Tuesday, May 31, 2011

Amani Birthday ~ 1 year old :=)

*****Sowi tak berupdate satu hari. Banyak sangat story, kisah hari jadi sampailah cuti-cuti. Lusa mula bekerja dan saya agak sibuk semula. So sekarang tengah manfaat masa sepenuhnya bersama famili terchenta :p
Kisah hari Ahad malam Isnin. Kami (famili ai, adik-beradik + pary dan mak) meraikan hari jadi Amani. Takdelah beria manapun. Cuma beli sebijik kek sederhana besar dan saya masak fettucini carbonara.
Amani cam kekagetan bila kami ramai2 nyanyi lagu besday. Sengih2 dan berdiri statik. Hahaha. Maybe sebab biasanya die tengok owang lain punya besday, kali ni die lak kena duk ngadap depan kek berlilin. Tu yang buat muka seringgit lima puloh sen, hoho.
Potong kek!!! Kat depan ramai dah menunggu, lapaq beb."Hepi Besday to my cutie pie Amani"...

P/s: Hadiah besday dari mummy dah dapat tapi dari Dedet lum lagi. Adakah bling2 tiruan ataupun motor skuter kaler pink yang boleh dicharge baterinya? Tepuk wallet tanyalah ketebalannya... Hahahaha..

Monday, May 30, 2011

Birthday Ahmad Zharfan Yang ke ^6^

Hari Ahad 29hb Mei 2010 di KFC Wangsa Maju Drive-tru, ai satu famili gather-gather meraikan besday Zharfan anak MZ. Ramai juga bloggers yang ai kenal menghadiri majlis ni tak lupa juga my BFF ada gak "-" suke suke.
Antara hadiah-hadiah khas untuk besday boy, Zharfan.
Acara besday mesti ada aktiviti untuk kids. Memang enjoy lah bebudak sambil2 tu mak bapak boleh gossip2 sambil ce cite ce cite apa2 yang terkini :)
Antara game yang anak ai main "musical chairs" wahhhhhh....siap eksiden2 lagik.
Acara utama harus ada nyanyi lagu besday, tiup lilin dan potong kek. Since besday ni celebrate kat KFC , maskot si Chicky pun menyelit sama.
Hepi Besday to you..
Hepi Besday to you..
Hepi Besday to Zharfan..
Hepi Besday to you..

"Moga Zharfan sentiasa sihat dan ceria selalu :)"
Emir yang....T A K U T kat iteww Chicky...Scary ya tengok ayam besar berjalan, hik hik.
Finally, both kembar tak serupa bertemu juga. Hahaha. Monyok memasing ya :p mungkin sebab tempat baru dan mode masih terkezut "ramainya orang yang tak kenal!"
Yeay!!!!!!!!!!! Gambar ramai2....suzi + family + Suzi frens ..yayayaya..
Ezna dan family lewat sikit sampai tak sempat amik gambar reramai.
"Mak BZ noks, ahem ahem"
mama bloggers in da house. Akhirnya di majlis ni ai dapat jumpa Mira (hek eleh ni dah jumpa dahhh hahaha), uyun aka cutemum, nana, mummy ayu (betul tak, correct me if i i'm wrong) dan aimy aka mama tisya (kali ke-3 ai jumpa, wink wink)
cam biasa dimana ada lautan goodies disitu anak2 ai bersungguh kaut. Tak dapet nak nolon anak ramai so cam nampak banyak. hahahaha! Anyway Suzz thanks for inviting me ya! Me and family really have fun there :)

Sunday, May 29, 2011

Hepi Besday Dania Alisha!!

Hepi Besday to you..
Hepi Besday to you..
Hepi Besday to Dania..
Hepi Besday to you..

Setahun sudah usia DANIA pada hari ini :)
Dania Alisha anak cutemum dilahirkan pada 29 Mei 2010 7.16pm di Hospital Serdang.

My Amani Shadrina lak...
Dilahirkan pada 28 Mei 2010 pada pukul 3 pagi di PPUM (sehari sebelum Dania dilahirkan)

Hepi Besday for both of you!
Moga sentiasa ceria dan sihat selalu :)

Love and kiss;
Mummy Ayu, muahhhhh


Movie..Movie...Kali Ni Tonton 'Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules'

'Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules' - wahhhh masa mula2 dapat cam malas nak pergi tengok sebab ai tak pernah baca novel citer ni, tak pernah tengok mini series cartoon kat tv bahkan the first movie dier pun ai tak gi tengok. Dahla tu mula2 menang 2 tix jer. Ai cakap ngan Encik Hubby "Kita pergi jer amik takut die blacklist nama utk contest2 akan datang". So pergilah satu family ke 1 Utama dengan niat nak redeem ajo, last2 sampai sana dapat lagi extra 3 tix jadi kesudahannya kitaorang tintun iteww movie 'Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules' !!!

Gambaran awal ai mengenai movie ni mesti "BORING" ternyata meleset sama sekali. Citer banyak pengajaran terutama tentang family, adik-beradik dan banyak gak part2 yang boleh nak gelak. Siyes ai suke movie jenis ini. Tapi AWAS ya bagi anak2 bawah 5 tahun mungkin dieorang kurang sikit minat citer filem macam ni tapi dalam famili ai semua minat kecuali Amani :) Terpaksa sogok ngan makanan baru leh duk diam.

My Yana siap boleh nangis gitew masa touching part. Haiya!! emo sungguhlah my Yana ni :p

Pastinya untuk bulan ini dan akan datang ada few movie dalam list yang kami sekeluarga teruja nak menonton dengan FREE..(Tak leh blah nak free memanjang!)

pastinya latest TRANSFORMERS ~ sekuel2 sebelumnya tak pernah miss pergi menonton ya! Tengok gazet kat movie memang nampak cam beshh yang amat :)


Harap2 Transformers kali ni budak kecik dapat masuk. Sebab my Afiq memang minat ngan Bumblebee (die ada 2 keta mainan Bumblebee sebagai koleksi peribadi)


SMURF! Ai takdelah minat tapi my kids beria-ia ajak gi tengok bila dah ada kat movie nanti.


POTC4 yang ni semua my kids + hubby dah tengok time preview ari tu. Ai jer tak gi tengok, tiket tak cukup daa...ramai yang kata citer ni kurang menyengat. Tapi bagi my hubby citer dia OK tapi takleh lawan dengan previous movie POTC.


CARs 2~ wallau yang ni ai pun tak sabar nak tengok especially ngan karektor Mater (Bendul tapi comey)


Kung Fu Panda 2!! antara yang terbaik setakat ni. Nak tonton untuk 2 kalinya? Akan dipertimbangkan sekiranya ada free tix lagik. Hik Hik.


Gilakan mak dan anak + bapak sekali, kitaorang kaki movie. Sebab dah biasa layan movie so masuk panggung memang my kids beretika lah..Hahahahaha. Janji dapat menghabiskan masa bersama (it's fun time) dengan kaedah "Free Entry"...Uoll suke tak tengok movie kat panggung ngan family??..


p/s: Tapi lokasi tengok movie memang ai pilih sebab kalau jauh sperti KLCC ai cam malas sikit (dengan parking rate mahal, lagilah) so lokasi menonton pastilah kat 1 Utama, Cathay Cineplexes dan Mid VAlley (MV ni bergantung kalau malas pass kat owang lain)

p/s/s: Thanks to Cute Mum for besday wish ya (Semalam)...dan hari ni besday DANIA anak Cute Mum lak "Hepi Besday Sweetie "Dania"

Saturday, May 28, 2011

Rejeki Rejeki :)

Survey lagik!!
Datang ke rumah saya, lontarkan beberapa soalan dan kongsi pandangan. Tempoh masa hanyalah 1 jam 30 minit.
RM200 ahem ahem, boleh simpan dalam ASB takpun banjer untuk makan2 sempena besday Amani :p Syukran :)

Friday, May 27, 2011

Makan Nasi Arab!!

Ari ni my opis buat makan sempena dengan Department meeting dan meraikan "Hari Guru" untuk kita-kita ajo. Hoho..saya memang tidak terlibat langsung dengan segala persiapan sebab saya terover BZ dengan keroje yang pending sana-sini.

Dan ai paling teruja bila nampak itu nasi arab yang sangat harum bau dier. Suke ai. First time makan weh so mode kejakunan melampaui dari paras manusia normal biasa. home made nasi arab ai tak tahu dari mana Brother Mahmoud tempah..entah2 bini die masak sebab dia ni orang arab :)

Tengok ni ayam togel yang sangat mengancam body dier. Bila masuk jer dalam mulut lembut mak aii, cam makan soft candy (over erkk ayu!). Lepas tu perut masa makan memang cam ketat dah. Ai lak makan sebelah syidah yang mengandung 8 bulan (perut kecik jer klu dibandingkan ngan owang mengandung) cam sama saiz. Nampak no ai dah buncit lepas tu tambah 2 pinggan lagi, makan cam tak sedar diri. Kena sampuk ngan kelazatan nasi arab. hahahaha.



Abih acara ada sesi tukar2 hadiah. Since semester break takde lak student kasik hadiah so kitaorang pakat2 beli hadiah tukar sama suka. Ai dapat salad bowl!! Wahh menambah koleksi pinggan mangkuk , suke ai. Cam kena request dedet almari kayu jati (kasi highlight sikit)khas buat pinggan mangkuk la lepas ni....acheh, agak2 boleh ke?

Thursday, May 26, 2011

Kung Fu Panda 2

Ya aww Ya aww, movie time yeh!
Kali ni kami satu family (finally) pergi tengok citer Kung Fu Panda 2. Menang tix dari Astro~atas nama Hubby dan Ruha :) Movie kat GSC Mid Valley (payahnya cari parking!) dan ianya bermula seawal 8 malam.
Ya aww Ya aww seronoknya kanda dan dinda kuar berpoya2 ngan ayahanda dan bonda ya. Sib baik esok dah takde exam.
Mula-mula ingat menang 2 tix ajo, kawan ai Ruha sedekahkan lagi 2 tix tapi rupa2nya setiap winner menang 4 tix so total semuanya 8 tixs ler.
Dan Amani malam ini sangat baik ya! Dia layan Kung Fu Panda 2 sampai separuh citer. Lagi separuh perjalanan citer Amani tidur lena. Overall citer ai memang puas hati. Citer kartun aksi yang sangat lawak. Even my kids especially Akid dan Afiq boleh gelak sangat kuat hokeh. Diaorang boleh paham jalan citer dengan baik.
Memandang family outing, kitaorang layan McD untuk makan malam hari ni sebelum masuk panggung. Duk satu meja reramai makan berebut-rebut memang meriah lah.
See Yana sangat hepi dengan sebijik berger. Comey Yana bertudungkan?? Hik hik harap2 kekalkan lah penampilan cam gini. Kalau tak nanti kena fire ngan Dedet hahahaha. Tak dapet nak nolong :p

P/s: wahhh jumpa Yusrizan lagikkk... Geng movie ni :p

Terberanak Sendirian Dalam Rumah**Me Fainted :(

Bukan ai yang terberanak hokeh! Tapi a good fren of mine :)

Kebetulan hujung minggu tu dia dah rasa sakit2 tapi still rasa kuat and dia ingatlan itu adalah "false alarm" memandangkan tarikh sepatutnya bersalin awal bulan Julai. So hari Ahad si suami pergi keje cam biasa walaupun dalam hati cam rasa lain macam tengok muka bini yang ala control sakit.
Tiba-tiba dalam kul 1tengahari lebih kontraksi makin kuat, tepon laki tak angkat so dibiarkan sampailah satu tahap rasa ada benda kuar dibawah. Kawan ai merangkak-rangkak dari dapur ke ruang tamu nak mencari tepon. Paling sadis anak dia yang dua tahun duk nangis tengok mak die ngerang sorang2..
Alih bayi dah kuar die pun panik tak tahu buat apa. Last2 call kawan-kawan keje (kes no phone jiran tertangga takde + kredit dalam phone ada berapa sen ajer). Kawan-keawan keje semua pakat kalut nak gi umah kawan ai tu (tak termasuk ai sbb ai tak tahupun). Merata-rata datangnya dan yang paling cepat sampai Kak Yah. Dada baby dah biru, kawan ai yang terberanak ni dah lemah.Tali pusat still ngan bayi (tak potong lagik). Plasenta tak kuar, naik lagi atas adoilah..Terus kalut call ambulan panggil jiran2 yang mana patut. Siap org hospital ajar mana ikat tali pusat (siaran langsung dalam ambulan). Ada kot dalam 2 jam lepas bersalin bawak gi hospital. Koyak dalam peranakan yang besar. Dan baby kuar 1.7 kg lebih! Kecik jer.
Sanpai hospital member ai dah lemah sbb bleeding banyak rasanya. Baby kena masuk inkubutor NICU suspect tak cukup bulan (until posting ditulis kitaorg tak dibenarkan lawat baby~pihak hospital tak bagi). Baby tu kecik jer masa lahir sekarang cam besar (member ai cakap) sebab kena cucuk banyak ubat, siap kaki biru dah. Sediiiiiiiiiiiiih giler....adoihai...


Can u imagine that u tengah sakit meneran, anak u 2 tahun menangis tengok u sakit. Subhanallah..tapi nak buat camna dah ianya nak berlaku. Cuma rasa sedih tengok bayi yang dilahirkan yang kena cucuk macam-macam ubat lagilah rasa double adoihaiii. Hopefully kawan ai ngan baby baru die tu takde apa2 dan selamat. Amin


p/s: ai wonderlah macamana orang dulu boleh beranak kat rumah dan proses dier cam senang jer :(

Wednesday, May 25, 2011

Pada Mereka Yang Punyai Anak Nak Join Tak????



Jom arrr reramai join event diatas. Ai cam nak pergi tapi pagi tu ada preview movie Diary of Wimpy Kid: Rodrick Rule kat 1 Utama. Ater kalau sempat ai join, kalau penat dan malas lepaking kat umah ajo.

Tarikh: May 28, 2011 (Sabtu)

Masa: 11am-2pm

Lokasi: Main Atrium, Ground Floor, Tropicana City Mall, Petaling Jaya

Kraf aktiviti meliputi..

* Craft with recyclables by Crafty-Crafted (http://www.crafty-crafted.com/);
* Crafting with felt by SekociNorlie (http://sekocinorlie.blogspot.com/);
* Quilling by Miyyah@ Kertas (http://miyyahatkertas.blogspot.com/);
* T-shirt painting by My Glass Cubicle (http://myglasscubicle.blogspot.com/); and
* Fondant crafts by WhipNWhisk (whipnwhisk.com/).

Ada goodie bags :) tapi untuk 50 orang pertama setiap jam :)

dan saper2 yang minat join coloring contest anjuran Vitagen boleh daftarkan anak-anak anda di booth Vitagen (New Wings)~ ada event actually kat situ. Coloring contest akan diadakan pada hari Ahad ini 29 may 2011 bermula pada pukul 1 hingga 2 petang. My kids lak nak gather2 ngan MZ family + lain2 pada hari Ahad tu :)

Ok chiowwww beb, letihlah ari ni buat soalan exam. Dari pagi sampai petang baru 4 soalan siap dibina punyalah malasnya nak pikiaq!

Tulisan Anaqi Pesen Cakar Ayam

Adoihai, ai sangat pantang bila semak buku kerja sekolah Anaqi. Sangat sakit mata terutama tulisannya yang macam cakar ayam. Anaqi menulis dengan tangan kiri (kidal die nih) dan selalunya orang tangan kidal dikaitkan dengan unsur-unsur "kekreatifan". Mungkin betul jugak! (tapi Anaqi kalau subjek seni lukis ohh sangatlah tidak menyerlah hahaha)Tulisan makin teruk bila time kerja sekolah banyak untuk hari tertentu. Dan saya memang perasanpun setiap kali ada subjek BM mesti ada kerja rumah karangan. Dan Anaqi ni walaupun dia jenis cam cincai tapi kerja rumah tak pernah miss buat.
Saya perasan juga walaupun seni pada tulisan itu tiada. Buruk semacam. Tapi dari segi penceritaan memang baik so kat situ saya nampak di mananya sifat "kreatif" dalam diri Anaqi.
dan sebentar tadi ketika saya belek-belek buku sekolah Anaqi saya ternampak komen khas dari Cikgu Julia Chee guru Bahasa Melayu Anaqi. Huhu, buruk pun buruk lah tulisan mu Anaqi janji sifat kerajinan itu ada dan cukup membuat seorang ibu happy.