Sunday, July 31, 2011

Juara Chef Muda Kawan di Sinar Fm

Akhirnya 8 Chef Muda berentap di acara akhir pada 30 Julai 2011 di Jusco AU Setiawangsa. Acara bermula seawal 11 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Dan saya telah tiba bersama Anaqi di Jusco AU sejak pukul 10.15 pagi untuk pendaftaran.
Anaqi sorang yang sangat sempoi. Biasanya kalau dia masak kat rumah pun ikut apa yang dia rasa nak makan. So bila masuk bertanding, cam suka-suki campak macam-macam bahan, hahaha. Takleh blah dia boleh perah lemon kat atas roti~finishing!
Anaqi dapat stesen pertama. Masa ni tengah gril ikan salmon.
Masa yang diberikan untuk memasak adalah selama 1 jam. Cukup 60 minit setiap peserta kena bawa hidangan masing-masing untuk dihakimi para pengadil ~ CEO kawan, Chef Zaidah dan Pak Tam boss Sinar.fm

Jom layan gambar-gambar hidangan setiap peserta. Photographer : Encik Dyat, tengkiu dik non.
Ni hidangan manisan..
Ni ala2 curry puff :)
Lasagna. Masakan ni menang no. 2
Ini masakan Anaqi, hahahaha. Uduh nyerr hahaha.Chef Anaqi bersama hidangan masakannya "Salmon Garden Crunchy"Ni ala2 sandwich..Hidangan yang mendapat hati di hati juri. Dapat no. 1Hidangan yang dapat no. 3. Vege puff kalau tak silap nama hidangan ni.Para peserta dengan CEO produk KAWAN.Third prize winner, anak dara cina umur 12 tahun dari Batu Caves. Tak pernah memasak dapur. Dan berlatih selama seminggu bersama ibu untuk menghasilkan hidangan pada hari ini. Mak Shi Chin ni sangat fasih berbahasa melayu dan die memang pembaca tegar suratkhabar Utusan Melayu. Kagum sangat saya!

Second prize winner, adik Afifah a.k.a Baby dari Shah Alam. Afifah memang buat bisnes cupcakes, pehh. Ada blog masakan die tapi tak hengat URL. Last week baru jer siapkan tempahan100 cup cakes Lufiya (artis AF), ni apa yang mak Afifah citer kat saya ngan kak Abby Fana.

First Prize winner, gaya memang dah macam Chef. Suke makan dan try resepi baru. Ayah Akmal ni ada restoran beb. Dan Akmal ni datang diiringi ramai sangat ahli keluarga~ makcik2, pakcik2, ada kot 3-4 kereta, jauhlak tu dari Port Dickson. Tapi bila judge rasa masakan Akmal memang semua terkedu "Shedapnyaaaa"
Hadiah dan cenderahati untuk setiap peserta ~ voucher Jusco RM 100 dan hamper barangan kawan RM150.
Dan paling besh dapat sijil penghargaan ni :)
Apapun syabas buat semua peserta cilik Chef Muda. Pendapat peribadi saya, pertandingan ini sangat bagus selain dari dapat melahirkan ramai bakat-bakat muda dalam bidang masakan. Ianya juga mampu membina keyakinan dan berani di kalangan kanak-kanak untuk terus mencuba dan ada rasa ingin berjaya. Buat Anaqi mummy sentiasa bangga, kalah bukannya bermakna kita gagal. Harus cuba lebih baik lain kali.

Sepertimana Anaqi berbisik di telinga saya selepas habis majlis "Mummy Anaqi nak masuk pertandingan macam ni lagi sebab Anaqi nak try lagi dan Anaqi masak lagi special dari resepi hari ni"
Hokeh! Good! I love that spirit!

Friday, July 29, 2011

Citer Disebalik Sale Sogo Member's Card Day

First time sebenarnya saja join Sale khas untuk member Sogo. Lagipun saya baru jer join jadi ahli Sogo bulan 5 tahun ni, hik hik. Saya sampai dekat kul 10 di depan pintu Sogo dan saya sangatlah terkejut bila melihat betapa ramainya manusia yang berasak-asak di depan pintu. Ini belum melihat mereka yang sudah memborong (walhal pasar besar ini baru jer bukak tak sampai 1 jam) berplastik-plastik mereka mengendong keluar.
Masuk-masuk di ruang legar utama memang dah ramai orang. Saya nak menyelit masuk pun jadi gerun. Lepas tu saya terus straight naik ke Bahagian kanak-kanak (kalau tak silaplah level 4). Dan seperti yang dijangka level ini paling ramai manusia. Nak jalan pun susah. Mana taknya banyak barangan sijual pada harga SALE didiskaun lagi. Contohnya seperti jualan barangan baju kanak-kanak diatas, katakanlah harga baju tu RM80, diberikan diskaun 50% so harga jadi RM40 lepas tu tambahan less lagi 40% dari harga diskaun, jadi harga bersih kena bayar RM24. Tu yang gila2 makcik2, pakcik2 segala pangkat kat situ berebut-rebut amik. Dan jelas kelihatan dibakul mereka berbukit-bukit barangan dibeli.

Cuma bila saya berada disitu, saya jadi TAKUT membeli. Siyes! Saya pernah join Jcard Day Sale tapi kerakusan peminat SOGO betul2 menyedarkan saya. "Belanja kena berpada-pada". Duit kalau bawa beriban pun boleh habis sekelip-mata, angkara panahan perkataan "SALE" dan "Harga Runtuh".

Logiknya bila berada di kawasan sesak disini, janganlah bawa anak. Sib baik saya bawa Afiq anak saya yang paling tak banyak karenah dan ragam. Sebab saya peratikan bila bawa anak kecil cam baby takpun anak2 yang lasak, memang keruan dan kecamuk mak-bapak nak belanja. Tempat sesak budak memang cepat rimas. Ada gak makcik yang berkerusi roda datang shopping dan SOGO takde fasiliti terbaek untuk mereka2 yang OKU. Saya memang kesian sebab mereka akan terkandas/tersepit di lorong2 yang sempit (antara tempat2 barangan jualan) dan ramai sangat pelanggan kat situ yang TAK KESAH!
Specialnya bila berbelanja hari ini, setiap perbelanjaan RM100 boleh tukar dengan voucher RM10. Cam Jusco gaklah. Kaunter memang tak sebanyak cam Jusco, itu tak kisah lagi. Tapi lembabnya lah. Beratur tak panjang tapi still kena tunggu lama. Bila saya peratikan kenapa perlu lama beratur, sebab pekerja Sogo yang bertugas kena kira banyak resit untuk setiap pelanggan. Contohnya abang yang beratur di depan saya. Dia punya sahaja ada 15 resit jumlah barangan dibeli dah dekat seribu. Tengah syok pekerja Sogo tu mengira tiba2 datang seorang kakak ni berlari2 kat abang ni sambil tercunggap2 pass kat laki die segerombolan resit "Abang, saya punya RM857". Tup2 jumlahkan lagi RM30 nak cukul RM1900. Laki die suh bini die gi rembat apa patut kat level 7 tu dah alang2 leh dapat RM190 voucher. See, ni cara orang berduit belanja walaupun saya tahu die guna kad kredit Maybank. Hik hik.

Saya memang bawa RM300 jer. Lepas dah pilih duk tepi susun2 ikut kepunyaan anak yang mana. Lepas tu belek2 lagi tag harga sambil mulut dan memori tu duk bekira2. Takut beb kalau lebih RM300! Saya mana ada kad kredit, malu nanti ngan kak Cashier :pTapi saya perasan satu baju Ben 1o seperti diatas. Baju ni saya beli lama dah rasanya dalam bulan 5 di Parkson Grand. ni antara rekaan terbaru Ben 10. Masa saya beli masa tu harga die memang RM44.90. Ni harga tetap takde diskaun atau special price. Tapi semalam masa saya lihat baju yang sama ni kat Sogo, tag harga yang tertulis kat situ RM116. Alih2 die tampal harga baru lepas didiskaun RM44.90. Hahahaha. Wehhhhh. Mark-up lagi harga lepas tu kasi diskaun meh. So uols be careful jangan tertipu. Saya tahu sebab saya dah beli baju ni dulu :p
Saya beli memang pada harga terbaeklah bagi saya. Seluar jeans untuk anak-anak yang brand Antioni, Snails, Miki dan Bum semua dalam RM 20+ lebey. Murahkan? Paling cantek seluar jeans untuk Anaqi brand BUM yang harga RM29.00, susah nak dapat even SALE kat Jusco untuk harga camni pun banyaknya seluar slack. T-shirt kain2 yang selesa dan brand terpilih semuanya berbelas-belas ajer. Cuma saya ada amik jenama Lady Bird (yang sangat jarang cuma brand di mana-mana). T-shirt Afiq ni saja yang mencecah RM20. Yang lain semuanya bawah RM17. Banyak ke saya beli? Banyak jugaklah. Berhelai2 baju dan seluar jeans untuk Anaqi dan Akid. Saya cuma beli sehelai blouse cantek untuk Yana. Dan Amani takde langsung sebab dia dah ada 6 helai gaun baru yang saya beli dimana-mana tempat yang ada SALE sebelum ini, hahaha.Since kereta parking kat bangunan sebelah Sogo, sempat gak saya singgah kedai REJECT SHOP dan saya beli semua t-shirt di atas RM38 jer. Setiap helai t-shirt harga tak sampai RM10 pun lepas didiskaunkan. Murahkan? Ni semua t-shirt Afiq sebab die yang pilih.

Saya dapat redeem RM20. So boleh agaklah berapa ratus saya berbelanja di Sogo!
Apapun walaupun nak RAYA, berbelanja kena berpada-pada. Biarlah bersederhana ikut keperluan dan keselesaan duit yang ada. Jangan sampai ikat perut dan sakit kepala lepas raya udahler.

Sale untuk member sampai hari ni (Sabtu-30 Julai 2011). So kalau nak gi terjah ada masa lagi ni :). Lepas shopping saya ke Medan Mara sebab saya ada voucher makan free disitu, siap order bungkus lagi, suke suke. Entri next, next, next posting ya!

Selamat menyambut berpose uols!

Thursday, July 28, 2011

Saya BZ Tapi Nak Hapdet Jugak Pasal Hadiah :)

Lately ni banyak benda nak kena settle. Memandangkan bulan depan dah nak pose, saya perabihkan kerja-kerja mana yang tersangkut. Agar di bulan Ramadhan saya mempunyai banyak masa mencari lebih pahala, paling tak sabar nak bertadarus dengan rakan setugas dan juga terawih!

Minggu ni My Hubby dan Afiq sakit. Keruan sangat hidup, tapi Encik Hubby tu sentiasa positif jer hidupnya. Sakit-sakit pun still nak keje jugak, huh. Oklah nak hapdet cerita hadiah dan souvenir yang saya dapat dari minggu lepas.Hadiah atas nama Yana dari Nickelodeon :)
Pen Stabillo 6 batang, yeay! Rasanya kawan2 fesbuk ramai yang redeem jugak. Sukalah pen ni, selesa sangat bila menulis.
Hadiah saguhati untuk Yana dan Anaqi dari majalah Tunas Harapan (foc). Both dapat set puzzle, set ensiklopedia dan sijil penyertaan. Contest sempenea "Hari Bumi".
My hubby menang cash RM300 dari contest Drypers Carefour. Yang lawaknya masa saya beli, promoter sibuk suh masuk contest. Sayapun bersungguhla isi dan lukis2. Alih2 tengok tarikh akhir 2 minggu yang lepas. Hampeh! Tapi pejam mata hantar jer, menang gak hadiah saguhati, hik hik.
Hadiah GA dari Zeti :) Bekas comey IKEA.
Shawl yang cantek, menang dari GA littlemummy a.k.a ROS. Suke sebab jarang join, sekali bila join nama terkena lak lucky draw.
Saya suke sangat buku cerita ini dari Majalah Princess. Sebab Yana memang hantu baca buku cerita kanak-kanak. Dapat pulak yang tebal memang berbaloi!
Harry Potter tempat ke-3 dari Majalah Cosmpolitan. 8 open tix beb janji movie under FOX, wohoo.
Hadiah Saguhati contest anjuran Softlan sempena Hari Ibu. Dapat voucher KFC dan GSC. Grats tu Sha a.k.a Chopperman menang GP ~ best gila percutian ke Gold Coast ditaja :)
Contest dari Berita Harian dengan kerjasama Syarikat Sharifah. Menang tempat ke-3, dapatlah segala isi rempah ratus masakan segera bernilai RM150 + voucher makan RM30. Suke mak noks. Nak bulan pose, agak2 penat panaskan jer pek-pek masakan diatas. "Mudah, Sedap Dan Jimat sebab Free" Hahaha..

Ok gtg, ada kelassssssssssssssssssssssss, chaiyok deh!!

Wednesday, July 27, 2011

Practice Makes You Perfect!

Memandangkan kain-kain pasang dah murah sekarang ni.
Tapi bila hantar tempahupahnya saja 2-3 kali ganda dari harga baju, saya pun bercita-cita nak belajar jahit baju. Sebagai motivasi Encik Hubby hadiahkan saya mesin jahit ala-ala jenama Singer (hahaha) yang dibeli 10 hengget jer dari Jualan Penghabisan Stok di Carefour Subang Jaya. Dengan alasan kalau jahanam mesin ini tidaklah rasa keRUGIan besar sangat, adeh!
Saya akan mulakan menjahit sepentot2 anak saya yang sudak koyak, kain sekolah Yana yang koyak dan berangan membuat gaun barbie sehelai untuk Yana. Inpirasi menjahit datangnya dari Yati Sawanila yang serba-serbi terror~ menjahit dan memasak. Jeles, jeles dan jeles.
Doakan saya berjaya menjahit dengan jayanya, jangan hanya berangan "hangat tahi ayam sahaja"~la la la

Tuesday, July 26, 2011

Hi-Tea Bersama Sheila Majid :)

Tarikh: 24 julai 2011
Masa: 2.45pm-5.30pm
Lokasi: Restoran Rebung, Bangsar
Saya dapat "special invitation" dari Jerneh facebook fans untuk menghadiri Hi-tea bersama Sheila Majid pada hari Ahad yang lepas. Walaupun saya tidak menang apa2 hadiah dari peraduan yang telah diadakan tapi peluang untuk bertemu secara rapat dengan Dato' Sheila tidak akan saya lepaskan :) Sebab saya memang meminati Sheila Majid!
Hadiah untuk para pemenang. Kalau tak silap ada 3-4 orang pemenang dari Indonesia (tapi dowang tak dapat datang)
Sheila Majid sampai dalam pukul 3.30 petang.
Dan beliau bukan datang seorang bahkan satu famili hadir sama. Kecuali anak lelaki Sheila Majid iaitu Megat tak nampak pulak saya kelibat beliau. Anak perempuan paling besar (hasil perkahwinan beliau dengan Roslan) dah besar panjang~yang pakai handbag pink peach. Cantek pulak tu, muka asia abis :)
Awet mudakan Dato' Sheila Majid ni kan? First time saya jumpa secara dekat ngan Dato' Sheila Majid dan memang saya sangat respek dengan beliau~ peramah dan jenis "down to earth person". Nak tanya apa saja, borak-borak ngan beliau rasa cam dah kenal lama.
Dato' Sheila Majid ngan best friend a.k.a rakan kongsi, Dr Zaharah. Ekceli Dr. Zaharah ni mula2 cam Doktor peribadi beliau dan akhirnya jadi rapat. Siap pergi haji sama2 lagik :)
Saya duk kat meja ni. Tapi time makan saya cabut ke meja jauh sikit ngan Sheila tapi dekat dengan makanan, hahahaha. Dapat geng ngan Shirley yang sekepala, asyik2 die amikkan saya makanan. Marathon makan walaupun ianya hi-tea, hik hik (lapar deh baru balik dari treasure hunt)
Ada gambar 7 keping ngan Sheila Majid. Tapi banyak yang blur2 camni. Adoihai. Kamera murah nak buat camne. Bilalah boleh menang DLSR, fuhhhhhh.
Saya yang nampak gemoks dan Sheila yang comel. Abaikan muka yang berminyak, takdenya nak touch up. Tukar baju pun dalam toilet di Restoran Rebung, hik hik.
Dalam paper bag ada sample2 barangan Jerneh dan t-shirt yang bertanda-tangan Dato' Sheila Majid khas buat Dedet yang sememangnya meminati Dato' sejak tingkatan satu lagik!

Saya balik dalam kul 4.30 petang. Terima kasih team Jerneh kerana sudi menjemput saya :)