Posts

Showing posts from 2012

Seronoknya Anakanda Saya Bercuti di Morib!

Image
Jumaat lepas saya paksa Dedet amik cuti Jumaat dan Sabtu. Sebab saya ada kursus kat Morib dan saya nak bawa anak2 sekali. Ini memandangkan cuti sekolah nak berakhir so saya nak juga lihat anak saya berlibur di satu tempat yang istimewa (walaupun hakikatnya awal2 cuti dah sakan gembira kat sabah, ngeeeeeeee).
Sebenarnya saya beria nak bawa anak saya ikut sekali berkursus sebab nak bagi mereka peluang berlenjan dalam kolam mandi. Dan Dedet merangkap body guard dowang bersempena dengan diri saya yang begitu efisien mengikuti segala aktiviti yang disediakan oleh penganjur program.
Pandai Dedet dan anak2 bawa dirik sepanjang saya sibuk berkursus. Siap pergi jalan2 tepi pantai. Skodeng ikan2 bakar tapi katanya tak banyak mana. Dan Pantai Morib katanya takdelah indah sangat kalau dibandingkan pantai lain yang pernah kami pergi.  Muat 2 kanak-kanak ribena ni duk dalam "shell"... Comey jer tengok aksi mereka ini... Kalau Anaqi memang confirm tak muat apatah lagi Dedet, hahahahahhaha…

Fenomena Beto Khusyairi!

Image
Saper kenal Beto????? Saya baru jer kenal Beto, siyesssssssss even sebenarnya banyak drama dan filem beliau saya tonton. Tapi yang buat saya benar2 nak kenal beliau lebih dekat lepas menonton DVD Filem Istanbul Akan Datang. Beliau pegang watak Harris. Lepas tu gigihlah meng-gugel, pamos amos rupanya si Beto ni. Cuma die takdelah sehangat Aaron Ajis, hehehehe.
Apa menyebabkan Beto ni ramai peminat bukan disebabkan rupa paras die sangat. Tapi rata-rata peminat beliau sangat suka gaya/personalitinya ketika melakonkan sesebuah watak. Sangat bersahaja hokeh. Bak kata owang putih "Cool" :) Beto ni sebenarnya banyak berlakon drama dan telefilem. Selalu juga jadi stuntman dan orang belakang tabir. Kalau baca kisah dier bermula berlakon ala2 kita dengar citer Rosyam Nor masa mula bertapak dalam dunia seni. Saya juga tak sangka Beto ni yang pegang watak sebagai Ustaz Wahid dalam filem Nur Kasih the movie, yang mana dialog dier berbunyi macam ni :-
Ustaz Wahid a.k.a Beto: "Sepatut…

Pilih Kasih

Image
Saya try minum air Detox Kinohimitsu (plum). Sedap jugak :) Hari Sabtu lepas... Tapi yang herannya saya mengalami kesan (selepas minum) yang amat dasyattttt. Kesan bukannya pipi lebih anjal ataupun badan lebih montok. Tapi kesan lain yang melibatkan saya seakan2 serik nak menghabiskan 6 botol lagi kat umah. Serious tak tipu setiap hari saya perlu ke tandas lebih dari 6 kali. Semput mak. Pantang makan jer mesti nak kena pergi tandas. Perut bukan sahaja tak selesa rasanya badan pun banyak angin. Tiba-tiba terpikir entah2 Kinohimitsu ni bukannya air plum tapi acai beri... adoihai. Paling bagus, saya redho jer dengan keadaan saya dengan tidak berjumpa dengan doktor. Dalam hati berbunyik penangan nak kurus agaknya _( oo )_muntah ijou, hahahhaha Minggu ni adalah minggu terakhir saya mengajar untuk semester 2. Berpulun menyiapkan kertas soalan exam dan carry marks. Bentuk meja still sama tapi atas meja, hanya mereka yang benar2 memahami dengan situasi jer yang mengerti ---> perhhh ayat

O…

Comeynya Bila Bertudung

Image
My Amani lately ni, die memang teruja nak bertudung. Perasan comey hahahaha. Sikit2 sauk tudung saya dan bergaya kat depan cermin. Lepas tu sibuk membebel "Allah, comeynya Amani ni" (cakap dengan pelat). See memang kuat perah santan Amani ni. Hahahhahaha. Ni akibat terpengaruh kata-kata pujian Dedet dier. Kalau saya selalu lebih kepada memberi kata-kata yang tidak membina "Amani Busyukk", "Amani Comotttt". Dan biasanya akan berakhir dengan pergaduhan perang mulut saya dengan Amani :p
Amani sekarang usia dier 2 tahun. Orang kata tengah perangai "comey-comey". Banyak dah perkataan dier tahu walaupun pelat tapi still boleh tangkap lagi apa yang dikata. Jenis yang sangat demanding sangat bila berpakaian. Kalau dulu OK jer pakai gaun tapi sejak akhir2 ni, nak pakai t-shirt ngan seluar panjang. Skirt memang tak nak apatah lagi skirt pendek. Habis baju2 gaun dier disarungkan kepada teddy bear kat umah.
Botol susu pun dah kurang nak. Kalau nak kena bua…

Menang Set Meja, Malangnya Pecah Dapat Extra Hadiah!

Image
Saya dapat panggilan menang hadiah hari Rabu lepas (kalau tak silap) dari PIC Majalah Impiana Karangkraf. Katanya saya pemenang utama dalam peraduan yang dianjurkan. Hadiah set meja nilaian RM6K! Pehhh telan air liuq dalam2... Masa dapat panggilan tu saya sakit kepala dan badan macam rasa dedah2 nak demam... Dengar jer hadiah RM6K terus sihat waalfiat ---- Hahahahah
Saya ada berkicau2 ngan Dedet, "Bila-bila free, amiklah hadiah meja makan tu, last day kena amik 31hb tau!" Dedet cam biasa buat muka toye seposen dier... Tiba2 pagi ni Dedet call ketika saya berperang dengan Amani ~ Kesnya Amani tak nak gi sekolah sebab kuku kaki die panjang. Hangin betul sebab kuku kaki pun boleh jadi isu tak nak gi sekolah... Erkk panjang pulak bebelan yang tak bermanfaat ni...
Dedet kata die nak gi amik pagi ni so terus saya call PIC. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Hubby pergi dengan lori 3 tan. Gigih mengangkat meja dengan kawan opis dier... Hmmm pendek citer ntah macam mana angkat t…

Meluat Dengan Diri Sendirik!

Image
Susah sebenarnya nak jadi perempuan sempurna. Serba-serbi ada jer yang tak kena. Terutama bila bergelut dengan masa. Selalu tertanya-tanya "bilalah dapat berehat2 dan bermanja2 di spa". Penat rasanya. Tapi biasanya mengeluh tak lama, datangnya khabar gembira. Hati kembali berbunga. Kejap jer...
Sat sat lagi lepas setel perkara opis. Sampai rumah kena bekerja balik ~ masak dan tengok anak. Mujur sekarang ni kerja2 menjemur baju anak dara saya si Yana tu boleh diharapkan :) Kain memang menimbun, takde nafsu nak melipat. Lebih rela berbaring diatas kain menimbun sambil melayan cerita di TV. Beza giler dengan perangai saya dulu. Yang agak pantang tengok kain, cepat2 melipat dan simpan dalam almari. 
Perkembangan badan pun naik dengan jayanya. Huhu konsisten naik berat badan. Saya sedar tentang itu tapi selera makan tetap laju. Alololo...setiap kali lepas menghadam makanan sepuas-puas mula rasa menyesal "bakpelah makan banyak sangat"..Takpun tengahari tak nak makan nas…

Seronoknya Ber-Kitar Semula

Image
Saya dan keluarga memang suka simpan tin dan suratkhabar lama..
Kitaorang jarang benar buang...
Walaupun hakikatnya saya rasa semak dengan suratkhabar yang menimbun..
Tapi laki saya kata kalau nak buang "kita buang kat pusat kitar semula, banyak faedahnya"..
Tapi nak mengangkat masuk keta lepas tu nak mencari pusat kitar semua, kami sekeluarga terpaksa ke Shah Alam. Dari PJ uolllllllllls...Puas carik kat sini semuanya jenis tutup hari Ahad...adoi
Tengok harga barang yang boleh dikitar semula not bad kan :)
Gigih anak beranak mengitar semula.. Dapat upah hasil penjualan RM11, huk huk OKlah kot lepas duit minyak ke Shah Alam :p

Anaqi Sambul Besday Bersama Starbucks!

Image
Hari tu sesaja guna FB Anaqi dan respond kat wall FB Starbucks ~ untuk 50 fan yang lahir bulan 12. Starbuck kasi hadiah RM100. Yang kelakarnya announcement hari KHamis, hari Jumaat dah suh attend amik voucher kat Parti Starbuck di Tropicana.

Then dowang dapat potong kek reramai kat atas pentas....
Ada 3 games...
Tapi takde gambar :(
So kena tunggu blogger Kelly Chin upload kat blog dier....
Saya dan anak2 ada join satu game, tapi kitaorang kalah..
Tapi souvenir sebab bermain tetap ada..
Hadiah untuk besday boy dan juga souvenir sebab main games.. Okla, anak2 pun nampak fun... Asyik makan tak berhenti... Rajin Starbucks kat Tropicana ni buat event....dan memang meriah uolls :)

Beli Kasut Sekolah BATA RM10 Jer..| Hapdet Untuk Semua Peserta Giveaway!

Image
Untuk peserta GIVEAWAY (boleh refer disini) ~ http://ayuarjuna.blogspot.com/2012/12/senarai-peserta-jom-join-giveaway.html
Minta tolong email add anda ya (ayuarjuna@gmail.com), untuk pengeposan hadiah.. Saya akan umumkan para pemenang utama dan saguhati :)
******************************************************** Hari Ahad lepas, pagi2 lagik kami dah gerak ke Shah Alam. Motip nak pergi cari baju sekolah Yana. So, kitaorang terjah Komplek Ole-Ole Shah Alam. Sebab ada pusat pakaian hari2 kat situ. Nak cari baju pengawas untuk Yana. Baju putih kat mana2 senang nak carik. Tapi kalau baju biru , dengan kain susun belakang dan segala macam memang kita carik kawasan Shah Alam. Senang nak jumpa.
Baju Yana sahaja habis dekat RM100 + sebab tu tak kira beli tudung biru ada owning kat booth Giant KJ..Tapi kat kompleks tu ada buat clearance kasut sekolah BATA. Murah RM10 sepasang dan RM15 sepasang. Siap ada promo beli 2 percuma 1 :)
Tapi masalahnya kebanyakan kasut yang dijual diantara saiz 4,5 da…

Hadiah Yeay Yeay!

Image
Lama giler dalam draft... Hari ni baru kesempatan "up" kan posting... Pulun mengajar dan kursus memang blog tak berupdate... Shian...sesawang dah blog saya ni, huk huk
Cikedaut prezie..prezie.. yang saya dapat dari 2minggu lepas... Pamper mamypoko yang baru diterima. Hadiah conso :)
Cek RM1k dari Cocopie ~ saya hantar 5 entri :)
Hadiah penjagaan muka dan badan untuk Dedet dari GLAM Lelaki..
Perfume untuk Dedey dari Majalh GLAM Lelaki... Glamor betul laki den, hahahah
Tiket wayang GSC dari Fruitale FB...
Alhamdulillah.. Hapdet lelaju semungkin boleh... Banyak keroje plus lapar menggila ni..
chow bedah!

Ronda-ronda Dari PJ ke Tanjung Malim

Image
Sempena dengan cuti keputeraan Agong Selangor baru-baru ni... Saya ajak Dedet sopping baju sekolah Yana. Sebab die pengawas baju kena warna biru. Susah nak carik yang betul2 menambat hatiu kecuali jenama "canggih". So berangan nak ke pusat pakaian hari-hari sebab kat situ baju sekolah kaler biru harga berpatutan tapi Dedet kata "Saya cuti hari ni nak gi jejalan bukan nak gi shopping wokeh"...........huhu
Nak jejalan satu hari jer tapi takde pilihan tempat kat KL ni. Balik2 gi MAll~ One Utama, Paradigm Mall, Tropicana...Tahap meluat dah hahahahah. Ajak Dedet gi PD tapi cuaca cam mendung..nak gi Kuala Gandah nak skodeng Gajah cam jauh pulak ....
Last2..Dedet drive kuar sana-sini..sampai2 jer Tanjung Malim... Semata-mata nak makan Pau Yik Mun.... Erkkkkkkkkkkkkkk... Tapi sepanjang nak pergi makan...Macam-macam aktiviti kitaorang buat :) Mula2 ingat nak beli durian murah ni... Bayangkan 1 beg plastik RM5 (dalam 4 bijik jugak) Tapi last2 kitaorang beli masa jalan arah …

Herworld Cooking Class Bersama MArina, Best Banget!

Image
Saya sesaja ke sini ~ MPH One UTama. Anak2 duk tengok movie ngan Dedet , saya lak pergi tengok demonstrasi masakan dari Puan Marina (finalist cabaran Chef Ideal). Puan Marina dia share 2 resepi yang simple tapi menarik paling penting ianya sedap dimakan bersama famili.

Nanti saya try buat...dan akan share dalam blog, heheheheh



Ni salah satu resipi nak buat isi dalam pai..sedap wehhh :)
PIC dari Herworld.....
Saya siap register dengan beliau sebab nak join kelas demo padsa masa akan datang...

Sedap ni.......... Tak caya nanti saya try buat dan share resipi...uolls follow ya :)
Next demo, this week....insyaAllah saya nak join lagik :)
Paling best 40 pertama yang datang dapat goodies ini..... Saya sangat suka dapat susu Ideal dan Mc Commick! Pasti lebih rajin di dapur selepas ni (ya lah tu kan, hahahah)