Monday, October 31, 2011

DUGRO CHEF CILIK AUDITION

Hik Hik Hik
Saya pergi audition seperti diatas :p
Punyalah gigih pagi2 masak (sajian khas untuk kanak-kanak) khas untuk dibawa pergi audition. Lepas tu kalut saya dan Yana tak ada gambar ukuran passport, My Kid Yana pun tak fotokopi lagi. Dalam kul 10.30 pagi pergi membuat urusan gambar dan fotokopi, kul 11 pagi baru sampai di tempat audition "Hotel Royal Bintang" dekat The Curve.
Kebetulan masa saya sampai tak ramai lagi. Saya peserta yang ke 7. Tapi muka kanak2 yang hadir sangat familiar di kaca TV Astro. Apatah lagi datang bersama mak masing2 yang begitu gorjes. Saya lak, sempoi ajor!
Cam nombor James Bond :p Masa Master Blogger Chef saya dapat meja no. 7. Kebetulan la pulak. Lama juga menunggu walaupun di depan saya hanya 2 orang peserta yang belum masuk diuji.

Tiba giliran nama saya dan Yana dipanggil, berdebar jer rasa. Kami dibawa ke satu bilik lagi. Di dalamnya penuh dengan kamera. Dan judges mak aih, ada 8 orang kot. Saya perasan ada Chef Mulok (ketua juri), wakil Dumex dan Astro. Host untuk rancangan ni nanti ialah Vanidah Imran, tapi untuk hari audition tu host die "pengarah produksi" itu sendiri.

So banyak gak dia tanya Yana soalan. Saja nak tahu Yana jenis mesra kamera ke tak. Dan Yana sangat "BAGUS". Saya memperkenalkan hidangan saya "Pancake + Cheesy + mix vege + hot dog + scramble egg"... Nama resepi ni "Pancake Dumex Nutrisi Lengkap". Hahahahahah... Sib baik juri tak tanya apa nama resepi. Tapi yang kelakar nya Pancake saya warna maroon sebab saya guna susu Dumex perisa Strawberry (susu ehsan dari Kak Yah, kasi saya 2 pek besaq wooo). Tapi Chef Mulok kata "Shodappp"... Suke suke suke

Lepas tu lak dalam masa 4 minit saya dan Yana kena sediakan satu hidangkan berdasarkan bahan2 yang disediakan di atas meja. Kat sini juri nak tengok kolaborasi (betul ke ejaan ni?) antara ibu dan anak-anak. Saya buat "sandwich tuna sesuke hatiku"... Hik hik...
See Yana, ada gaya Chef tak?
Me and my partner.
Saya buat 8 keping pancake tapi lupa nak asingkan. Masa nak siapkan hidangan untuk dibawa, tinggal dua keping yang hangit ni jer, yg elok semua dah di makan. Hahaha, sadis :(

Apapun first time gi audition bersama anak, rasa FUN gak. Kalau ada rezeki maka minggu2 seterusnya saya BZ lak dengan shooting. Nanti muka pun masuk Astro RIA (104). Ceh, berangan lah oi oi...

Sup Kambing Khas Buat Bonda :)

Gigih mencari daging kambing HALAL kat area PJ. Tapi akhirnya jumpa juga dengan penjual muslim. Mak saya ler nak makan sup daging kambing. Tapi sedap buat guna tulang kambing berbanding daging. Guna rempah sup dari Penang. Pehhh kaw kaw rasa pedas rempah:) Masak 30 minit jer dengan pressure cooker. Masa masak ni tengah kalut nak gi tengok movie ngan anak-anak, so asal boleh jer campak-campak.
Satu bekas penuh diisi buat mak. Dan alhamdulillah mak begitu sukakannya. So, boleh buat lagi nampak gayanya, sebab sangat sedap "cicah dengan roti" ~ anak2 saya begitu SUKAkannya.

Uolls suka makan sup kambing? Heheh, ada owang tak suke sebab takut sakit kepala, darah tinggi! Tapi nak masak kambing agak leceh sebab kena cuci ngan tepung segalanya, bagi kurangkan hamis. Ni first time saya buat sup, selalu bakaq jer :)

"My Happiest Moment"

Happy :)
Happy :)
Happy :)
B.A.H.A.G.I.A
TARIKH : 16 September 2011

Saat melihat adik bongsu melangkah ke hari bahagia,
Meninggalkan zaman solonya dengan penuh ceria,
Membina mahligai bersama kasih yang tercinta,
Berikrar sehidup semati selagi hayat masih ada.

Selama kita membesar bersama,
Tidak lekang dari gaduh-gaduh manja,
Terlalu banyak memori suka dan duka,
Moga dapat terus dikongsi sampai bila-bila.

Melihat adik tersenyum gembira,
Ibarat pelangi di sebalik suria,
Berhias cantik tampil jelita,
Jelas sungguh adikku sememangnya bahagia.

Akanku simpan potretmu di hari istimewa,
Buat kenangan di hari tua,
Memori indah kan utuh selamanya,
Tidakkan lenyap di makan usia.
"We L.O.V.E U, adik!"
xoxo

*******************************************************************

Ya Aww Ya Aww....
Olympus dengan kerjasama Nuffnang menganjurkan My Happy Moments dan Happy Photography Contest. Boleh rujuk link INI! Memberi peluang secara langsung blogger-blogger dibawah bumbung nuffnang berkongsi saat manis yang tidap dapat dilupakan. Dan pastinya "BLOGGER" mempunyai banyak cerita melalui wajah-wajah yang dirakamkan dari lensa peribadi masing-masing :)

Sedikit info mengenai kamera Generasi ke-3 yang kacak dan bergaya ~ Encik Olympus PEN Lite E-PL3 dan Encik Olympus PEN mini E-PM1!
Inilah PEN Lite, antara koleksi PEN Series paling digemari . Kualiti gambar cantik seperti dari gambar kamera DSLR. Yang paling besh kamera PEN Series ini adalah yang pertama didatangkan dengan 3.0-inch flip-out widescreen LCD monitor jadi sangat mudah untuk mengambil gambar dari sudut manapun. Anda boleh jadi lebih kreatif dalam bergambar!
Jangan tak percaya kamera PEN mini hanyalah seberat 217 gram sahaja, wow! 4 jenis warna boleh dipilih ~ brown, white, silver and black . Sangat comel namun mampu menghasilkan gambar yang berkualiti "superb". Dan sangat sesuai pada mereka yang sentiasa "on-the go", tak perlu pening kepala kerana gadget yang slim dan ringgan sudah ada bersama :) ~ Seperti sebatang pen yang sangat mudah di bawah ke mana-mana!

Sangat gorjes kan?!
Ok uolss nak tahu lebih lanjut mengenai contest ini silalah klik "MY HAPPIEST MOMENT!"

Saturday, October 29, 2011

G.E.L.O.N.G.S.O.R

Testing shoot guna "sport" function. Kena snap banyak kali baru nampak sequence shoots.






Happy weekend uolls... Nak gi audition jap :)

Jangan Bersedih :(

Jangan bersedih, kerana kesedihan hanya akan membuat air yang segar terasa pahit dan bunga mawar yang indah seperti sebongkok labu, taman yang rimbun seperti gurun pasir yang gersang dan kehidupan dunia menjadi penjara.

Bila tidak temui apa yang di cari.

Jangan bersedih

Perbaiki cara mencari, ada silapnya dan jangan lupa teruskan mencari.

source: FB :)

Friday, October 28, 2011

Makan Kat Pizza Milano-Permintaan Dari Anaqi Yang Demam

Kisah hari Isnin yang lepas (lama tuh baru nak hapdet citer ni). Anaqi demam cam tonsil bengkak sikit. So die tak lalu nak makan apa pung. Offer Mc D, KFC, ayam golek 5 bintang semuanya tak nak. Last2 dia ajak saya makan spaghetti kat Pizza Milano. Ni kes terpengaruh dengan posting Nana lah ni. Tambahan pulan kawan baek kat opis Kak Rose pun kaki Pizza Milano. Pujian melangit setiap kali die makan kat Milano OU, saya pun terpengaruh ler (hahaha, alasan terpengaruh jer ya sedangkan nafsu makan tu besaq bukan main).
Cantekkkkkk dekorasi kat sini, sangat simple dan selesa :)
Jangan salahkan tukang amik gambar, heheh. Guna hengpung buatan China camnilah hasilnya. tak seLAWA mana. Tapi ni Fettucini Cabonara yang kabooom rasanya. Sedap sampai rasa nak jilat2 itu pinggan. Dahlah selambak kuah, lepas tu ada perasa ginger kat tengah. Harga dalam 8 hengget kot.
Yang ni menu lebih kurang di atas cuma die versi "seafood". Sotong dipotong bulat besaq2, ada udang gak. Anaqi yang sakit tekak tu makan licin. Jadi sihat lepas makan shodap ya Anaqi. Serupalah kita.
Ice blended Mocha my feveret . Anaqi order Ice Lemon Tea, tak mahal sangat harga dier dalam RM2.50 ajo. Udah2 ler citer makan2, apapun memang rekomenlah saper yang suka makan pasta2 sebab kat sini sedap, murah dan cepat (4 minit semuanya dah siap). Tang pizza tak pernah try lagik so takleh komen apa2.

Uolls selalu makan pasta kat mana selain yang masak sendirik? Share2 ler sebab saya dan anak2 kaki pasta.

Breakfast Mewah di "Subway"

Citer sadis pagi ni, disusuli dengan tekak sakit, kepala pening gara2 main hujan petang semalam. Bila kena hujan syok, sejuk2 lari2 romantik. Tapi bila dah malam pehh satu badan menggigil. Dengan alasan kukuh inilah (ditujukan buat Dedet), saya terpaksa mencari makanan yang ada rasa nafsu ke atasnya. Hahahahah.

Saya merupakan customer pertama di Subway pagi ni. Mula2 ingat nak makan yang ada inti meatball, tapi adik Subway cam suh jugak saya pekena breakfast set Subway sebab dapat air coffee free... Dan saya pilih "White Coffee".
See... 3 cookies yang begitu shodap... Satu harga RM1.5o tapi kalau beli 3, harga jadi 4 hengget!
Dengan scramble egg + chicken + sayuran yang banyak betoi, sos 4 jenis, total ke semua RM6.90. Kenyang betul boleh tahan sampai ke petang rasanya. Mewah dari segi kuantiti ;p

p/s: Lepas makan terus kebah dari demam, hahahahahah.

Thursday, October 27, 2011

Berfoto Poyo | Taman Tasik Perdana

Kebetulan cuti Deepavali takde open house kat PWTC (hik hik), bersungguhlah saya ajak Dedet ke Sogo sebab nak gunakan voucher RM20 yang dah nak expired!. Dedet tunggu kat luar dalam keta ngan anak2 dan saya lak masuk Sogo capai apa yang patut terus bayar dan keluar. First time dalam sejarah shopping kat Sogo tak sampai 10 minit, hahahaha. Lepas tu terus singgah kat Taman Tasik Perdana untuk sesi meng'test' DSLR (jakun lagi nih). See cameraman berbaju hijau diatas, bersungguh suh model tak berbayar membuat aksi.
Memang best try beberapa jenis shoot. Tapi siyes lah saya memang excited bila dapat DSLR tapi hurung ke hulu hilir, idakler :) Lebih suke dengan kamera kecik gamaknya.

See beberapa keping dari beratus gambar yang diambil. Foto2 yang diambil takleh lawan lagi dengan Nana nyer pic. Gambar Deah amik tu lagi cuns2 :) Nak kena berguru ngan Deah ni, hik hik
Akid yang excited!Amani yang eksen!
Me and the kids.....

Best jugak jalan2 sambil bergambar. My Hubby memang minat amik gambar sebab tu sejak dari sekolah menengah sampai ke zaman universiti begitu setia sebagai "Ahli Kelab Fotografi Yang Dedikasi".

p/s: Bilalah dapat berPS di negara2 yang ada 3-4 musim, hmmmm...

Real Steel | Giler Real Best!

Saya ada 4 tix TGV (open tix). Expired akhir bulan depan. Tapi memandangkan saya dah terExpiredkan 8 tix sebelum ni so kali ni saya tak nak peristiwa itu berulang kembali (cecece, serius cam masalah negara).
Atas permintaan Anaqi (ntah mana die tahu pasal Real Steel ni), saya pun bersemangatlah membawa anak2 ke TGV yang jauh-nyerlah dari lokasi umah saya. Dulu TGV kat OU ada tapi sejak renovation tak bukak2 sampai lah ke hari ni. Saya ada 2 pilihan samada Sunway Piramid ataupun Jusco Kepong. Dan akhirnya Kepong menjadi pilihan (memandangkan saya nak antar sup kambing, masakan khas buat mak yang mengidam~kiranya otw lepas singgah TTDI straight terus ke Kepong).

Sampai kat Jusco Kepong, punyalah urut dada nak carik TGV. Ke hulur-hilir ngan lima anak2. Heran betul lah takde papan tanda menunjukkan macam mana nak ke lokasi TGV. Yang pasti TGV terletak di tingkat 4.

Sampai2 kat TGV, takde owang pun. Punyalah damainya panggung. Nak tukarlah tix FOC tapi ghupe2nya Real Steel belum dikategorikan dalam *free marked list movie (apasal saya cam perasan kat web TGV die macam dah bubuh ** kat situ). Tapi mungkin udah rezeki anak2 yang begitu beria "behave" sebab nak tengok Real Steel. Adik kat kaunter pun bagi lah tukar. Tak banyak cekadak pung, I like :).

Tu baru Intro... ni nak story sikit "Apa yang best sangat ngan movie ni!"

1. Citer Real Steel ni dikategorikan PG13 maknanya parental guided kalau nak bawak kanak2 bawah 13 tahun. Sebab dia ada aksi "sederhana ganaz". Masa part robot tu gaduh, best giler terutama masa perlawanan antara Zeus (robot jahat yang tak hensem) dengan ATOM. Masa tengok robot2 ni bertinju. Saya siap melompat2 ngan Amani, hik hik . Mak ober masa tu yerk! Sib baik saya duk belakang. Kalau duk kat depan dah lama kena baling ngan "pop-corn". Satu part kissing2... tapi lama die kiss (35 saat!). So masa ni mak bapak kena pastikan anak2 tutup mata ya :)

2. Sebagai seorang jiwa-nya seni (hahaha). Saya tidak nampak tajuk "Real Steel" ni dikaitkan dengan robot si ATOM semata2. "Steel" kekuatan besi sebenar :) Tidak dinafikan dalam hidup kita begitu banyak segala cabaran dan dugaan. Sejauhmana kita berani BERJUANG dan BERTAHAN . Cerita ini mengisahkan Charlie (Hugh Jackman) bekas ahli tinju terkenal satu masa dulu. Mempunyai masalah terutama kewangan dan die sendiri tak tahu "arah tujuan hidupnya". Karektor Charlie nampak die mempunyai keazaman tapi tidak mempunyai keyakinan. Sampailah die kena jaga anak die "Max" (Dakota Goyo ~ lakonan die sangat beshh hokeh!).
"Dakota Goyo ~ Chumel :)

Max ni lah yang banyak mempengaruhi kehidupan Charlie. Hidup supaya ada matlamat, keyakinan, keberanian dan semua yang sewaktu dengannya. Part yang saya suke masa Max ni gigih menggali robot terbuang di curam seorang diri. Dan juga part sedey masa die tengok ayah dier "Charlie" kena belasah + masa Charlie hantar balik Max ke mak cik Debra dengan harapan agar anak dier Max ni akan dapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna, sadis!

3. Kisah pertarungan ROBOT . Dalam filem ni kita akan lihat banyak robot2 yang ghupe ganas seperti "Zeus", "Twin Cities" (ni ghupe cam robot cacat jor, hahaha), "Noisy Boy", "Midas" dan banyak lagi. Tapi ke semua robot menggunakan teknologi canggih, remote control yang cuns tapi tidak untuk ATOM (robot saiznya agak kecil dan pembuatannya bukanlah dari teknologi terkini). Atom ni dilatih mengikut arahan di telinga dan juga bayangan mata. Sangat chumel masa ATOM ni menari dengan MAX. Tapi part menari ada 3-4 scenes ajer. I need more hokeh!, Ober lagi deh :p
Dan ATOM diajar bertinju, tidak seperti robot2 yang lain yang dikawal sepenuhnya mengikut apa yang diprogramkan dalam komputer.
4. Memang standard movie, citer mesti berakhir dengan "Happy Ending". Dalam Real Steel part last ATOM ni tak bergelar juara pun tapi ZEUS. Itupun sebab pemilik ZEUS dah sogokkan duit kat pengadil (tak nampak lah die kasi duit tapi nampak die berbisik2..heheh ssesuke ati jer saya konklusi die sogokkan duit ya, hik hik). Tapi kekalahan atas nama pertarungan berbayarlah. Boleh nampak macamana kepuasan Charlie dengan pertarungan ATOM. Bertahan2 bertubi2 dan akhir sekali menyerang. Dan paling besh satu stadium tu semua bersorak ATOM ~ Juara Di Hati Peminat!

5. Kesimpulannya, pergi lah tengok movie ni. Rating saya 9/10 :) Cerita yang bukan hanya sekadar memaparkan aksi dan konflik tetapi sarat dengan kisah kekeluargaan terutama hubungan ayah dan anak. Ada part saya menangis (bukan beria tiba2 jer air mata menitik, huhu), gelak (2-3 rakaat jer) dan banyak part saya senyum kambing sowang2.
Penutup entri, silalah layan gambar2 anaknda yang begitu excited nak menonton tanpa Dedet mereka ya!Real Steel, memang Real Hebat!

p/s: Lewat tido malam ni sebab terLAYAN blog Abby Abadi... Dari mula citer sampai lah ke last posting. Sebagai orang pomfuan saya memahami apa yang Abby lalui. Satu yang saya perasan Abby ni jujur dalam menulis. Titik.

Wednesday, October 26, 2011

Goreng Tempe | Alwizz Be My Feveret Masakan :p

Nama resepi sesuke hatiku:
Cik Anon Tempe Goreng Kicap Yang Besh Sekali!
(fuuhhh panjang nyer nama resepi!)

Sedap woo..makan panas2. Saya kekadang meratah gitew2 ajer. My Hubby mula2 dulu tak layan pun ngan tempe ni. Sebab ore kelate mana biasa sangat ngan "tempe". Tapi dapat bini yang universal masakan dier, so telan gaklah tempe ni, huhu. Tempe ni memang bagus sebab die diperbuat dari kacang soya (ceh cam orang lain tak tahu lak ya tak!). Dan menurut kajian yang direka2 oleh saper ntah.."Makan tempe hari2 kulit wajah anda akan licin seperti Khir Toyo"...

Apakah....benar?
Apsal muka saya tak licin, menggurutu jer ni :p