baca doa sepenuh jiwa raga. Siap orang meja sebelah turut mengaminkan sama.
Nasi goreng bom apa ntah. Ni dedet punyer.
Mee kantonis yang sangat banyak. Cam lautan penuh seafood.
Yana bersama bihun yang digoreng istimewa. Sebab agak banyak terpaksa dibungkus bawak balik. Abis makan amik RM71... wohooo. Tapi masakan semua besh2 lah. Air siap boleh refil lagi, suka ai.
So ni antara isi goodies dalam beg yang diberikan kepada setiap peserta. Paling suka ada voucher Crocs RM50 dan tiket wayang :)

Ni lak hadiah hasil usaha gigih Anaqi menjawab kuiz.

Seronok tapi penat sangat. Sebab half-day buat aktiviti di situ. Saat paling gembira dapat jumpa Ezna, Wan Steddy dan Ila. Wah boleh layan borak lama2. Rasa nak jumpa lagi :).

P/s: Buat Ezna dan Wan... Tengkiu so much for the tokens. Appreciate sesangat, malu mak tak kasi apa2 kat uol, muahhhhhhhhhhhhhhh. Nenanti ya bila ke temu lagi.... ader ler.. gitew2

Saturday, April 23, 2011

Nak Hapdet Citer Hadiah :)

Dah lama tak hapdet citer hadiah. Hehehe. Ari ni baru rasa nak citer. Adalah sikit2 yang masuk, syukran :)
Minyak wangi Britney Spears RM200 dari Majalah EH...


Jam tangan Mars Need Moms, kemenangan atas nama Anaqi. Nampak smart jam ni. Suke tengok.


Produk Esmeria Organic RM330 dari ruangan Ratu Berita Harian.


Set pinggan-mangkuk Corelle RM599 dari Kiwi Kleen, Encik Hubby yang menang..


2 tix dari tupai dan 2 tix lagi dari MSN...Akhirnya dapat gak anak2 yang lum tengok pergi layan citer RIO, hehehe.


Hadiah saguhati dari Playhouse Disney. Khemah ni memang berguna especially buat my kids main sepah2 segala harta mainan mereka.

Hmmm, syukran :) Rezeki tetap ada walaupun sekarang ini tersangatlah bz dan tak de mood nak sertai mana2 contest pun. Bangkitlah Ayu wei.