Silalah layan gambo2 hadiah saya yang blur2, hasil tangkapan menggunakan hengpung yang tak seberapa. Walaupun hadiah dimenangi tidaklah sedasyat Mira, Suzz dan Ezz. Tapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada gak rezeki yang masuk :)

Hamper nilaian RM150 menang dari MyNewsHub. My hubby yang menang :) Anyway, ni first time kemenangan beliau atas usaha sendirik, hik hik.

Hadiah dari contest Drypers Menjamu Selera 2011, yang herannya saya hantar lagi 2 hari jer due date (terperasan form ni kat Econsave). Alih2 dapat surat menyatakan saya pemenang terawal dapat voucher KFC 20 hengget. Heran tul, huhu.

Hari yang sama saya dapat surat dari contest yang sama menang hadiah saguhati so dapat voucher KFC 50 hengget. Ok tak? heheheh hantar satu penyertaan dapat makan nilaian 70 hengget semuanya.
Lagi satu hadiah dari KFC, chicky buddy contest nama Akid naik lagi. Kali ni menang 2 set chicky meal. Gambar surat tak sempat amik sempat dah gi redeem, lorat no!

Beg sandang Adidas, kecik jer. Saya hantar 1 gak. Rezeki nak kena. Mungkin minggu tu tak ramai lagi yang join kot!

Souvenir dari British Council atas nama Yana... Contest apa tak tahulah pulak tapi dengan kerjasama UTUSAN MALAYSIA.

Puzzle CARS 2 yang sangat cuns. Nama Yana menang dari Superkidz.

Key Chain 'Captain America', menang atas nama Akid dari Superkidz.

Figurine Transformers, dari Superkidz. Nama Akid lagik naik, huhu.

Notebook Pirates Of Carribean (latest) yang sangat smart, menang atas nama Yana.
Nama Anaqi dan Afiq langsung tak naik, haiya! hahahaha

Hadiah Saguhati~Hamper Scotch Brite (RM100) sempena Mother's Day.
Tu jer hadiah2 saya..syukran :)
Usaha gigih lagik wokeh :p
Ikhlas Si Tongga,