Dugaan Minggu Pertama Ketika Mula Nak Mengajar Semula :(

Semalam masa meeting saya dapat panggilan 3 kali dari pihak taska Educare. Sebab tak tahan tengok call masuk 3 kali, yang keempat terus saya angkat walaupun tengah sibuk mengambil minit mesyuarat.
Dan saya disuruh mengambil Amani dalam kadar segera memandangkan di badan Amani terdapat bintil2 kecil. Terutama di bahagian kaki dan tangan. Dowang takut kalau ada kes HFMD lagi. Paling membimbangkan di kelas Amani sudah ada seorang yang mempunyai simpton2 seperti itu.

Saya terus kalut keluar dari bilik meeting, amik Amani dan bawa ke klinik. Dan doktor mengesahkan Amani tidak terkena virus HFMD tapi "Chicken Pox". Adeh. baru jer dapat jadual mengajar. Nampaknya minggu pertama ni terpaksalah saya menCUTIkan daripada mengajar :(
 Kat kaki adalah dalam 5 biji, bintik2 merah berair.
 Kat bawah ketiak ada 1. Kat pergelangan tangan ada 3, kat kepala ada 1, kat punggung ada 4. Hoho. Gigihkan saya mengira nanti esok saya nak kira balik, mana tahu kot-kot ada pertambahan. Cam dah takleh berfikir dengan betul dah, hoho.
 Kat muka still clear lagik!
Dan semalam juga dek kerana keBRUTALan tahap melampau, saya telah mencucuk sius lampu menggunakan jari telunjuk sekuat tenaga. Kesannya saya jari saya lebam, biru dan rasa kebas. Nak kata patah tapi boleh bengkokkan lagi. Cuma rasa berdenyut sakit yang amat, rasa kebas seolah darah tak leh jalan dengan betul. Andaian mungkin juga jari mengalami masalah "tisu" jari takpun salah urat. Dan janganlah "patah" - tak logik kalau patah mesti saya takleh bengkokkkan (walaupun sakit, yang amat).

Semalam hari Selasa, macam-macam perkara terjadi pada saya. Huhu. Sedih :(

Comments

munna said…
kesiannya Amani... semoga lekas sembuh ye
pacubob said…
semoga cepat sembuh yek ibu & anak....aminn
Cute MuM said…
amani dah kena chicken pox eh..
dania belum lagi..
tak taulah camner kalo dania kena nanti..
hope amani cepat sembuh yer..
ibu nya pon sembuh sekali..
Mama Zharfan said…
moga cepat sembuh amani & ibunya..amiin
Em's Family said…
alaa kesiannya.. eh kalau chicken pox, mak i dulu suruh mandi daun bambu.. kat tepi jalan seksyen 16 tu banyak :D.. anyway, take care ye
amani kena chicken pox....kesian dia gatal2 nanti..get well soon....

Popular Posts