Friday, January 27, 2012

Cerita-Ceritu Hanya Gambar Ajer Ya | Cuti Di Kampung Nenek Encik Hubby

Uollsss saya kat Terengganu la ni. Still berada di luar kawasan KL, luar kawasan Celcom. Mencik giler lembab lah connection Celcom kat sini. Gambar2 ni semua dirakamkan di rumah nenek Encik Hubby Kampung Tiong Kelate. Umah MIL next posting ya. Meh kita layan gambar, selagi MOOD cuti saya masih menebal lagi ni.
 Gambar ini ditujukan kepada Ila Mama Amana & Arief, ni lah rupa sambal ikan setelah hampir siap dimasak-setelah dimasukkan rempah segala-bagai. Gambar dalam posting terdahulu hanyalah ikan yang direbus semata. Shodap tau masak 3 hari ni, menggunakan teknik dan resepi yang tertentu. hik hik.
 Projek menggetel kuih buah rotan
 Yang disertai anak-anak saya yang menyibuk bersama geng-geng pekerja Mama Yong (my SIL)
 Dalam reramai anak, Anaqi lah yang sangat rajin menolong sebab diekan suke memasak.
 Amani pulak dah tak terurus pabila duk kat kampung. Seronok sakan main ngan anak ayam. Pagi-pagi bangun keluarkan ayam dari reban, duk hambat anak ayam keliling laman depan rumah :p Membebel Tok Nek (nenek encik Hubby) hahaha
 Merosakkan segala harta-harta permainan sepupu sepapat, dengan alasan ORANG KL BALIK SEKALI-SEKALA DEMO KENA BAGI MUKO, hahahahaha.
 Amani juga begitu rajin mencabut semua penyepit baju yang sedia tersepit di ampaian baju.
Budaya hidup di kampung, tolong-menolong amalan mulia. Dan silalah amik gambar untuk menunjukkan bukti saya ni rajin bekerja ya. LOL.

Done, itu jer :)
Ni gi makang kopok lekor di ganu nung.

3 comments:

Cho Zila said...

tang penyidaitu teringat penyidai dikampung... memang seronok habis anak2 kalau kat kampung sebab sangat bebas lari sana sini... ibunya lak tak larat nak jerit sebab seronok jumpa adik beradik...

Mama Zharfan said...

yg pasti sgt enjoy & fun :)

Ummi Dania Yasmine said...

Enjoy sungguh Amani yer...Tolong 'berkemas' hehehe :-)