RM700 dari 1K Nilaian Voucher: Apa Yang Saya Belanja di Giant KD?

Nilaian RM1K memang agak besar bagi saya, tapi kalau dibandingkan dengan nilaian barangan di pasaran hari ini agak kecil. Tapi nikmat berbelanja membeli barangan yang memang ingin dibeli secara percuma sememangnya menyeronokkan. Kan kan kan kan? Iya idak?
 Saya beli tilam baru :) kalau harga di pasaran dalam RM600 lebih tapi di Giant dowang tawarkan dengan  harga RM299. Agak murah dan berbaloi jugakkan? Tilam dibeli menggantikan tilam lama yang tak berapa sedap nak tidur, huhuhu.
Seater yang agak klasik dan simple menjadi pilihan Encik Hubby di ruang TV rumah saya. Harga di Giant RM399, saya memang plan tak nak amik set sofa sebab keluasan rumah yang agak terhad. Lagipun saya dah ada set sofa Fella kat rumah di Puncak Alam. Kira pembelian ini untuk menambah apa yang patut, membolehkan saya dan keluarga lebih selesa bila berada di rumah.

Total Damage: RM700..
damage sangat ler, hik hik..
Balance RM300, tengah fikir2 nak menambah perabot2 di rumah... Cam nak beli rak kasut ajor!

Comments

Nana said…
Yallah beznyeeee
Huda said…
bestnya beli free...
hehe..perbelanjaan yg bagus untuk keselesaan keluarga..mmg berbaloi2..
madammondoq said…
murahlah kat giant kan? bagus! tapi damage gak tu.. hehe..
Cho Zila said…
bestnyer FOC... ada lagi lak tu nak belanja... best. best..
mayangsayang said…
nek giler tengok kemenangan akak....
Em's Family said…
menarik nya!! i pun next in line kalau dapat ape2 free nak beli tilam..

Popular Posts