Thursday, June 30, 2011

Meh Skodeng Hadiah Minggu Lepas dan Minggu Ini Yang Saya Berjaya Perolehi :)

Idakler banyak tapi cukup mencairkan hati saya yang sangat tertekan dengan tugasan kerja yang berlambak. Benarlah kata sesetengah comper berkaliber seperti MZ dan Wan Steddy~Menang contest itu adalah satu terapi. Sangat membahagiakan dan menenangkan jiwa nurani walapun nilaian tak segah mana tapi cukup membuat hati ini berbunga-bunga~Bunga Kekwa Warna Ungu Cheewah :)
Ok uolls saper yang ada dapat jemputan diatas untuk event Sabtu ini kalau terserempak dengan saya di tepi/tengah jalan jangan lak buat tak nampak ya, hik hik (saya selalu blur tau so sowi kalau saya yang terperasan). Saya dapat satu dari Sophea PIC Indeed Communications sempena dengan kehadiran makan-makan bersama Mom Bloggers dan Disney Junior. Lagi satu invitation atas nama Encik Hubby dari contest kat npaper Metro. Cukuplah satu famili pergi since 1 kad untuk 4 owang :)
Produk Skin Labs RM200 dari Majalah Shape :)
Syampu dan perapi rambut brand ASIENCE nilaian RM160 dari Majalah Shape :p
Dari Astro Life (thanks to Azwan Azri sebab baik hati tolong amikkan hadiah hakak)
Dapat 2 dvds, 2 notepad dan 2 buku terbitan finas tajuk yang sama. Kemenangan atas nama sendiri dan Encik Hubby. Majalah free kitaowang amik kat booth FINAS di Movie Carnival baru-baru ini~jawab teka silangkata, jawapan cam biasa google kat internet lepas tu cepat2 pos yang mana dateline lagi 3 hari lagik. Dah rezeki terpilih dapat hadiah saguhati jugakler :)


Tangled DVD from Princess Mag untuk Yana.


Voucher RM200 dari Kleenex (sempena denga Kleenex posting dan saya salah seorang pemenangnya, yeay!).


Mesin urut perut kasi slim. Hoho. Khas buat My Dedet, biar kempis sikit eh :p Menang dari Gars Contest (Third prize).
Wah mak nak slim noks... Keh Keh..Harga e-slim Gintel ni dalam RM500 lebih (PIC yang berkenaan inform saya)... Ok ler, kalau nak beli sendiri rasanya idakler.

Sesaja nak share, saya dload artikel ni dari fesbuk kak Sherly :)
Artikel diatas benar2 memberi inspirasi pada diri saya. Seorang yang hampir kehilangan segalanya mampu menggembirakan hati dengan memenangi banyak peraduan yang disertainya. Apapun sikit ke banyak janji kite hepi :p



TRANSFORMERS in 3D, beshke??

Anaknda2 saya sememangnya pencinta TRANSFORMERS, apatah lagi dalam bentuk animasi/kartun. Sekuel berterusan penuh konflik dan semangat perjuangan Robot sememangnya menghiburkan. Encik Hubby layan jugak cuma dia lagi berminat dengan citer cam Star Wars dan LOTR (minat ngan Gandalf lettew hahaha).
Demi anaknda terchenta gigihlah saya meneropong sana sinun cari tix Transformers. Dan seperti maklum Transformers ramai giler yang ternanti2 dan berebut untuk mendapat tix tayangan preview :) Kebetulan 'Double A' buat contest amik gambar ngan produk paper 'Double A'. Sempoi jer saya ngan anak2 bergambar~ asal boleh. Cam biasa setiap minggu nama saya dan Anaqi tak pernah pun naik kat page Double A ~udah gambar buruk kan hahaha, owang lain beria beraksi dalam opis, tapi tidaklah saya hik hik. Alih2 sempena ngan Father's Day nama saya dan Anaqi naik, wohooo dapatlah 4 tix free... Ahem ahem tayangan 3D :p
So bila tayangan 3D dapatlah pakai spek 3D... Since TRANSFORMERS citer aksi tengok dalam 3D memang sangat puas hati.
Citer aksi dari awal hingga akhir, kisah permusuhan lama antara geng Megatron dan Autobots. Lepas tu manusia pun ada masuk campur. Cam yang dijelaskan dalam gambar diatas lah, gajet2 canggih, bakar situ sini, persahabatan dan kasih-sayang memang elemen kuat dalam Transformers.
Cerita aksi yang tak sudah2 tapi ending yang sangat straight forward. Dan kebanyakan robot senior seperti Optimus Prime cam nampak dah boroi (ni Devi inform saya, ahaks). Pastinya Megatron mati di akhir cerita sepertimana dia mati dalam sekuel terdahulu. Hahaha. Filem akan datang percayalah Megatron tu akan hidup balik, dah namanya ROBOT kan? Caj jer lah bagi idup. Hohoho.
Mak beria jer berceritakan. Sebenarnya tak tengok pun lagik so sampaikan jer apa yang dirumuskan dari anaknda2 dan Encik Hubby yang dapat tengok. Plan nak tengok jugak tapi nak ngedet ngan My Afiq jer. Shian Afiq tak dapat pergi :( tiket tak cukup. Lagipun Afiq kena tidur awal esok dia ada lawatan ke Zoo Negara (buhsan dah kalau saya, binatang serupa jer jumpa, huhu). Paling besh Double A ada memberikan goodies~paling menawan notes comey dalam kotak mini Double A dan notepad Transformers!

Apapun Transformers in 3D memang sangat syoklah :) So uolls layan Transfomers jugak ke??

Wednesday, June 29, 2011

#3 Wordless Wednesday


Wah, dapat sample air Nestea.

Tapi yang best tu 1 pek = 1 jug..

Yesza, sharing is caring is loving is gathering is "konsing in juging" :p

Bukannya 1 pek buat sowang2 minum sowang2

#2 Wordless Wednesday


Melayang RM10

Cincin pink RM5

Sepit/Aksesori Shawl RM5 untuk 2
Rembat dari booth depan Laws Department, otw balik dari mengajar.
Alasan membeli, ambo stress ari ni ya :p

#1 Wordless Wednesday


I am so busy today... busy like a bee!

My kids and Encik Hubby will watch the latest Transformers (3D) at OU tonight. I won tixs from Double A pages fb.
Tata.


Tuesday, June 28, 2011

Ayam Penyet, Me n BFF Lenyek!

Saya tak pernah makan ayam penyet so sempena nak gather ngan BFF kat Sunway Piramid minggu lepas, saya sangat beria ajak makan kat Restoran Penyet. Shodap ke tidak nak gaklah try sebab Ayam Penyet merupakan salah satu menu terkenal di Asia Tenggara ni.
Saya dan suzz pilih set ayam penyet, ezz pilih set udang penyet (betul ke? hik hik). Masakan Indonesia mesti ada tempe dan tauhu. Ezz dan Suzz tak makan so sayalah yang mengerjakannya. Nak muka licin kenalah makan banyak tempe cam Khir Toyo, hoho.
Air Bandung Gembira untuk saya dan Ezz, siyes tak gembira langsung ketika saya nikmatinya. Kalau tahu saya order Milo Dinosour. Masam ice soda terlebih sangat. Suzz lak order air cendol.
Ezz yang sangat siyes dan khusyuk ketika menikmati hidangan :p
Suzz yang ala2 muka sedey sebab Mira tak join sama (psycho tak ai Mira? hahaha).

Ekceli gambar kandid belaka tu yang muka memasing tak tengok kamera hengpungku. Kitorang tengah berborak secara serius time ni, hik hik.
Souvenir dari Ezz. Shawl kaler merah hati. Plan nak pakai raya tapi terpakai semalam sebab nak digayakan dengan baju plain merah hati. Suke saya ni my feveret kaler, tenks Ezz.
Ole2 dari Suzz siap ada tanda harga lagik. Comei! Comei! Dah selamat gantung kat dalam keta. Tenks Suzz :)
Sekian laporan aktiviti terkini buat suami BFF memasing ya!!

Dari ahli kelab isteri yang jujur, amanah dan sentiasa sayang suami, muahahaha.

Monday, June 27, 2011

Jika Malu Jangan Tiru Aksi Sebegini Ya, Hahaha

Ha Ha ~ Ezz, Suzz dan Saya:) Mama gonjeng, wakaka. Mira jangan jeles saper suh ponteng pertemuan BFF.
Saya dan Suzz tengah membuat operasi tinjauan sekitar planet...
Nak menari cha cha... 1 and 2 and 3... Cha Cha
Heran betul apsal takleh gerak-gerak... Saya dah terlalu berat kot. Huhu
I am flying like a bird..

Flying without wings..

See gambar diambil pukul 1.05 tengahari di Sunway Piramid. Owang lalu-lalang semua pelik tengok kami buat aksi-aksi yang menakutkan ini. Kalau laki saya ada kat situ dah lama dia tak mengaku bini, hahahaha. Act bergambar pun ada sebab-penyebab, hik hik.

Terima kasih Puan photograher Cik Peah Ezna dan DLSR yang sangat mengancam itew. Muahhh

Terjebak Dengan Aktiviti Tukar Produk Lama Kepada Baru!

Hujung minggu lepas, apa saya buat ya :)
Kemas-kemas rumah dan tukar barang-barang lama kepada baru, cikedaut :)
Kebetulan masa saya pergi tukar susu DLady nampak ramai sangat owang tukar sebarang produk malt Coklat kepada VICO (tin kecik). Saya ada banyak pembungkus MILO kat rumah. So hari Ahad, saya ajak Dedet gi tukar tapi kami lambat lambat 1 jam (waktu mula tukar dari kul 1-3 petang) tinggal 4 tin jer. Saya ada 7 plastik kosong (siap buang barkod lagik sebab nak tukar ngan lori mini hik hik). Tapi 4 tin pun jadik ler. Ramai giler yang tukar lebih dari 10 tin, huhu.
Pek kecik jer ni 200 ml. Saya tukar dengan Daia (yang dapat daripada proses menukar Suria Wheels hahaha). Buang barkod dulu sebab Daia ada promosi tukar barkod dengan voucher KFC. Satu pek ni boleh 3 kali cucian jer. Okler dari membazir buang tong sampah kita tukar kat sesi menukar produk di Carefour (Thanks Yus Eda sebab inform ya!)
Susu Duth Lady, al-maklum saya sudah sebarkan di posting terdahulu. Berjaya mendapatkan 5 pek. Sib baik saya datang awal rupanya 3o pek ajer di setiap lokasi.
Saya ada 5 voucher ini. Ada saper2 nak dd 31/7/2011. Semalam tengok kat Carefour harga susu DLady Ikg 18.90 (offer) kalau bayar ngan kupon kurang lagik RM2.50. Jimat tu. Kalau nak habaq jer kat comment box nanti saya pos ya. Tapi saya ada 5 jer tau :)

P/s: Program tukar ni kalau tempat penukaran dekat ngan rumah bebaloi lah tapi kalau jauh berkilo-kilo tak payah ler. Saya kebetulan dekat2 tu yang merajinkan diri pergi program tukar-tukar. Hik hik.

Sunday, June 26, 2011

Best Friend Forever!!!

Today is Sunday,
I am moody today,
But when I look this picture,
It really make my day,
We're more than friends,
We're good sisters!

Saturday, June 25, 2011

Amazing Race Bersama InTrend!!

Wa wa wa... Speechless sebab seronok walaupun penat setengah mati, hahaha.
Bersempena dengan Ulangtahun InTrend ke-6, terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan oleh majalah InTrend untuk pembacanya dengan kalaborasi beberapa artis Malaysia yang terpilih. Untuk menyertai setiap pembaca perlu memilih aktiviti yang hendak disertai dan WAJIB membuat slogan khas ulangtahun InTrend. Sebab ianya acara esklusif bersama InTrend.

Dan saya antara yang terpilih, Syukran :)
Suke mak noks!
Lepas tu boleh ajak member lagi sowang. Susah gak nak buat pilihan ni dan kebetulan Suzz on9 fesbuk (ketika saya dapat panggilan untuk menyertai)~Terus saya ajak my BFF ni join sama :).
Kami berkumpul di Sunway Piramid dalam kul 1.30 tgh, lepas tu gerak ramai2 ke Sunway Lagoon.

Ekceli kitaorang takde idea apa nak buat kat Sunway Lagoon walaupun asalnya kami dipahamkan nak main go-kart. Tapi pihak InTrend memang dah pesan suh bawa baju lebih~so dah agak mesti ada aktiviti melibatkan air. Tapi tak sangka lak ada AMAZING RACE~ waduhhh ini sungguh BEST banget (cam terpengaruh dengan marshall kat setiap check point, hahaha)
Zoey dan Shila ND Lala join we olls, grup leader yang sangat dedikasi nih. Hik Hik. Untuk grup saya Zoey abang Gerak Geri Gasing. Setiap team ada 6 owang termasuk team leader dan nama team saya "Super Doope". Sesuka hati jer kami bagi nama sebab disuruh fikirnya selama 2 minit. Janji bahagia hahaha.

Ada 10 check point yang perlu dibereskan selama 1 jam 30 minit. Tapi kami sempat siapkan 6 tasks jer (tu pun kira banyak tau). Antara simpton/fenomena/alasan logik kenapa kami tak sempat siapkan tugasan:-
1. Sunway Lagoon besar, rasa nak patah pinggang duk lari dan marathon jalan tak berhenti. (Rasanya boleh turun 1.05 kg main aktiviti Amazing Race dalam masa satu hari, hik hik)

2. Team kitaorang tersilap strategi. Ingatkan dalam TnC "delegate task"~ boleh bahagikan tugas so kami berpecah. Rupa-rupanya tak boleh berpecah. So ended-up kami buang masa dalm 40 minit untuk berkumpul balik. Menjadi problema sowang pun tak bawak phone kecuali team leader. Sib baik dapat jumpa Zee *orang kuat Intrend, pinjam tepon dia dan contact Zoey.

3. Disebabkan kegigihan mencari Zoey dan adik baju merah saya dan yang lain gigih memanjat tangga yang tingginya ala Batu Caves lepas tu turun balik, so kePANCITan tenaga sudah berlaku di situ. Siap berhenti kat kedai minuman. Member kuar duit ada 5 hinggit air mineral 3 hinggit, beli sebotol lepas tu merayu kat abang jual mintak cawan + ais secara percuma. Sebabnya kami dahaga giler! Air lepas tu tadah kat water cooler, hahah sadis tapi cam kiraorang sonok jer~adventures beb dalam survive.

3. Masuk rumah hantu takleh lupalah pengalaman rasa nak menyepak hantu-hantu kat situ. Seram siott. Tengok citer KARAK pun tak seseram ini. Dah sebabnya kami peserta saya rasa level keganasan hantu kat Rumah Hantu tu memang luar biasa. Tapi yang heran tu Zoey saja yang cam tak berperasaan. Tak takut langsung. Kasut saya beberapa kali tercabut siap saya terpaksa meraba-raba balik carik. Ada satu part tu ada hantu cam Zombie siap nak curik kasut yang tercabut. Banyak kali saya tarik baju si Dyat, abih kembang t-shirt dia, hahaha. Sowi eehh Dyat besday ko nanti akak kasi presie t-shirt Sunway, hoho.

4. Naik canoe splash pun antara aktiviti yang banyak kami buang masa. 3 kali beb turun naik. Kesnya orang yang jaga canoe tak kasik kitaowang naik. Sebab dia tak tahu ada games kesnya baru tukar shift. Tapi last2 kami dapat naik juga. Seram sebab canoe tu menjunam agak tinggi dan kami kena pastikan belon yang ada air (kena bawa) tak pecah. Sib baik tak pecah :p

5. Main air yang dalam pelampung besar sangat besh. Rasanya nak terjun jer dalam air. Benar2 hilang stress. Tapi kelakarlah gelagat Zoey time ni. Sebab dia takut baju basah~dalam pelampung tu yang ngam2 6 owang siap si Zoey melompat2... Hahahaha.

6. Kena kiss biawak yang tak habis menjelir2 lidah. Yuckkk. Dahler tu kena cium kepala iteww biawak. Menggigil mulut saya kena comolot ngan spesis yang paling digeli oleh saya di abad ini.

7. Banyak... banyak sangat pengalaman yang dikongsi. Tapi dalam hati alangkah baiknya dapat habiskan semua aktiviti. Kitaorang miss buat go-kart dan papan luncur :p
Zoey, Shila dan PIC dari Sunway Lagoon yang bertanggungjawab menyediakan task, terbaeklah Bro!
Zee orang kuat InTrend. Thanks so much for your support ya (pinjam tepon untuk carik Zoey!)
Gambar amik semua lepas beraktiviti. Sebab kamera dan beg2 kami simpan dalam locker. Kepenatan dan kelaparan :)
Yea dehh!! Kami menang walaupun dalam 40 minit tak buat apa2 task tapi masih mampu menghasilkan 6 tugasan dengan cemerlang. Aktiviti yang sangat happening dan best! Terima kasih InTrend dan Sunway Lagoon, u really make my day. Dan tak lupa juga my team mate Suzz, Dyat, Adik baju merah~ aishah(betul tak?) dan adik baju hitam~lupa deh nama dan Zoey yang sporting. You Guys Rock!!!
2 perfume Adidas, yeay! So khas buat Dedet yang memahami dan izinkan saya beraktiviti. Muahhh.